Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

kerja kerja kemaskini sedang dijalankan November 18, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 7:33 am

Lamanya saya tinggalkan blog ni, sampai dah bersawang, dah naik lumut-lumut hijau. So hari ni saya berkeputusan untuk mengemaskini blog aka diari aka tempat luahan aka tempat maki hamun.

Ini adalah anekdot sepanjang saya berjauhan dengan blog ini

–         Ramadhan : Saya mengharungi Ramadhan dengan jayanya tahun ini, puasa penuh. Lelah juga bekerja dalam bulan puasa, macam macam event kena buat dalam bulan puasa, yang tak bestnya, saya terpaksa menelan segala apa yang saya nak boleh dimaki hamun hanya kerana saya nak menjaga puasa.

–         Raya : Meriah dengan family, sepupu sepapat dan kawan-kawan sekampung. Seperti biasa individu individu wajib yang akan join beraya ialah Fiza and family, Afiq and Family,Awis, Lynn, Azirul, Sham, Rini dan Ku Agilan serta Adik Bidi. Ye, saya sedar dan teramat sedar diri bahawa mereka semua kecuali Lynn dan Azirul, semuanya telah berkahwin! Yang menjadikan kawan saya tinggal berapa kerat ni je adalah sebab mereka semua telah mengikut laki/bini masing2 beraya, mana nak join dengan orang bujang macam kami ni.  Yang lain2 ialah kawan kawan yang baru kenal. Raya kali ni juga lebih panjang kaki saya berjalan, saya ke Teluk Intan menghadiri majlis perkahwinan Paan dengan Ruhaifi. Saya dengan Mursyid bergilir-gilir memandu ke sana. Yang paling berbekas di hati, saya menjejaki kembali Kampung Sapintas, Sabak Bernam, Selangor. Senang sangat nak ke kampong tu. Mak Ayah angkat saya menyambut saya dengan penuh meriah. Berjumpa dengan Wak Kur yang dah berkahwin dan En. Mail yang semakin maju ke hadapan perutnya.

–         Viva Elite :Viva Elite berwarna putih adalah tunggangan saya yang terbaru setelah puas menunggang Vios kakak saya. Fuel save, small yet smart, selesa. Padan la dengan harganya. Walaupun prestasi jauh lebih rendah berbanding Vios, tapi saya sangat bersyukur, sekurang-kurangnya saya tidak basah kuyup bila meredah hujan.

–         Mucid : A Godsend Lover

–         Kerja : Saya telah disahkan untuk bekerja di Perlis, tapi mungkin tahun hadapan saya akan kembali bekerja di Kuala Lumpur. Saya tidak kisah di mana saya kena bekerja asalkan gaji saya naik.

–         Kad-kad : Saya dah terima pelbagai undangan perkahwinan kawan-kawan saya pada cuti musim persekolahan ini. Kebanyakannya adalah di luar kawasan Perlis. Maaf kawan-kawan, saya mungkin tidak berkesempatan menghadiri majlis korang.

–         Kehidupan : Kehidupan saya semakin tenang sekarang.Kembali mempunyai sahabat-sahabat yang mengelilingi saya, keluarga yang selalu menyokong dan membantu, soulmate memahami dan menyayangi diri ini. Dan saya peraan sesuatu yang pelik, sejak akhir-akhir ini, saya kerap menghadiri majlis pengkebumian orang dan melawat orang sakit terlantar di hospital. Adakah itu tandanya saya semakin menghampiri kematian? Aku ingin bertaubat kepadamu.

–         Cuaca/wabak : Cuaca sekarang sedang menuju kearah musim tengkujuh, yang amat sesuai dengan acara regatta yang berlansung di pantai timur

–         Di Kedah Perlis, sedang banjir, wow, bestnyer naik rakit batang pisang dan rakit buluh!! Wabak H1N1 pun dah berkurangan menyerang Negara kita, sialan babi ni, kan dah tersebar penyakit berjangkit ni, menyusahkan aku jer, nak berjalan pun kena pakai topeng ultraman.

–         Lain-lain- Saya bersyukur dan bangga dengan kehidupan ini.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s