Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Bubur Asyura Januari 14, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:52 am

Lazim bagi rakyat Malaysia untuk memasak bubur asyura pada atau selepas tarikh 10 Muharam dalam kalendar Islam. Ia telah menjadi adat terutama di kampung-kampung. Ada yang mengatakan bahawa amalan memasak  Bubur Asyura adalah satu signifikan bagi mengingati peristiwa Bahtera Nabi Nuh yang terdampar di sebuah bukit lalu mereka memasak makanan dari campuran berjenis-jenisah-buahan kekacang dan buahan.

Seingat saya kali terakhir saya melihat orang kampung saya memasak bubur Asyura adalah mungkin 20 tahun yang lepas, saya sudah ingat-ingat lupa. Meriah sungguh. Bukan tidak ada lagi orang kampung saya memasak bubur ini, cuma saya tidak pernah berkesempatan untuk turut serta melihat majlis yang diadakan hanya sekali setahun.

Pada tahun ini, Emak saya telah mengepalai pasukan wanita kampung saya untuk memasak bubur ni di rumah saya pada Ahad lepas. Tujuannya, hanya satu, untuk mengeratkan ukhuwwah sesama jiran di samping untuk menayangkan dua orang anak gadisnya pada orang kampung. Sungguhpun persiapan agak memenatkan, namun berbaloi.

Ini adalah rupa bubur asyura pada peringkat awal.

Ini pulak, proses mengacau daun. Uuuuu, tengoklah voguenye makcik saya dengan baju pink dan kasut pink. Aaaa, sesuatu yang menarik, perhatikan juga pengacaunya yang hijau tu, dibuat dari pelepah kelapa. Tujuannye, supaya tak panas tangan kot. Ntah, saya pun tak tau.Tapi nampak cool je, dan ringan.

Di atas adalah pertandingan mengayuh pengacau. Mak cik makcik dan kakcik mengacau dengan penuh tatasusila, 3 jam baru masak. hadeiii.

Haa,inilah hasilnya..yummy.

Bahan-bahan bubur asyura. Untuk kuantiti, tuan-tuan dah puan puan boleh tanya dengan nenek masing-masing.

1. Tepung jawi cap Gajah bunting, cap lain tak aci

2. Santan

3. Labu- Kuning

4. Keledek- Oyen

5. Kacang Hijau- Ijao

6. Kacang Hitam- Itam

7. Kacang Merah- Mewwah

8. Kacang kuda- kunin

9. Ubi keladi- Ungu

10. Kacang goreng- kekoko-kokoan

12. Jagung – kunin

13. Gula merah- ia tidak berwarna merah

14. Gula putih- tak putih pun, lutsinar apabila cair

15. Garam- untuk menambahkan sensasi pada rasa bubur.

Semua bahan-bahan ni, kacau dalam kawah nan sempit tu. Haaaa, dah pun siap, Chef Wan pun nangis makan bubur ni.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s