Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Jauhnye rumah dia.. Disember 19, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:28 pm

Tadi, tanpa perlu fikir semasak-masaknye, saya bersiap-siap ala kadar untuk ke Wedding Kuna di Sik Kedah, dengan pakej wedding Bobo aka Pakdan aka SMSSAK di Pendang sekali. Jauh tu Sik dari Padang Besar ni. Tapi aku bulatkan tekad dan azam, untuk sampai jugak ke rumah Sakuna walau halilintar membelah bumi. Semuanya atas nama sahabat.

Bertolak jam 11; setelah memeriksa air betri dan air minum dalam kerata,jam 12.30 baru sampai ke Bukit Payung, rumah Kak Huda dan Ekin. Itu pun setelah melalui the –almost-never-ending journey dari Exit Kepala Batas ke Derang, ke Pokok Sena, then masuk simpang ke Naka Bukit Payung. Fulamak. Dari bukit Payung Pulak, ke Naka, rumah Mat Pon.

Dari rumah Mat Pon pula, terus ke Sik melalui jalan yang saya sifatkan sebagai mencabar bagi saya yang hanya memandu di Bandar dan jalan di Perlis yang sangat ringkas ni. Melalui kawasan Tasik Pedu(kot,kurang periksa pula hamba) adalah satu hadiah kepada saya yang cintakan alam sekitar, tapi saya tak nak berhenti dan snap gambar sebab saya terlalu nak cepat sampai sebab saya err (toleh kiri, toleh kanan, errr, saya lapar sangat sangat sampai nak muntah.

 Inilah dia budak Sakuna, yang saya kenal dan berkawan dari tahun 2002 lagi. Dia adalah tempat saya lepakkan diri apabila saya bosan dan boring, apabila saya terjatuh cinta kepada seseorang, apabila saya tiada majalah untuk dibaca(dia ada banyak komik), apabila saya kehabisan duit untuk sewa CD (Dia beli CD ori),apabila saya tiada teman untuk menonton TV di Mahallah Hafsa,apabila saya memerlukan geng untuk lepak di Sports Complex,  apabila saya memerlukan motivasi dan apabila-apabila yang lain lagi.

Ini pulak Sakuna dengan kawan dia yang katanya single tapi unavailable.

Seterusnya, selepas bersalam dan bersebak-sebak, kami meneruskan perjalanan ke Pendang, sekali lagi melalui jalan yang amat (strange dalam bahasa Melayu ape?). tapi akhirnya kami berjaya sampai ke tempat yang dituju. Pak Dan sebenarnya orang Dungun, isterinya yang orang Pendang(maaf, saya sungguh loqlaq kerana tak mengambil tahu perihal nama isteri beliau). Sedia maklum kami memang tak dapat pergi ke majlis di Dungun minggu depan, jadi kami ke Pendang sajalah.

Pak Dan, kawan yang saya kenal dalam persatuan, banyak membantu merealisasikan aktivit persatuan, memberi idea dan dorongan serta mengutuk sesuka hati je. Budak political Sciences, jadi, sedikit lantang dan cakap tanpa fakta, hahaha.

Dan, perjalanan saya yang jauh hari ni hanya berakhir pada jam 7.30 malam, dengan kelelahan, tapi rasa penuh kepuasan. Kawan-kawan, koranglah antara penyuluh jalan aku ke sana.. Terima kasih walau siapa pun kamu.

 

2 Responses to “Jauhnye rumah dia..”

  1. ez Says:

    salam tpah

    kuna dah kahwin?? ramainya kawan-kawan yang dah lost contact ni tiba2 dapat tau dorang dah kawen..kem salam kat kuna ye..say congrats to her.. Masreana pon dah kahwin gak..mu bila lagi cik tpah..hehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s