Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Saya tidak mengantuk lagi Februari 10, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 7:01 am

ahhh nyamannya saya rasa dua tiga hari ini. Nyaman ini, menurut saya adalah satu pengalaman sepertimana saya sedangberada dalam pelukan insan-insan tersayang, seperti sedang menghirup teh herba panas di kebun teh di cameron highland, seperti sedang melembapkan diri dengan kabus di puncak genting highland dan senyaman berjalan di bawah pohon ketapang di pulau pangkor( yang mana Ahli parlimennya telah dilantik menjadi MB Perak).

Saya rasa nyaman bukanlah sebab apa, sebabnya hanya satu, saya cuti 3 hari. sabtu ahad dan isnin., Ya malaysia memang bermurah hati dengan cuti. asik cuti sahaja.hari raya, depavali, CNY, thaipusam, gawai, hari jadi sultan, raja,inang dayang segala bagai., memang meriangkan. cuti kali ini adalah bersangkut paut dengan orang bawak kavadi dan berjalab di berdarah-darah di sekitar rumah saya(Batu cave) dan cis bedebah bebedah betol, mereka menyebabkan jam teruk di sekeliling rumah saya hinggakan kawan kawan saya yang paling setia dan baik budi tidak sanggup mengajak saya kluar. marah betol saya.

Kesudahannya saya mengambil kesempatan cuti panjang tersebut dengan membaut kerja rumah. oh ya, sdebelum tu, hari jumaat, saya dengan bangganya berada di Seremban, mengacarakan sebuah majlis, overnite di sana hingga tengah hari Sabtu, saya pulang.Memang membestkan.

Kerja rumah saya? Pertamanya ialah membasuh segala baju mak nenek. Sampai penat. Lelah. Then sidai baju plak. Setelah itu saya mengemas bilik dan menghias seadanya. oh ya, cuci toilet sudah menjadi satu kewajipan;mutlak!selepas itu, dapor pulak. Wahh berkilat kilat.

Lepas tu,.,.,.,

I dah tak tahu nak wat apa lagi. I bosssssssan sangat.

Saya keluar memerhatikan jalan yang luar biasa jem depan rumah, i dengar radio, tengok tv, makan, masak, baca magazine, tengok tv bla bla bla. tolongg.

tetiba, Eureka!!!!

Saya dah mendapat idea, kenapa saya tidak tidur jer. saya kan suka tidor, saya kan kaki tidor, saya kan selalu merindui tidur yang berkualiti. saya kan gemarkan mimpi indah yan buat saya berada di awangan?

Jadi, saya pun, zzzzz zzzzz zzzzz.

Shoh shoh, pegi main jauh jauh, saya nak belayar ke italy, Monaco dan Kosovo..byee

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s