Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Jalan-jalan sambil kerja-kerja Disember 2, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 7:29 am

Semalam dan semalam yang lepas saya tak buat kerja lain selain mengukur inci Mid Velly. Meriah sungguh dengan Year End Sale, sehinggakan padam malam hari bekerja pun kanak-kanak menarik tangan ibu yang girang dan bapa yang semakin jendol dahinya untuk membeli peralatan sekolah dan mainan. Bagi golongan awek pulak, time time YES ni la tangan kiri diorang mula nak melentok ke bahu dan memegang tangan balak dan/ atau sugar daddy memasing sambil tangan kiri menuding beg itu, kasut ini, baju sana, perfume sini. Kalau sebelum ni, haramm, takdenye nak pegang-pegang.

Tiada yang lebih mendamaikan jiwa bila dapat berjalan seorang diri dan dapat membelek segala apa yang kita minat tanpa perlu di tunggu dan dikejar orang lain, saya berjalan dari carrefour ke Jusco, dari jusco ke Metrojaya dan ke butik-butik. Mid Velly pada tahun 2002 dan 2003 adalah sebuah tempat escape bagi saya dan kawan-kawan saya semasa belajar di Pusat Matrikulasi. Ke Midvely pada hujung minggu, hari minggu selepas kelas Bahasa Arab, hari cuti Jerebu, hari lecturer tuang kelas, hari raya depabali dan hari hari lain.  

Hasil dari aktiviti jalan-jalan hari ini, saya berjaya mengkoyakrabakkan bajet saya bulan ini dengan membeli pemerah pipi (prinsip saya, biar tak malu, asal muka blushing), lipliner warna sweet oak yang sangat nude(lipliner ni saya guna sebagai lipstick, strange ha?tapi cubalah guna, hasilnya sangat memuaskan. Hanya sapukan lipliner ke seluruh bibir untuk kesan kusam atau oleskan sedikit gloss untuk kesan bercahaya–err, bibir bercahaya ke?) dan juga tinted makeup base(sama macam bedak asas, cuma tekstur lagi ringan dan sapuan tidak nampak bercapuk);semuanya dari Elianto. Selain itu, saya membeli sehelai seluar hitam skema untuk kegunaan pejabat dan sehelai T-Shirt coklat dengan patchwork ( sekarangsayagilawarnacoklat ).

Sempena dengan perayaan orang-orang al-kafiruun pada 25.12 ni, maka banyak la lagu-lagu jingle bell jingle bell all the way dan lagu because it is kerismes nite berkumandang dan hiasan-hiasan bertukar menjadi rumah-rumah agam dan istana lama dengan pokok krismes. Saya nak tunggu Santa Clause datang bagi hadiah nanti——->tipu budak-budak je En. Santa ni, nyampah.

 

One Response to “Jalan-jalan sambil kerja-kerja”

  1. anyssafryn Says:

    best na hg jalan2…hg kat ner lani..mrayap sungguh na..(^,^)/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s