Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Kenangan-kenangan lama saya April 27, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:19 am

Minggu lepas saya melawat-lawat friendster saya dan saya berjumpa dengan blog yang telah lama saya tinggalkan yang bermula sejak tahun 2006 dan 2007.

Saya dah lama tinggalkan blog tu, sebab saya pindah ke cini, jadi, saya mengambil keputusan untuk memindahkan semua isi-isi di rumah lama ke sini. Di bawah ni saya paste kan tulisan-tulisan saya itu, dengan sedikit komen-komen berkaitan.

sunyi sepi

Thursday, August 31st, 2006

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya titipkan buat semua sahabat tersayang. Saya ingin memulakan ucapan saya ini dengan umpat keji terhadap ITD lab yang buka air cond kuat gila. Survey menunjukkan suhu di dalam lab ini mencapai tahap di bawah paras beku bersamaan -7 darjah ferenheit.beku tangan aku nak menaip.

Namun begitu hari ini dijangkakan akan menjadi hari yang paling hot dalam hidup aku. huahua.today I’ll go back home, not alone, my friends accompanied me.Mis, Zu, Marina, Azma n Ijan pun ikut aku balik kampung. we’ll depart by bus at 10.30, Pudu terus sampai rumah aku, coz bas tu sampai Padang Besar, so aku bleh la dengan sewenang2nya suruh dreba bas brenti depan rumah aku ja instead of turun kat station.

Tu baru bab balik kampung, tapisebenarnya aku rasa nak crita benda lain ta pielok la aku simpan dulu….errr, nak crita gak.nak tanyer, apesal aku selalu rasa sunyi a?Walaupun di kelilingi semua sahabat sejati lagi baik hati, aku still searching for something, err itd da nak tutup, next time je la aku story.

dah lama dah……

Tuesday, August 1st, 2006

assalamualaikum to all frens out there.rasanya dah lama gile tak menulis kat blog nih.hari tu ada prob ngan email add thats why la because……sepanjang aku tak buka frenster ni macam2 peristiwa yang aku alami.tapi yang paling best dah tentu la pemergian aku ke India. Bagaikan membawa diri ke rantau orang, aku berkelana melihat kebesaran ciptaan Ilahi.Berpeluang melawat negara orang merupakan sesuatu yang tak pernah aku mimpi.namun peluang yang datang takkan aku Persia-siakan.Tq UIA for the full sponsored trip.di sana a\ tempat yang paling best aku melawat ialah Taj Mahal.Agungnye senibina membuatkan aku rasa tak mau balik. Sebuah ciptaan Agung oleh Shah Jehan untuk didedikasikan pasa isteri tercinta Mumtaz Mahal, bukanlah sebuah Karya dongengan.namun ia adalah lambang kasih sayang berlandaskan syariat kepada isteri tersayang..Subhanallah.itu yang mampu ku ucapkan.selain itu Humanitarian Week juga meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati…..jumpa sesuatu…aku terus jatuh cinta….dan mekar berbunga….

silang pangkah

Sunday, October 15th, 2006

hari ni tetiba rajin la plak nak mai cc coz ade esaiment yang nk kn cr sources kat internet, klu dak, hharammm.pastu aku pun singgah la sat kat my blog, berceloteh apa yg patut.to do list before blk kg:

1. Taasmik quran

2. Siapkan esaiment foundation

3. Baca MMS coz rabu ader oral test

4. Petang ni iftar ngan budak syura titian asli, my last meeting as syura board.

5. Jual brooch perabihkan

Dengan senarai yang berderet ni dapat lah saya rumuskan bahawa kerja saya tak la banyak sangat nak di comparekan dengan Pak Lah atau Siti Nurhaliza apatah lagi Brother Mawi mahupun Ina Kulai.Sepanjang minggu ni aku dah melalui banyak benda yang best dan bermakna dalam hidup aku dan belajar tentang banyak perkara baru.Contohnya aku belajar bagaimana nak copy paste esaiment dari internet coz buat kerja last minit. Selain itu aku baru tau baagaimana caranya nak hantar wang post(jahilnya aku selama ni). Aku jugak belajar wat powerpoint supaya lebih attractive. Besides that minggu ni aku memenuhi dua undangan berbuka puasa dari orang yang aku hormati iaitu Madam Martinelly, iftar ni khas buat president of Society Censerve.Then hari  sabtu ke majlis IFTAR kat rumah madam zeti. Ni yang paling best coz makanan dia memang best dan aku melantak dengan penuh semangat mengalahkan orang posa. Dia memang pandai masak, dah la ngajar best. Pastu semalam,rumate aku Ciah tetiba telah membeli barang untuk dimasak, aku pun apa lagi cam besa la, dengan hobi memasak sebagai sandaran aku menyinsing lengan baju yang memang pendek tu dan stat masak tomyam.nak rasa sedap ka tak, mai la bilik, bwk skali bhn2 masak. huhu ble try test..

