Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Saya orang muda Januari 12, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:36 am

Episod saya

Saya adalah orang yang muda

baru suku abad

saya belajar di universiti tempatan selama 4 tahun dan dua tahun di pusat matrikulasi

saya sangat bertenaga

saya bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk komunikasi formal

saya adalah seorang kuli

saya berfikiran rasional setiap masa.

Saya realistik terhadap semua perancangan, sesungguhnya Allah jua sebaik baik perancang.

saya cuba untuk selesaikan apa jua situasi dengan penuh tanggungjawab.

Sehingga hari ini saya masih sayangkan Madam Zeti Azreen, Madam Martinelli, Fasilitator Leadership, Censerve,Titian Asli, Mahallah Hafsa, Taaruf Week, dan Public relations friends, McLead, sebab mereka ajar saya bagaimana untuk menjalankan sesuatu program atau event dengan lancar, penuh input dan semangat kekitaan.

Episod Mereka

Mereka berumur 50 tahun

lagi lima tahun mereka akan bersara sebab dah tua nak mampos

mereka berjawatan tinggi

mereka belajar business admin dari universiti luar negara selama 4 tahun juga

mereka bercakap bahasa Inggeris dengan baik

mereka memaki hamun dalam bahasa Melayu dengan sangat baik

mereka adalah boss

staff mereka bodoh-mereka kata

Saya hilang hormat pada mereka,

Ingin sekali saya herdik mereka

“Hoi orang-orang tua! tak bolehkah kamu semua mendengar kata orang-orang muda yang tahu bagaimana hendak menjalankan program itu!!program sekecil siput sedut ni, kamu besarkan masalahnya hingga sebesar gajah?”

Tidak bolehkah kamu semua wahai orang tua-tua, duduk semeja berdiskusi, saling memberi dan menerima tugas, mengkoordinasi agar semua faham akan tanggungjawab masing-masing?

Sesudah itu, komunikasilah sesama kamu agar kamu faham tugasan orang lain juga.

Hentikanlah untuk tunjuk siapa bagus.

kerana orang tua, kamu semua ibarat badut bagi kami, si generasi muda yang kamu kata bodoh ini. Saling mahu angkat diri, siapa hebat, siapa benar, siapa gah, siapa kalah, siapa rebah.

Sekarang, nasi sudah menjadi bubur caca. Caca merba. dan, orang tua, kamu mula kepanasan! tercari cari kesalahan orang -orang yang bodoh dikeliling kamu.

Saya hanya ingin ketawa dari jauh.

Terima kasih tidak melibatkan saya.

Saya tidak sabar untuk jadi boss yang seterusnya, agar saya mengambil pengajaran dari episod mereka ini, untuk saya betulkan di masa hadapan.

sebuah epilog kisah cacamerbamerekamenyusahkankami2010

 

One Response to “Saya orang muda”

  1. diysrum57 Says:

    hoohohhoo..sabo2, bawak btenang orang muda..rilek, ketenangan tu pnting papehal pn..tp ok gak tuh,dh ada nawaitu nk jadik bos kt situ @ nk keja lama kt situ..suke,suke, suke..hehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s