Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Cerita tanpa tajuk Mei 27, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:36 am

Semalam, waktu tengah malam, saat saya sedang tidur yang kurang nyenyak, saat penduduk seluruh dunia sedang berhimpun menyaksikan separuh akhir liga juara-juara yang membenarkan Mancaster United melawan Barcelona pada khamis ini, saya menerima satu masej dari seseorang. Waktu itu, 3.31 pagi menurut jam saya.

 Lena saya terganggu, saya baca masej tersebut dengan mata berpisat-pisat. Ngantuk. Tiba-tiba, di penghujung ayat masej tersebut, mata saya cerlang. Ayatnyer, “dah kahwin ke?” celaka. Kenapa perlunya datang masej tersebut? Saya benci dia. Dia pernah merosakkan impian saya sedikit masa dahulu. Kerana dialah, saya menjadi seorang perindu tegar. Saya mencari dia di mana-mana. Setiap hari saya keluar dari kediaman saya dengan harapan akan terjumpanya di mana-mana. Ya, saya ada terjumpa dengannya sesekali, tapi, apa yang mampu saya lakukan hanyalah memandang dari jauh dengan seribu kelukaan melihatkan kemesraan dia dan seseorang. Tapi akhirnya kerana dialah juga saya terus menjadi pendendam terhadap dia dan kawan-kawan dia. Saya belajar menceroboh dan godam laman sesawang juga adalah kerana dia. Saya mahu menakhluk segala yang dia ada. Saya jadi geram saat saya tahu dia sedang menyulam cinta dengan seseorang dan saya bertepuk tangan bangga tatkala mengetahui bahawa dia telah bercerai kasih dengan pujaan hatinya itu. Hakikatnya, saya juga tidak menginginkan dia menjadi peneman hidup saya, Cuma saya rasa puas hati dnegan apa yang terjadi.

 Tapi, petang semalam, sewaktu saya sedang berada jauh di tanah kedah, saya menerima panggilan dari dia. Saya benci betul, satu panggilan dari dia saya ibaratkan macam sebaldi air yang menyirami api di dapor arang mak saya. Sejuk, Nyaman,berbunga-bunga, manja, shahdu, leleh. Bertukar-tukar cerita tentang kehidupan kami, katanya dia sedang bekerja sendiri dalam bidang yang saya sendiri pun tak pasti apa. Dia banyak sangat berahsia.

 Namun yang pasti, suara yang diperdengarkannya kedengaran agak matang sekarang. Tu jer.

 

One Response to “Cerita tanpa tajuk”

  1. mr fared Says:

    perasaan kalau di pendam mmg sakit bak terkena minyak masak yg panas…
    klu di ludah di kaki lima bagai membiar kan saja rasa itu pergi…
    kte pn tktau apa aku ckp…
    watever…
    keje kumpul wit byk2…
    nt kmu banja kte mkn bg kte mok lg…
    bye yuhuuuuuu…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s