Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Tentang pelarian saya;not-so-sweet-escape. Mei 17, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:50 am

sudah sebulan saya mlarikan diri dari segala barang yang menyesakkan liang nafas saya di Kuala Lumpur sana.Kuala Lumpur memberi sesak dari segi orang-orangnya, kenderaannya dan bangunannya. Sukar sekali untuk saya menghirup udara segar seperti yang sedang saya kecapi di daerah ini sekarnag. saya kini lari ke daerah yang mengembalikan saya kepada ibubapa, saudara dan alam semulajadi yang fitrahnya kini agak goyah. Pun, saya masih meneruskan rutin kerja walaupun ada sahaja perkara yang menggangu kelancaran kerja saya.

Minggu kedua saya di sini, sya berhadapan dengan dugaan dahsyat, kematian. berjaya jua kami tempuhi dengan redha dan pasrah. Minggu ketiga, saya diserang penyakit yang mengakibatkan saya terlantar selama seminggu. Sungguh dajal wabak tesebut sehinggakan saya tidak mampu berdiri tegak dan sakitnya masih terasa hingga sekarang. Minggu keempat disini barulah saya dapat bkerja dengan aman sekali.

Dalam pada mengharungi sema di atas, saya jadi sangat best apabila mendapat peluang keluar bersama sahabat-sahabat yang sama-sama membesar dan menjadi hantu di batu 16 dulu- Rini, Lin dan Maksu.Lin dah pakai kereta, so kami mencuba la kereta baru, melepak di tepi pantai yang penuh dnegan selut dan seterusnya pergi menghilangkan baki-baki suara yang ada si sebuah pusat karaoke lorong belakang. Mastermindnya, Rini. Haha.

Dan, kali ini tidak seperti selalu perjumpaan yang  kami rencanakan. Kali ini isi perbincangan adalah berkisar tentang kekecewaan Lin terhadap bekas kekasihnya, dan aku jua suarakan isu sama. Paling membuatkan aku tak tahan perut nak tergelak adalah di saat lin berkata,” Hang nak tau tak, dlaam semua kawan kita, yang dalam kereta ni ja yang belum ada boifren, tu pun terkecuali Rini, yang lan semua dah kawin”. Hoh, mengeluh jugak aku dalam hati.

Esok aku akan kembali berfikir tentang hal ni.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s