Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Adess, ada lagi orang macam ni rupanya Februari 17, 2009

Filed under: panas — mayyaclassic @ 2:10 am

Orait, saya dah pun buat keputusan untuk membeli PIN number bagi DPLI dan KPLI sekaligus.Yer, saya memang tamak pun, suka hati saya lah, bukan saya pun yang beli PIN tu, kakak-kakak saya yang beriya-iya nak saya jadi cikgu..walaubagaimanapun, saya akan isi borang itu elok elok waima saya tak minat. Jika dapat, itulah rezeki tuhan yang telah ditetapkan untuk saya. Tak salah mencuba kan?(Betul betul betul!!kata Upin dan Ipin menyokong pendapat gua)

Ni, nak habaq mai ni, saya mengantuk!!!

Semalam kan, saya kan, kena marah dengan driver company!!!! tapi kan, saya marah dia balik lepas tuu!!!!!!!!!!!puas hati saya.

ceritanya adalah seperti fakta berikut:

– Saya nak balik ke KL dengan flight pukul 0935pm. Driver berjanji dengan saya untuk ambil di rumah pada pukul 0645. Baiklah, saya tunggu sambil bersiap-siap dengan sabar.

– Tepat 06.45,  sekonyong-konyong ada kereta putih masuk ke halaman asmara rumah saya yang berseri dengan bunga kertas emak saya tu. Sampai je rumah saya, dan jumpa dengan saya, driver tu marah-marah saya(maki hamun sekali sebenarnya dan mengatakan bahawa kalu dia tak jumpa rumah saya dalam masa 5 minit lagi dia akan blah). Cis bedebah bebedah!! pantang aku dimarahi orang depan mak ayah aku!!Beliau telah claim bahawa dia telefon dan mesage saya tetapi saya tidak angkat. Aik??!! bila masa ada call dan message? tipu ah.. takder pun. and then saya masuk dalam rumah untuk amik beg,  oo betul la, dalam rumah saya tak ada coverage plak.  Then saya masuk kereta. Beliau mempotpetpotpet sehabis daya terhadap saya yang naif lagi sopan santun ini. adess berdarah telinga. Saya minta maaf ok. MUNGKIN salah saya, kata saya. kami meneruskan perjalanan untuk mengambil bos saya.

– Sampai jer di rumah bos saya, kena tunggu bos saya pulak. beliau masih potpetpotpet lagi.. telinga saya terus mengeluarkan darah dan bernanah.oooooppsss terlebih sudah. tiba-tiba saya terfikir, ke mana semua message dia ni? takkan lah tak sampai lagi jika benar tak ada coverage telefon di rumah saya? driver bongkak lagi kurang asam tu masih lagi dengan pendiriannya, katanya, kalau dengan driver lain, dah lama saya kena tinggal. Padahal masa tu baru pukul 6.45, saya memang tengah amik telefon untuk telefon beliau untuk tanya dah jumpa rumah saya ke belom.

– Ermm, saya mencari akal untuk tutup mulut orang ini. tapi akal saya hilang tak jumpa-jumpa.

-tetapi, jeng-jeng jeng. Eureka!!!!

-” Boleh i tengok sent item yang u hantar kat I tadi?” soal saya dengan penuh sopan santun. “Nah, ni, tengok ni, apa punya orang, huhhhhh”, beliau kata begitu pada saya (???)

– Saya pun ambil henfon beliau. Errrrr, ermmmm, hargghhhhh!!!!!!. Dasar bontot belanga!!kepundek, mangkuk berhayun, banggang, bonggok, benggong,ba*#, biawak pasir, jam pasir!!  Mata saya terbeliak, hidung saya kembang kempis, napas cahaya saya naik turun, saya tarik napas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan, lantas “Pakcik,(err tapi muda jer driver ni aku tengok, lantak lah, pak cik jugak!!), ni bukan nombor telefon saya, klu macam ni sampai kiamat pun pak cik tak boleh contact saya!!!” lantas, aku teringat sesuatu.

-3 jam yang lepas, Saya telah memberi nombor telefon saya sebanyak 2 kali kepada pembantu driver, siap saya ulang kuat-kuat dan jelas-jelas. setelah itu, saya sendiri menelefon driver tersebut, saya suruh beliau ambik hnombor telefon saya, tapi beliau dengan angkuhnya menjawab, ” tak payah lah bagi nombor kamu tu berkali-kali, bukannye nak ngorat kamu pun!” Hambik kau.

– Sekarang ni siapa yang tersipu-sipu dalam kes ni? Geramnya saya masa tu. Rasanya nak jer saya bahasakan  balik beliau yang kurang asam boi tu biar dia pulak berdarah telinga. tapi saya tahan jer, saya lebih suka menggunakan pendekatan biar orang tu malu sendiri dan ingat sampai mati. saya cuma cakap ” ermm saya pun tak suka nak bagi nombor saya pada orang lain sebab saya tahu, orang bukan nak ngorat saya, tapi yang saya tahu, klu saya bagi nombor saya kat orang, orang tu mesti dan perlu guna betul-betul.Lain kali ingat baik-baik apa yang kita buat kat orang akan kena kat kita balik yer pakcik””

Huh puas hati, maka untuk satu jam perjalanan yang seterusnya, beliau hanya diam seribu malah jutaan bahasa.

Al-kisahnya, budak yang amik nombor telefon saya tadi itu, rupanya, tidak tahu membaca dan menulis. Sayangnya, rupa budak tu, klu sekali tengok, boleh tahan kacaknye, tapi nak tulis number phone pun salah, patut la orang cakap dia ni tak boleh diharap.Rupanya dia dapat kerja pun sebab bapak dia berpengaruh dalam company ni dan bapaknye juga merupakan orang penting di tempatnya. Kalau tengok cara cakap, memang mewarisi bakat bapaknye yang dah macam YB tu, rupanya membaca pun tidak pandai.  Dunia, dunia, bapaknye yang bijak pandai tu,kenapa tidak disekolahkan anak kamu tu, klu tak, tak lah bernanah telinga saya, tak la tersipu-sipu pak cik driver tu dengan saya sampai tak cakap apa-apa sepatah haram pun.

huh, best. Kemenangan berpihak pada saya lagi kali ini.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s