tak best

Monday, October 9th, 2006

Hari ni setelah melalui separuh hari dengan best, bakal menghabiskan separuh lagi dari hari aku dengan benda yang tak best.walaupun pagi tadi biasa-biasa ja hidup aku sekurang2nya aku bersyukur aku masih lagi dapat bernafas di bumi tuhan dan berjaya sembahyang subuh. Pastu trus tak tdo, sambung study Media and Muslim Society coz ada exam kul 10.Study je mana yang patut then tdo sat. Baca paper, dan strusnya zzzzzz.tp sblm zzzzzz aku dah tanya sorang member aku hr ni ada klas ka x? Dia tak jawab apa2 pun, so bg aku assukuti alamaturredha la. Aku pun assume hari ni ada klas so dengan malasnya aku bangun tido semayang then bersiap seadanya nak p klas. Pi pi tengok takdak klas, geramnyaaaaa. Aku paling benci klu maklumat penting camni tak sampai kat aku. Bengang sangt, so dengan ini aku bakal melalui hari2 aku dengan marah dan sakit hati ja.

Satgi ada klas management aku cukup boring kt klas ni, tak dak lansung pemandangan menarik untuk aku tatap bosssaaaaaannnnnnnnnnnnn.aku tak tau camna nak motivate diri aku. Aku memang seorang yang bosan kot.so untuk mengurangkan kebosanan ni aku sumbat telinga aku ngan headphone tp dengar plak suara kak pah mendayu nyanyi lg raya arggghhhhhhhh bossan. Woi lambat lg la nak raya. Awat dok galak pasang lagu raya ni?///////

setelah tujuh hari tujuh malam……

Friday, December 29th, 2006

Yaearg setelah tujuh hari tujuh malam, aku kembali menulis di blog ni. Actually minggu lepas pada waktu yang sama aku sedang berada di dalam Experimental Hall IIUM. For da Mclead program. Antara perkara yang mendebarkan ialah menunggu saat Azma mengetahui bahawa aku telah menipu sunatnya.Aku tak bagitau kat sesiapa pun bahawa aku turut serta dalam McLead tersebut untuk mengurangkan kontroversi. Surprise!! heehha. Kemudian tetiba aku plak yang diserpraisekan…. aku dilantik menjadi penghuluwati bagi Mcleac Camp 06. Eeeee takut tak penah mimpi pun,,,aku sangat tak berminat nak jadi leader kepada 100 lebih peserta camp tu but i have no choice..k la i accept.
Then laaalalala. Pi la mclead keesokan harinya. Memang best dah lah group aku memang best membernya. huhu k i try to recall back my group member,, aku syarina, salina, hajar. Thia, iqbal, alamak aku lupa nama ketua kumpulan ,firdaus batang dergeian member dia tukang wat akaun tuu, hmmm im getting old hard to remember but i know the faces then,
lepas je aku balik uia terus je aku pening the migrain sampai hari ni no so well yet…k malas dah tadak mood

pabila larut malam

Wednesday, December 20th, 2006

Di hening pagi yang sunyi ni aku dok mengadap komputer untuk menghantar assignment kat lecturer via email. Pastu amik kesempatan la untuk menulis serba sedikit di sini. Hari ni aku pi kelas cam biasa bertemu dengan orang2 yang biasa aku jumpa, masuk kelas seperti biasa tanpa tekanan yang melampau, dan pergi ke pasar malam sebaimana biasa yang aku lakukan apabila setiap kali menmjalang hari rabu. Menu hari ini ialah, kuey akok, karipap, and sup berempah, tu saja? Ehh ada lagi popcorn. He hari ni alhamdulillah aku puasa ganti, sok pun nak posa lagi. Kiranya serampang dua mata aaa coz aku dok dlm proses memantainkanberat badan. Kuang kuang…jadi untuk menjadikan ruang ini lbh bermanfaat apakata kita sama2 bc atikel di bawah
Dipetik daripada buku TIP MENJADI INDIVIDU MENARIK

“Dia memandu BMW siri 5 terbaru, memperagakan sut Zegna, makan di Hilton KL, tinggal di kawasan mewah Kenny Hill. Wah! Sesungguhnya dia seorang yang menarik!”

