Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Hari gembira saya April 1, 2009

Filed under: greenz grinding — mayyaclassic @ 7:44 am

Kalau rasa gembira tepuk tangan, clap clap

kalau rasa gembira petik jari tap tap

Kalau rasa gembira lompat katak ong ong

Kalau rasa gembira beginilah caranya kalau rasa gembira sengih cam kerang..

Hari ni saya rasa senang hati dan sangat gembira sebab:

1) Saya datang kerja bersama teman serumah-satu amalan mulia yang telah kami tinggalkan sejak 6 bulan lepas disebabkan kesibukan diri mengejar harta dunia.

2) Kak Yan belanja nasik lemak Taman Gembira yang memang sedap. Sapa makan sure jadi gembira.

3) Cuti saya telah diapprovekan walaupun boss saya membalas approval tu dengan caps lock semua. Lantaklah boss, asal saya cuti 3 hari.

4) Saya tersenyum mengingat kegembiraan yang keempat ini hanya kerana saya sering teringat akan memori sewaktu bersama dengannya dan memberi sokongan padu sewaktu beliau meyertai satu kejohanian. dan panggilan manja beliau terhadap saya buat jantung saya luruh.

5)Errrr

6) Bertemu rakan sekuliah yang bekerja dengan syarikat adik beradik dengan syarikat saya pada waktu lunch, bertukar hikayat tentang kerja kami.

7) Perkara ke tujuh ini menggaru-garu sudut jantung saya yang paling dalam kerana biasanya, yang terindah itu adalah sesuatu yang selalunya tidak akan menjadi milik saya. Jadi saya tergigit jari sekejap tadi. Walaupun tak luka , ia membuatkan saya sedar semula akan siapa saya. Saya bersyukur dan gembira.

8) Boss saya tiada di ofis, maka lagi nyaman lah kepala saya

9) Saya rasa amat berbaloi membeli sebuah dress simple berwarna hitam denga sulaman penuh pada hujung baju dengan harga RM-Boleh-Beli-Kad-All Access-LRT untuk sebulan. Sebab ia membuatkan saya bertambah elegen (sukati aku la nak jadi narcissist pun!!!)

10) Sebab saya nak jumpa kanak-kanak yang saya sayang petang nanti dan memulakan percutian saya esok.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s