Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Pesawat itu terbang tinggi, pesawat ini pegun di daratan Disember 8, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:45 am

LIMA 2009 tidak mampu menarik perhatian saya yang lansung tidak berminat untuk mengetahui seni seni dan kecangihan aviasi Negara. Sukhoi?Airbus?Bombardier?AGM 65 Missile?Yabhon-Aludra? Apa tuh?apa tuh?

Tapi saya tetap menerjah bersama 50,000 pengunjung lain untuk merasai kenikmatan berada di acara-acara gah di Malaysia. Bak kata emak Cikgu Rokiah sewaktu melawat Kuala Lumpur dalam filem Masam-Masam Manis, ‘ nanti, mak balik Aloq, Setaq, orang tak pekunun’.

Berbaloikah?

Awal pagi, jam 7 pagi, saya telah pun bertolak ke Jeti Kuala Perlis, dan Feri bergerak tenang membelah samudera selat Malaka pada jam 8 pagi. Jam 9 tiba di Jetty Point, dan Kakak saya dah pun menunggu dengan Exora yang baru buka plastic kusyennya.

Abang ipar saya yang volunteer menjadi pemandu pelancong hari itu, sangat mengamalkan surah Al—Asr, sampai je, takde lengah-lengah, terus bawak kami ke Look Out Point untuk tengok para pesawat dan para helicopter beraksi. Tapi, sayang, tengok dari dalam kereta saje, takde parking. Kejadian frustration pun berlaku di situ. Justeru, kami ambil keputusan untuk bergerak ke kawasan yang lebih dekat dengan Padang Matsirat Airport. Maka, bertenggek lah kami dengan ribuan lagi pengunjung kat tepi jalan tu untuk tengok lebih dekat.

yearghhh, kelihatan En. Salehuddin sedang memecahkan rekod Raja pecut dunia, dengan Honda C70 nya, cuba bersaing dengan Sukhoi..

 

En. Mursyid mempunyai segala data mengenai objek boleh terbang ini. Sila jelaskan di bahagian komen.

 Menurut Encik Mursyid dalam masejnya bertarikh 7 Disember 2009, terdapat 3 Seri kandi Maritim yang mengendalikan objek boleh terbang yang berupa pelik ini. Ye, tadi saya baca di Berita Harian, memang ada seorang Leftenan Muda Maritim dan 2 Leftenan Maritim yang terlibat mengendalikan objek ini.

Sukhoi yang diambil dari model burung layang-layang

 

 

Heh, gambar ni jadi senget pulak, malas la saya nak betulkan. Ok, lepas rasa nak muntah bergemulang dengan ribuan makhluk-makhluk tuhan yang paling tak seksi, dengan panasnye, dengan bisingnye, kami ambil keputusan utuk lari jauh-jauh dari semua tu. Saye pening, loya, mual.

Kami pergi bersantai-santai di Pantai Tanjung Rhu, yeeehooooo. Seronoknye.

Kesimpulan daripada aktiviti jalan0jalan di Langkawi ini ialah, walaupun pesawat pesawat mampu terbang tinggi di udara, tapi adakalanya, ia perlu turun, untuk isi kembali fuel, membersihkan tangki najis, mengemaskini stok makanan(uuu kenapala sampai hari ini saya terfikir kenapa penerbangan MH hanya menghidangkan kacang bernilai dua kupang untuk para penumpang, haih) dan memberi ruang untuk pramugari touch up.

Nota: gambar yang diambil adalah sangat tak berkualiti kerana menggunakan kamera Made In China adik saya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s