Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Azam tahun baru dan azam saya Januari 2, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 1:58 pm

Tahun 2010 adalah tahun yang menjerumuskan saya ke usia 26 tahun. Sejak saya berumur 1 hari sehingga tamatnya gelaran berumur 25 tahun pada tahun 2009, saya mendapat segala yang saya idamkan kecuali menjadi kaya-raya dan melengkapkan amal ibadat kepada Sang Pencipta dengan sepenuh khusyuk dan tawaduk.

Sambutan jubli Perak usia saya menyaksikan saya telah mencapai perkara-perkara tak terduga macam

  • membeli kereta sendiri yang comel walaupun masih belom kaya-raya
  • mendapat pekerjaan yang agak stabil walaupun kerja-dah-tak-macam-orang-je aku rasa
  • mendapat jugak segulung ijazah dengan CGPA yang tak boleh dipandang sebelah mata walaupun saya tak pernah study secara konsistan. Program!program!program!
  • Dapat melepaskan diri dari belenggu Spek mata. Haishh, rimas!
  • Dapat masuk U walaupun result SPM cukup makan, diorang ni silap tengok result dan permohonan saya ke?
  • Dapat result SPM yang sangat cukup-cukup makan walaupun hanya study last minit. Camping!Camping!Camping!
  • Dapat berjalan-jalan sambil menyaksikan 1 daripada keajaiban dunia di luar negara
  • Dapat jugak join kawan -kawan saya bersekolah di SMK Batu 16, Mak Ayah nak hantar saya belajar di sekolah agama swasta sebab saya tak dapat keputusan yang baik dalam UPSR. Seronok betul saya masa tu.
  • Dapat merasa pertama kali bahawa isi dunia ini teramat indah hanya setelah saya mendapat sepasang cermin mata.
  • Sering mendapat hadiah buku sekolah, tepawe,bekas air, alat tulis sebagai hadiah sebab dapat numbor top 3 kat sekolah rendah dulu, mak ayah saya kurang berkemampuan, hadiah itu adalah rezeki.
  • Dapat menghabiskan tadika dengan cemerlang walaupun saya amat membenci tadika, pergi ke sekolah untuk makan bubur kacang dan milo, bihun goreng yang saya asingkan sayur, saya letakkan di bawah mangkuk, belajar menulis ABC yang saya sudah reti sejak berumur 4 tahun, berkawan dengan kawan-kawan yang saya kawan walaupun tanpa perlu ke tadika, melukis dan mewarna sedangkan dinding di rumah saya sudah cukup untuk saya meluahkan karya saya.
  • Akhir sekali, saya berjaya mengeluarkan diri saya dari rahim ibu saya dalam keadaan masih bernyawa walaupun saya dilahirkan dalam keadaan songsang, lebih tragik, dilahirkan di atas ambulan dalam perjalanan ke Hospotal Besar.

Perkara-perkara di atas adalah satu anugerah Allah, rancangan Allah jua. Tiada kuasa hamba melawan takdirMu.

Justeru, untuk tahun 2010, setelah puas berazam seperti hendak mencapai itu dan ini, dengan list yang panjang berjela ( sejak saya disogokkan dengan fahaman bahawa setiap orang mesti ada azam baru pada awal tahun dan mesti capai azam tersebut sebelum tahun berakhir), tahun ini saya hanya ada satu azam – saya tidak mahu lagi menanam azam awal tahun atau bila-bila pun. Saya hanya mahu berusaha bersungguh-sungguh setiap masa dan melaksanakan dengan sepenuh hati serta meraikan setiap apa yang saya lalui setiap hari. Saya akan menghargai apa jua yang saya lakukan dan perolehi. Baru saya puas hari.

 

2 Responses to “Azam tahun baru dan azam saya”

  1. diysrum Says:

    hehehehehe…sgt mncuit hati..story that remain as a history of urself..proud for me to share this story telling moment together with u..also glad to see & “touch” another jingsaw puzzle of ur lifetime even in ur blog only…

  2. mayyaclassic Says:

    Huahua..im less expressive with word that come out thru my mouth. I hardly share anything bout myself verbally. I think i can express my feeling better in writing..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s