Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Saya dan monyet-monyet duniawi Mac 23, 2009

Filed under: panas — mayyaclassic @ 1:44 am

*Tajuk di atas tak ada kena mengena dengan sesiapa yang terasa dengan tulisan ini.

 Setelah berada di Perlis selama 9 hari, baru hari ini saya dapat menghapdatekan blog saya ini. Yelah, saya ini orang penting dalam company ini, dan jika saya tiada di sini akan lingkup punah ranahlah company ni agaknya. (Saya teringat saya mendapat panggilan dari orang kampong Balik Guar pada pukul 6.45 pagi bertanya sama ada mereka boleh menyembelih lembu kurniaan kompeni saya pada satu majlis keraian, aduyaiii)Yaa dan bagi menghakhiri ayat tersebut, saya dengan ini ingin melobi bos saya dan melobi Managing Director untuk dinaikkan pangkat saya menjadi Senior Manager dalam masa 2 tahun. Andainya saya berjaya, saya akan buli orang-orang bawahan saya dengan memberi arahan-arahan tak logic seperti pergi mendapatkan Jus Cinta dari Kedai KakRamlah Janda Kampung Baru.

Baiklah, bagi melunaskan segala beban yang terjunjung di atas jemala patik ini, patik akan memulakan riwayat patik untuk minggu lepas. Al-kisahnya, patik sekarang sedang rentung wajahnya disebabkan oleh ketaatan menjunjung duli cik puan yang mengkerahkan patik bersama-sama dengan hamba sahaya lain untuk menjaga acara Istana Kayangan yang julung-julung kali diadakan iaitu Karnival Futsal i-Metro 2009 di Batu 2, Jalan Kaki Bukit. Patik menjadi dayang-dayang la pulak untuk acara kali ini. Amat sebak di dada apabila terpaksa bercampur gaul dengan pemain-pemain futsal lelaki yang baunya tengik macam jering dan kerdas jeruk. Selain lelaki, saya juga terpaksa bersentuh bahu tersadung kaki dengan pemain futsal wanita. Hal ini sangat mengujakan saya kerana berdasarkan pemerhatian saya, terdapat dua golongan wanita futsal ini. Kategory pertama ialah category wanita-wanita ayu yang berambut panjang mayang mengurai yang didandan manis dan dikenakan mekap, bila berjalan melintuk liuk bak lalang disapa angin, penuh menggoda menusuk sukma jantan kegersangan.Tutup bab.

Bab kedua, Wanita yang tidak ubah seperti lelaki, dada leper, bontot tenggelam, rambut pendek mencacak, bibir hitam dek mengucup puntung rokok dan gaya jalan terkangkangkangkong sebijik macam jantan. Dan andai anda perasan, ada yang bawak kekasih wanita mereka, dan wanita-wanita inilah yang menjadi pendorong bunga jantan-bunga jantan ini bermain bola. Tetapi saya tidak kisah dengan semua itu kerana saya dan mereka tahu, dunia hampir kiamat. Saya cuma kisahkan wajah saya yang hitam legam sampaikan bedak Maybelline two-way cake saya itu tak mahu melekat di wajah saya yang asal-usulnya mulus bak telur dikupas.

Kisah kedua adalah Earth Day 2009. Saya menyokong usaha ini sepenuhnya.Earth Day ialah hari kesedaran terhadap peningkatan suhu global dimana semua penduduk bumi dikehendaki vote for our planet. Ia adalah bukan berkenaan dengan dari negeri mana anda dating, tetapi, dari planet mana anda berasal. Jadi kawan-kawan, bagi menyokong usaha ini marilah kita menutup lampu selama sejam pada Sabtu, 28 March 2009 jam 8.30 malam.