Jadi kaya mesti jadi menarik

Sekarang kita sedang berada di abad-21. Zaman di mana surat hanya boleh merentasi benua dalam tempoh kurang sesaat! Ini bukan zaman kuno bilamana George Behnard Shaw menulis surat cinta kepada kekasihnya Ellie berpuluhan tahun. Hakikat faktor kebendaan yang menjadikan seorang menarik adalah jelas pada zaman sekarang. Apa buktinya? Lihat sahaja barangan berjenama di jual di mana-mana dan terus dibeli oleh orang ramai. Kereta mewah dan barangan mewah lain terus menjadi rebutan. Pada asasnya semua barangan itu adalah keperluan bagi meneruskan hidup seperti kereta yang membawa seorang dari satu tempat ke tempat lain serta pakaian menutup tubuh dan lain-lain. Bagaimanapun zaman ini memiliki keperluan itu dengan jenama yang berprestij menjadi ‘alat solek’ kepada orang terutama lelaki.

Fenomena jenama pakaian dan barangan mewah

Ada orang berpendapat apabila seorang makan di tempat yang hebat, kita juga kelihatan hebat. Ada kebenarannya dalam kes seorang rakan saya. Rakan saya membawa kekasihnya mencuba makanan di satu restoran antarabangsa supaya merasa apakah hebatnya makan di restoran mewah. Apa yang dialami adalah dengan membelanjakan hampir RM 90 bagi dua orang, dia pulang dengan perut yang masih lapar dan terpaksa singgah di warung mamak untuk makan roti canai ‘potong banjir’ dan teh tarik yang bernilai RM1.70! Apabila ditanya “Apakah yang saudara dapat dengan makan di restoran mewah?” Dia menjawab “kepuasan dan rasa elegen.” “Walaupun lapar balik sebelum sampai ke rumah?” Sindir seorang lagi rakan. “Rasa kemewahan ada harga tersendiri, kita kena bayarlah harganya.”
Kaya mesti bergaya

Trend masyarakat meletakkan status yang tinggi kepada orang yang kaya raya. Sekiranya seorang itu memandu kereta mewah maka semasa itulah dia dilihat seorang yang menarik. Bayangkan satu hari nanti kita melihat dia menaiki bas Rapid KL bersesak-sesak dengan penumpang lain, adakah dia tetap dilihat menarik? Kalau tidak menarik, ke manakah hilangnya sifat menarik pada diri lelaki itu dahulu? Jawapannya ia di tinggalkan di dalam kereta mewah yang ‘ditarik’ itu.

Justeru itu orang kaya, sama ada dia memang kaya raya, kaya sikit-sikit, tiba-tiba jadi kaya, bapa sahaja yang kaya ataupun sebagainya, hanya mencantikkan dirinya dengan harta benda yang boleh menjadikan mereka menarik. Maka mereka menjadi menarik sebab faktor material yang mereka miliki itu menarik.

Perlukah memiliki kereta import untuk jadi menarik?

Sebab itu semua orang sekiranya boleh, hendak beli kereta Mercedes barulah nampak menarik. Samalah memiliki wang yang banyak dan kad kredit. Jadi dia boleh jadi menarik dengan semua kuasa material. Akhirnya tidak sedar hutang keliling pinggang untuk nampak menarik.

Dia tinggal di Kenny Hill

Terdapat beberapa kawasan mewah di tengah bandar ataupun di pinggir bandar Kuala Lumpur. Kawasan seperti ini adalah tempat tinggal orang kaya. Apabila seseorang berkata yang dia tinggal di kawasan seperti Kenny Hill, Sri Hartamas, Country Height, Mont Kiara dan sebagainya, kita selalu menganggap mereka semua itu ada daya penarik tersendiri.

