Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Saya dan diri saya Februari 13, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:21 am

Seperti biasa menjelang hujung minggu, otak saya akan diberi tugas untuk memikirkan tentang paju apa yang akan dipackkan ke dalam beg dan beg mana yang akan saya bawak. Adesss, semenjak bekerja dengan CIMA otak saya seakan-akan sudah disetkan untuk memikirkan hal ehwal barangan yang perlu dibungkus dan dibawa keluar dari rumah. Minggu ni, saya akan balik ke Perlis for meeting , meeting is on Monday, so saya hanya perlu bawak satu pasang baju formal yang boleh dipakai bersekali dengan Kenduri masuk ofis baru pada sebelah petangnya( sebenarnya ofis lama cuma lokasi berubah). Memndangkan saya mendapat majikan yang terbaik, maka saya telah menempah fight tiket pada hari Sabtu dan sempat berehat pada hari Ahad di rumah sendiri walaupun saya boleh memilih untuk menginap di Hotel Brasmana atau Putra Palace(lantas disebut sebagai Durhaka oleh ibu-bapa saya kerana tidak menjenguk mereka) .

Sementelah minat saya terhadap aktiviti travel yang amat mendalam, saya amat bersyukur menyandang jawatan sekarang. Saya dapat menikmati kehidupan yang selesa walaupun kurang berduit dan dapat bertemu keluarga selalu sekarang. Sebulan sekali saya mesti pulang ke Perlis.

NAMUN BEGITU…

Saya sekarang ini berkira-kira untuk mengisi b0rang bagi Diploma Perguruan Lepasan Ijazah- Diploma Pendidikan. tapiiiii

1) Saya tidak minat lansung menjadi guru- Semasa zaman sekolh dulu, andai ditanya tentang cita-cita saya, saya tidak tidak tidak pernbah menyatakan saya akan jagi cekgu. Dan saya dah lupa saya nak jadi apa dulu2. Masa tu saya belum tahu tentang PR atau Corporate Comm. pun, Klu tahu mestilah saya akan kata saya nak jadi PR,cewah( I luv my job).

2) Saya ini tiada skill untuk menjadi seorang guru. Saya tidak tegas, tidak garang, suka bercakap cepat.

3) Saya cakap berbelit-belit dan suka mengulangi perkataan yang sama. Nanti anak murid saya tidak faham apa yang diajarkan.

4) Saya ini tidaklah suka setiap hari berbaju kurung dan membawa rotan ke sekolah. Saya suka bebas.

tapi…

1) Saya nak cuti 2 bulan berturut-turut dalam bulan november dan disember

2) Saya nak balik awal dari kerja dan menunggu anak2 dan suami pulang dari kerja

3) Saya ingin mendapat gaji yang tinggi( ye ke? ngaji cikgu tinggi ke?)

4) Saya nak kemudahan pinjaman kerajaan

5) Saya nak jasa saya dikenang sebagai pendidik yang mana ilmu  yang diajar itu membawa ke akhirat.

Tapi kalau saya jadi cikgu boleh ke saya

1) memakai suit korporat ke sekolah

2) Berjumpa dengan pelbagai interesting people instead of kanak2 dan remaja hingusan yang memeningkan kepala.

3) Mendapat peluang travel ke merata tempat( selain dari lawatan sambil belajar)

4) Peluang balik kampung sebulan sekali(andaikan bahawa aku ini tidak mengajar di perlis la)

5)Menguruskan acara-acara besar yang melibatkan kenamaan  dan VIP? Sedangkan inilah yang saya gemari?

Owh!

Tuhanku, berilah aku petunjukmu..

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s