Kesinambungan bagi kisah kedua inilah yang membuatkan saya gelak tergolek-golek macam tenggiling nampak steamroll lalu kat depat ni. Alkisahnya, pada 26 February lepas telah diputuskan oleh Bapak Company saya bahawa kmi semua perlu menyambut hari Earth Day. Maka pekeliling pun dikeluarkan pada keeesokan harinya. Salah seorang pekerja Department saya pun mengemail bos saya untuk memaklmkan perkara tersebut siap menyatakan bahawa kita perlu mengambil gambar tersebut esok! Dan saya tidak tahu menahu tentang perkara tersebut. Hahaah, bos saya pun menyuruh salah seorang pergi amik gambar keadaan ofis kilang yang gelap.dan, sahabat saya yang innocent ni pun pergi la amik gambar tersebut meredah kegelapan malam bersama-sama Pak Guard tersayang. JengJeng, tanpa disedari kami telah merayakan Earth Day sebulan lebih awal dari orang lain. Sekarang saya mula confius samaada saya masih berada di bumi atau dari planet di galaksi lain yang jarak masanya cepat sebulan dari bumi.(O ya, Galaksi Bima Sakti tu, dalam Bahasa Inggeris apa ek?Milky Way) Sekarang saya yang terkulat-kulat nak pikir apa yang nak ditulis tentang Earth Day ni untuk newsletter yang akan dikeluarkan 1April ni memandangkan Earth Day tersebut belom pun terjadi. Aduhai..

Sebenarnya saya amat boring bekerja di Perlis ni. Mujur saya ada kawan-kawan, yang boleh saya jumpa dan bertanya khabar. Tapi.. satu perkara yang buat saya tidak seronok untuk bersembang dengan mereka ialah apabila bab kahwin menjadi topic perbualannya. Seperti apabila saya bertemu dnegan Rini dan Shahril Izani di De’Futsal Centre. Dua orang makhluk tuhan paling tak seksi ni asik bercerita tentang persiapan kahwin mereka hinggakan saya terpaksa menebalkan telinga saya mendengar sambil tidak membuat apa-apa ekspresi. Bertemu dnegan Fiza jugak begitu. Emaknya bercerita tentang kalau Fiza dah kahwin nanti mesti susah nak balik rumah. Bertemu dengan Am pulak, dia bertanya tentang status saya yang dah sah-sah belom berpunya nih. Apakan daya saya hanya mampu tersengih. Bukan saya kemaruk hendak kahwin atau saya berwawasan untuk berkahwin pada tahun 2020, Cuma saya rasa, jodoh belom memihak pada saya lagi.

Baiklah, hari ni, dengan lafaz bismillah, saya menyatakan kazaman bahawa saya tidak akan teragak-agak meninggalkan kompeni yang saya sayang ini andai saya mendapat tawaran menjadi seorang Chekgi. Saya sayang kompeni ini tapi saya kurang sayang dengan bos saya yang toksid tu. Saya ada belajar dengan pensyarah saya Che Mahzan tentang kelakuan manusia Toxic dalam kelas Human Relations. Antara ciri-ciri orang toksid adalah mereka mempunyai tanggapan yang tidak sihat terhadap orang lain dan dan merendahkan kemampuan insan lain. Ada ke patut, tadi secretary dia yang dua orang tu kena marah sebab mereka bagi saya guna hard disk department punya. Alasannya saya tak layak. Shilaka betul!! Saya ini bekerja separuh mampos dikerah bekerja siang dan malam macam buruh Landasan keretapi maut Vietnam. Saya hendak guna Hard disk ini pun tak layak. Apakah?!!! Itupun saya berkorban pakai laptop sendiri yang besar gedabak itu. Haram tol.

 Kesimpulannya, saya ini tidak ingin berpenyakit darah tinggi, sebab tu saya perlu melarikan diri dari segala masalah sekarang dengan isolatekan diri seandainya saya mendapat tawaran menjadi guru. Lebih baik kalau sya mendapat penempatan seperti di Kuala Krai dan Gua Musang atau hulu Sungai Rajang mahupun nun jauh di Ranau atau bergaul dengan Makhluk Pala’u di Sabah. Hmm. Itu azam saya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s