Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Saya yang skema Jun 9, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:31 am

Seikhlasnya, sudah hampir dua tahun saya membaca surat khabar dengan cara yang kurang normal berbanding pembaca surat khabar lain. Saya dapat mengesan perkara abnormal ini sejak saya bekerja dengan syarikat rundingan perhubungan awam yang dimana tugas saya adalah sentiasa meneliti perkembangan berita tempatan dan antarabangsa. Perhubungan awam adalah melibatkan reputasi. Seandainya kami terlewat lima minit menyampaikan informasi kepada yang berhak, kredibiliti syarikat akan goyah. Justeru, kami diajar supaya mengesan berita dengan cepat.
Perkara rutin yang dilakukan sejak praktikal dan bekerja ini adalah sesampainya di pejabat, saya akan terus membaca surat khabar Utusan, Berita Harian, the Star, NST, Malaysian Reserve, dan the Edge dan sesekali Metro dan Kosmo!. Pertama-tamanya saya akan membaca bahagian Ekonomi, Berita Ekonomi, Starbiz,Newbiz secara sekali lalu sahaja. Saya akan spot berita berkaitan dengan client atau kompeni saya,seterusnya berita tentang pesaing dan seterusnya tentang industri terlibat.
Setelah itu barulah saya akan membaca bahagian lain sekali imbas. Bila dah habis membaca saya akan mendapati bahawa saya hanya mengetahui headline berita sahaja, bukan isinya.
Apabila terdapat perbincangan mengenai sesuatu topic, saya kurang dapat masuk ke dalam topic itu sepenuhnya. Tabiat itulah saya saya bawak sekarang, melainkan ada sesuatu topic yang membuatkan saya sedar saya perlu mengambil berat mengenai kes-kes tertentu seperti kes Odelia Pinot, si gadis mentah yang telah berkahwin dengan Anak Raja dari Serambi Mekah itu. Kes tersebut amat memalukan keseluruhan penduduk Tanah Melayu. Puan Pinot itu pula, sengaja mengaibkan diri sendiri dengan mewarwarkan segala masalah rumahtangga termasuk hal hal dalam kain. Dan, ternyata, beliau tidak serius dalam masalah tersebut sehinggakan peguamnya menarik diri dan NGO yang terlibat untuk membantu keluarganya turut enggan melibatkan diri dengan kes durjana tersebut.
Dan pagi ini kes terbaru mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ternganga dan terpinga-pinga apabila mengetahui bahawa sebenarnya calon SPM tidak perlu lulus bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka untuk mendapat sekeping Sijil Pelajaran Malaysia. Sistem pelajaran di Malaysia dengan bak hatinya telah membenarkan semua orang calon SPM lulus dengan sewenang-wenangnya tanpa mengungguli bahasa Inggeris. Saya berpendpaat bahawa Bahasa Inggeris wajib dipelajari semua individu di Malaysia dan bahasa Inggeris wajib digunakan dengan cemerlang baik untuk sector pendidikan dan pekerjaan. Susah bagi kita menolak hakikat bahawa Bahasa Inggeris amat penting di Malaysia walaupun terdapat badan-badan yang menentang penggunaan dan pengajarannya di sekolah dan sector swasta. Sebagai contoh, kebanyakan sektor swasta menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi utama. Namun, kenyataan yang tidak mampu ditolak ialah peratusan penguasaan bahasa Inggeris di Malaysia ini masih di tahap lemah. Dan adalah kurang adil bagi pelajar-pelajar yang kurang terdedah terhadap bahasa ini terutamanya pelajar-pelajar luar bandar.
Fikir-fikirkanlah.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s