Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Akibat berbudi kepada tanah Disember 20, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:07 pm

Petang tadi saya bertidur-tidur ayam di hadapan TV, tiba-tiba, mak saya yang mungkin tidak mahu anak daranya dilihat sebagai seorang yang penyegan-nak-mampoih mengejut saya untuk ke sawah. Yea, sawah;bukan untuk bersawah, tapi untuk memetik jagung (memetik ke, mengutip ke, mematahkan ke,ape ek?) yang ditanam di sebuah kawasan terbiar di sawah Mak saya. Seingat saya, kali terakhir saya ke sawah ni masa raya haji tahun lepas, tu pun, semata-mata untuk ambil gambar di bawah ni. Gambar di bawah ni sawah yea, bukan sungai atau tasik. Masa ni, musim hujan, air penuh dalam sawah.

Kali ni, saya datang lagi untuk memetik jagung. Wah, syoknya, lamanya saya meninggalkan kehidupan sebegini.

Jagung ni mak saya tanam secara sambilan semasa beliau ke sawah untuk memantau aktiviti aktiviti persawahan seperti, kecukupan baja, air, bersih dari rumput, siput khinzir, paku rawan etc etc. Dalam masa dua bulan kot, kami telah pun dapat menikmati jagung yang sedap ini!yummy.

Inilah sebahagian daripada sawah padi yang telah pun berbuah. Sawah padi di Perlis agak berbeza dengan keadaan sawah di Kedah kerana sawah di Kedah kelihatan sangat lapang dan luas tanpa kewujudan pokok-pokok apatah lagi pokok jagung macam yang Mak saya tanam ni. Sawah di Kedah kelihatan saujana mata memandang manakala sawah di sini, kelihatan bengkek mata memandang sebab agak semak dengan pokok nyior la, pokok asam la, pokok tui la, pukat untuk tangkap burung ayam-ayam la, tong racun la–membebel plak.

Inilah dia pokok padi yang sedang berrbuah lebat. Masih hijau. Tolong jangan tanya saya bila padi ni akan masak menguning emas, sebab saya tidak belajar sains tumbuhan. >Sebetulnya saya tidak ambil tahu hal-hal tanaman padi ni. Saya cuma ambil hasilnya saja dalam bentuk $$$. Ampunkan saya Mak, Ayah. Anakmu ini terlalu jahil akan kehidupan yang kau telah dan sedang lalui.

 

2 Responses to “Akibat berbudi kepada tanah”

  1. Ku pol Says:

    saya rindukan suasana di batas sawah.. sambil merasa angin sepoi2 bahasa, ikan puyu yang berenang di tepian dan bangun jatuh di batas sawah 20 tahun lalu.

  2. mayyaclassic Says:

    haishhh shahdu la plak..pi la tumpang berlari2 atas batas sawah sapa2 kat sana


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s