Material penting bagi menjalani hidup tetapi tidak menjadi sasaran

Keperluan material penting, ia tidak boleh dipandang ringan. Islam menggalakkan orang yang berusaha bagi mengumpul harta. Ini kerana kefakiran boleh membawa kepada tebing kekufuran. Namun begitu faktor material hanya faktor tunggangan bukannya kita yang ditunggang oleh harta dan material.

Jangan kena tipu dengan harta

Apabila orang itu dilihat menarik kerana faktor material, sifat menariknya terlekat pada harta benda mereka, bukannya pada diri mereka sendiri. Tidak bermakna orang yang memiliki kekayaan tidak memiliki kekayaan dan keistimewaan lain yang dibincangkan dalam bahagian ini. Mungkin seorang itu ada harta benda dan juga dia seorang yang berpendidikan tinggi dan banyak faktor-faktor lain supaya menjadi menarik.

memory

Monday, December 18th, 2006

Daylight
See the dew on the sunflower
And a rose that is fading
Roses whither away
Like the sunflower
I yearn to turn my face to the dawn
I am waiting for the day . . .

Midnight
Not a sound from the pavement
Has the moon lost her memory?
She is smiling alone
In the lamplight
The withered leaves collect at my feet
And the wind begins to moan

Memory
All alone in the moonlight
I can smile at the old days
I was beautiful then
I remember the time I knew what happiness was
Let the memory live again

Every streetlamp
Seems to beat a fatalistic warning
Someone mutters
And the streetlamp gutters
And soon it will be morning

Daylight
I must wait for the sunrise
I must think of a new life
And I musn’t give in
When the dawn comes
Tonight will be a memory too
And a new day will begin

Burnt out ends of smoky days
The stale cold smell of morning
The streetlamp dies, another night is over
Another day is dawning

Touch me
It’s so easy to leave me
All alone with the memory
Of my days in the sun
If you touch me
You’ll understand what happiness is

Look
A new day has begun

oh yeaaa sapa tau lagu ni sila nyanyi perlahan lahan supaya anda dapa menghayainya and u cuold feel calm as I am..cuba fahamkan lirik dia bettul. lagu nih ada memory nya bg aku thats y aku suka.

cerita ceriti

Monday, December 18th, 2006

Salam.Firsly aku nak menunjukkan rasa tak puas hati aku kat kompiter kat cc ni, coz aku takk ble tekan huruf t, tak mau kluaq, pasai pa tah, penat la jari i nak kena tekan kuat2, sooo pas ni klu termiss huruf t,,,,, pepandai ahh hampa baca. pPada malam yang dingin ni aku actually rasa sangat selesa nak menaip tapi taktau nak taipp pa. dah dok mengadap kompier ni for 1/2 jamm tapiiii satu source esaimen pun tak jumpa las2 aku chek friendster, lagi bes.sok lekturer EAP tanya aku wat muka dono ja, sebenarnya aku salute a kat sorang member aku ni dalam hal buat muka dono ni, boleh klu lekcerer tanya kekadang dia wat muka tak tau ja, aku yang agak bengong ni pun selalu jawap klu lecturer tanya. Padahal dia tu la orang paling pandai di kalangan member aku. Aku kena belajaq kat dia nih( sori ye miss)

Semester baru ni aku rasa amat senang hati coz dah tak banyak tanggungjawab yang aku kena pegang melainkan sebagai student and ahli Titian Asli. Diulangi AHLI. huhu aku dah melepaskan jawatan aku kepada orang yang lebih berkaaaliber iaitu, Mohd Saiful b Adalan dan sahabat2 yang lain yang dirasakan amat layak. Diakui tampuk pemerintahan yang dipegang oleh aku kurang memuaskan, jadi dengan adanya office bearer yang baru ini aku harap semuanya akan berjalan lancar. Other than that aku being said as potential candidate in IPRMSA IIUM chapter, tapi heh aku kurang minat eventhough aku terpaksa wakilkan this soc ke McLead kt Sungkai Perak .I accept this coz i nak rasa pengalaman baru kat Perak and dessiminate all the info to the PR student. Yearggh hidup Budak PR, walaupun selalu dikatakan budak2 paling berlagak kt UIA, but i never felt so, yelahhhhhh cuba rasa duduk dlm others student shoes, sure rasa gitu gak kot. Err, berlagak ke budak budak PR?

