Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

kiri dan kanan saya ada apa Disember 17, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:04 am

saya toleh kiri saya ada benda, saya toleh kanan saya pun ada benda. saya snap benda dan saya letak kat sini. untuk isi masa saya.

Ni adalah meja kerja saya. Ada sebuah laptop Dell, handphone Nokia yang saya tak tahu modelnya(terima kasih kepada yang memberi pinjam),sebuah cawan comel tinggalan Fae, sebuah cawan gedabak pemberian New Straits Times Press, Sapu tangan batik biru yang masih di dalam kotaknya pemberian Madam Saodah Wok of IIUM, dan keychains(Lawsoc IIUM dari Ijan, keychain kepala budak dari sapa ntah, Morocco from abanglong, Bandung dari Pn. Surayah, Morocco dari abanglong jugak, Sarawak from WanNorFadlin, Thailand from Juria, Amanah Raya and Gajah Thailanf from Kak Ana(not in the photo)). Sebenarnya meja saya tidaklah kemas sangat pun seperti yang dilihat. huahuahua. Orang kreatif selalunya semak.

Ini adalah mug yang sama seperti di atas, tertera adalah imej suratkhabar keluaran pertama Berita Harian. Gelas ni punyalah besar sampaikan kalau saya minum air penuh gelas ni, saya akan ulang alik ke toilet dua tiga kali.

Ini pulak ialah cincin favourite saya. ini ialah cincin mutiara Sabah konon-kononnya. Warna dia yang unik tu, suit to almost all my baju. Cincin ni saya beli masa bulan Ramadhan lepas di Jitra Mall.

Ni pun Cincin Mutiara Sabah, warna hitam ni memang menusuk jantung saya sebab saya memang suka warna ni. Dan kebanyakan warna baju saya pun memang warna hitam. Cincin ni dibeli di Jusco Wangsa Maju awal tahun hari tu.

Cincin ni pulak saya beli di KL Sental. tujuan, sebab saya tak tahu macam mana nak spend duit lebih saya masa outstation kat KL. Tapi difikirkan logik, tak logik. Beli cincin dengan harga sekian-sekian, dapat percuma rantai yang bernilai sekian-sekian. tapi saya tak peduli logik ke tak, yang penting, saya mesti berbelanja. Cincin besi bertatahkan kaca atau perrmata ini sangat ringkas. Tapi saya jarang sanga pakai, sebab orang selalu anya, cincin anda ke tu?oww neoooo

Ini ialah segerombolan swarovski yang dikarang dan dikait oleh kak Ani. cincin ni di peroleh atas dasar cinta pandang pertama terhadapnya beberapa bulan lalu. Cincin ini amat berjasa dalam tahun 2009 kerana tahun ini saya amat menggilai warna coklat. Dengan memakai cincin ini,, jari jemari montok saya terus kelihatan runcing bak tombak serai, bibir merah bak delima merekah—err ada kaitan ke.

 

4 Responses to “kiri dan kanan saya ada apa”

  1. Ku pol Says:

    harap-harap tahun depan 2010, cinta tanya di tangan, selepas tu cincin tunang, ehemm cincin nikah hehehehe

  2. mayyaclassic Says:

    aminnnnn.tq

  3. syaz Says:

    hehe nice i love jewelry too

  4. mayyaclassic Says:

    THanks Shaz


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s