Yea raya datang lagi…2 minggu lagi raya haji but then aku tak piqiaq pape pun lagi especially pasal tiket blk kg, mak nak buat camna ni? cek tak bl tiket lg. Cam besa a gosip bahawa iket dah habis amat berleluasa,jadi bagaimana, sama samalah kita renungkannya malam nih.

Err dah a malas lagi lah nak menaip pki keybod yang tak best nih.Yang baik itu segalanya dari Allah swt, dan yang buruk itu dari diri aku sendiri, hambaNya yang amat dhaif. Wassalam

bila mata bagai di gam

Saturday, January 27th, 2007

Sekarang jam baru menunjukkan jam 11.04pm. Mata aku dah mengantuk giler nak tidoq la tu. Sebenarnya aku tak berniat nak singgah cc ni, aku juz datang cini nak beli air, tengk2 shop tutup. Finally, aku berjaya jugak melangkah kaki ke Johor untuk misi bantuan mangsa banjie, pembetulan, bagi sesapa yang conpius sebenarnya aku pi dengan PSYC dept. of HS bukannya ngan CENSERVE. Memang banyak pengalaman manis dan pahit kat sana, sukar nak digambarkan bagaimana mereka hidup kat dewan sekolah lebih dari 2 minggu, tiap hari makan nasi kawah, asyik teringatkan rumah dan harta benda yang tenggelam. Mereka memang sangat sangat trauma dan memerlukan bantuan dari segi PSYCHOLOGY. Sory to say, they also need to strenghten their iman as well….. ada sebab kenapa aku cakap cam ni…

sukarnya penderitaan.

Thursday, January 18th, 2007

Banjir yang melanda sebahagian besar kawasan di Johor sekarang amat menginsafkan aku. Walaupun member selalu kat aku ni hati kering tapi aku amt sedih dengan malang yang menipa sebahagian besar keluarga di Johor. Jadi aku rasa terpanggil untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Mulanya aku x tau nak bantu apa, macammana.Klu dari segi kewangan tu berat sket la coz aku pun kekadang need to tie my stomach.So bila aku dengar je yang PSYC department buat misi bantuan aku pun tergedik gedik la nak ikut. Tapi tak comform lagi ble join ke tak, coz ramai sangat yang nak join.Menjelang cuti ni rasa malas plak nak balik kampung coz rasa cam banyak kerja jer nak buat.Tapi rasanya aku nak pi rumah abang aku kat Melaka nunnn, best gila rumah dia, dekat dengan pantai, jngn jeles. Aku ni ‘perak’ jakun sket dengan laut. Kat rumah aku mana ada laut, yang ada pun pokok getah, yang selalu tumbang ke atas wayar tepon and letrik yang menyebabkan line intenet kat rumah tak ble pakai, lalu membawa kepada boring tahap tapir. Jauh sket dr rumah aku ada sawah bendang. Pak and mak aku pun mengusahan penanaman padi jugak. Aku jugak terlibat secara x lansung sebenarnya dalam perusahaan ini di mana aku berusaha mem’perabihkan’ duit hasil padi mak pak aku..Jadi dengan ini aku berikrar untuk belahjar bersungguh2 untuk menjadi petani moden yang berjaya(err ade kaitan ker)

Leisure

Wednesday, January 10th, 2007

Hari ni merupakan hari yang paling mengantuk bagi aku coz kurang tido punya pasal.Tapi hari ni aku berjaya melalui hari spt biasa dan berjaya buat benda2 yang best gak. Aktiviti hari ialah pi klas pr, makan nasi ayam, tidor setengah jam, pi klas EAP kat Law tp klas cancel dan buat aku frust, pi lab itd, yeehaa jumpa soces wat esaiment finally, hntr email, beli baju n tudung sedondon, pi klas research method tapi amat memeningkan kepala , pi pasar malam , chatting ngan rumate, dah lama x borak ngan depa, revising sources esaimen, and finaly check frendster. Walaupunn agak boring at least hari ni aku berjaya buat sesuatu, semua orang merasakan bahawa aku sangat leisure, but ekceli aku pon bz gak, tapi malas nak tunjuk. Sekadar untuk menyatakan bahawa aku bz dan tiada sesiapa menolong aku untuk mengurangkan kesibukan ini amatlah tidak berbaloi, susah nak cari member yang betul2 faham apa yang kita lalui setiap hari. Seperti aku dalam kepayahan yang amat sangat sangat dalam 2 minggu kebelakangan ini (aku migrain seminggu sampai raya haji, then sekarang ni tak sembuh lagi batuk dan selesema), terlalu sukar rasanya nak pi kelas dengan kepala yang amat berat dan batuk yang membuatkan segala sarafku bergoncang ibarat gempa bumi.Lekcerer pon naik kesian tengok aku sampai aku disuruh supaya x jawap soalan, coz sekali aku bersuara aku akan batuk. Tapi aku tabahkan hati , buat cam besa, walaupun orang slalu tegur aku nampak x bermaya. Sebenarnya kitaran hidup aku( demam n migrain) adalah normal. rasanya dah 2 tahun aku tak sakit teruk ni la time nye untuk aku berehat panjang, malangnya xde mc plak…. aaa letihhhh

suka hati dierrr jerr ek

Sunday, January 7th, 2007

Merujuk tajuk di atas saya ingin membuat satu kesimpulan bahawa saya sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah besar tapi cuber mentidak pedulikan perkara tersebut. Masalah yang diperkatakan ialah saya belum mencari sources untuk esaiment EAP sebaliknya saya bersuka ria berfriendster sana sini di ruangan siber ini. Bukan nyer tak nak cari tapi nak cari mood dulu. Tajuk EAP yang sedang dalam pertimbangan ialah mass media. Thesis statement nye berbunyi’ i believe that traditional mass media still relevan for the contemporary life bacause it is more reliable, valueable and variety’., it sound wierd rite? alahh ayat dia x parallel, tak tau camne nak buat, dah lah Madam tak masuk klas, naik penin aku. Dalam assignment ni aku cuba nak argue that mass media like book, magazine and newspaper still relevant to be used as the sources of information. For the counter argument i may said that people are too obsess on the usage of internet and neglect the importance of other media, whereas the other media are more reliable in term of outhor, sources, etc. meanwhile anybody can write and publish it in the internet. Other mass media also valuable because we can keep it in ohisical form, unlike internet, we have to print it before use, alahh lebih kurang cam g2 lerr. ape komen korang sila beri komen k. Berbalik kepada penceritaan saya dalAm blog ni ekceli, hari ni ahad, x wat mende pun kt blk. dok melepak, baca paper, majalah, tidor sedikit sebanyak pi lepak kt sport komplex n malam pi bbq party blok f. cam biase aku x penah dapat lucky draw. Tapi games kat majlis td best gak. 1st game ialah kena wat bulatan n berjalan, bila instructor kata stop, kita kena duduk atas orang lain, hikhik best. 2nd game plak kena wat satu bulatan besar n the kena nyanyi how many2x tell me how many, then instructor akan bagi jumlah nya, let say 3, so kita kena la cari member bg cukup 3 orang begitulah seterusnya n last skali tado kmi kena cari 20 member, kalut, tapi grup aku menang…. hehe, cam budak2 je main

Malang yang berbau

Sunday, February 4th, 2007

Sesungguhnya bagi setiap apa yang berlaku itu adalah hikmah dari Allah jua. Sabtu, 3 February, aku diajak member2 ke markas kami di Janda Baik. Aku terus bersetuju. Mulanya semuanya okeh. Depa memang mai on time. Maka bertolak lah kami berlima- aku zue ijan, ida and Saiful. Pon yang drive. Sepanjang perjalanan tu perbualan kami banyak tertumpu kepada keadaan kereta yang kami sewa tu. Tayar x allign la, power kurang lah, cam nak runtuh lah mcm macam lagi. Pastu bila sampai rumah puan Ainon kami berbincang sikit dengan Cikgu Dol tentang Gapoi, kampung baru orang Asli.

Nak dijadikan cerita, on the way balik tu kereta pancit truk la jugak. pastu pon just tukar tayar cam besa,tapi bila blk UIA tengok2 teruk gila rosaknya. Cam terlanggar benda besar ja gayanya. Tapi kami amat yakin dan pasti bahawa kami tidak berbuat demikian, persoalannya, apakah sebenarnya yang berlaku. kan best klu ada cctv kat c2. Hanya ALLAH shj yang Maha Mengetahui. Yang teruknya, kami kena bayar ganti rugi kat orang sewa kereta tu. malang betull…

hanya satu

Thursday, February 1st, 2007

aku amik nukilan ni dari tokei kedai.com

Mak..
Maafkan anakmu mak…
Anakmu yang selalu melawan kata
Selalu pandangmu dengan mata yg tajam
Selalu fikir betapa kunonya mak…
Mak…
Aku pernah tengking mak…
Aku pernah marah mak…
Aku pernah malu nak tunjukkan mak pada kawan-kawan…
Malu sebab nanti org cakap aku anak orang kampong kolot…
Tapi mak tak pernah tengking aku balik…
Mungkin sebab mak sedar mak tak belajar tinggi mcm aku…
Aku masuk universiti…
Mak Cuma duduk kat kampong hulu…
Tapi aku suka mak sebab mak pandai masak…
Mak selalu masak sedap…
Tapi aku tak pernah puji mak…
Sedangkan kalu orang lain masak aku puji tinggi..
Tapi mak tak pernah merungut…
Pernah aku cakap teringin nak makan kerepek pedas mak…
Mak diam saja…tapi…
Senyap-senyap mak pergi gali ubi kat blakang umah…
Mak kopek..mak potong…mak goreng…
Mak sira dengan gula dan cili…
Mak buat pedas-pedas…
Sebab mak tahu aku suka makan pedas..
Semua mak buat sorang-sorang….
Sebab masa tu aku tengah tertido depan TV..
Aku selalu marah mak bila mak pakai tudung senget-senget…
Aku malu dengan orang lain…
Mak kata..”biarlah…mak dah tua..”
Mak tak pernah merungut nak beli pencuci muka..
Bedak…lipstick…mascara..dan segala benda tu..
Sebab mak memang tak pernah pakai dan sentuh semua tu..
Mak tak pernah merungut nak baju baru..
Kadang-kadang mak pakai baju yang aku dah tak nak..
Mak kata…”sayang membazir..”
Mak tak pernah merungut nak pergi tempat-tempat menarik..
Mak ikut saja kemana Abah bawa mak..
Tempat shopping mak cuma di pasar..
Mak suka basuh baju…
Aku selalu marah mak bila mak selalu basuh baju yang baru dipakai..
Mak minta maaf…
Mak selalu basuh baju sampai lewat malam…
Lepas basuh baju…mak seterika pula..
Mak kata buat keja jangan bertangguh…
Mak seterika baju depan TV..
Sebab mak kata membazir masa kalau tengak TV saja…
Seingat aku..mak tak pernah tengok drama sampai habis..
Sebab mak akan tertido….
Mak letih agaknya…
Mak tido sebab mak nak bangun awal..
Bisanya bila aku bangun subuh…
Mak dah siap buat sarapan pun…
Aku hanya makan saja…
Lepas kemas dapur…mak pegi berkebun…
Mak suka tanam sayur dan bunga…
Mak tak boleh tengok rumput liar…
Semua mak nak tarah…
Mak kerja kuat sangat..
Sampai jari-jari mak dah ada yang bengkok…
Tapi…
Aku tak pernah nak urut blakang mak..
Macam aku urut kawan-kawan…
Aku malu…
Tapi mak…..
Anak mak sekarang dah sedar mak…
Anak mak nak baktikan hidup ini untuk mak…
Anak mak takut kalau tak sempat mohon ampun dari mak…
Anak mak nak peluk mak kuat-kuat…
Nak cium pipi mak puas-puas…
Nak urut…belai dan belikan baju cantik untuk mak…
Tapi mak…
Anak mak mungkin ego atau malu…
MAAFkan anakmu dunia akhirat mak…

 

 

2 Responses to “Kenangan-kenangan lama saya”

  1. Ku pol Says:

    kekadang yang manis tu datang dari kenangan yang lalu..
    kekadang rase tak manis tu bila takut nak ingat kenangan yang lalu

  2. zura_kav Says:

    sebut pasal kenangan lama, teringat plak kenangan kelas practicum kita dlu…ang tak mau ka wat reunion kelas practicum kita ? hehehehe..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s