Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Kasut Merah Hati yang Comel. Februari 3, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:33 am

 

 

Kasut Merah hati yang comel?Walaupun saya ini obsess dengan kasut, tapi ini bukanlah kasut milik saya, tapi ia adalah kasut comel seorang anak kecil berusia 3 bulan. Kasut itu, badannya berwarna merah hati, berjalur putih di tapaknya. Talinya berwarna putih. Kasut itu tidak pernah kotor lantaran pemiliknya, si anak kecil itu, tidak pernah menyentuhkan kakinya ke lantai. Meski berwarna merah hati, saya dapat bayangkan kesucian kasut itu, sesuci hati kanak-kanak comel itu. Saya pegang kasut itu, sebahagian dari hati kecil saya terkopak, perlahan-lahan. Kenapa? Hanya saya dan Allah yang tahu. Saya angkat kasut comel itu tinggi-tinggi, saya belek kiri dan kanan, luar dan dalam. Ermm, kemudian saya gantungkan kasut itu di bahagian hadapan cermin pandang belakang kereta. Erm.. comel sangat. Saya tidak henti-henti memandang ke arah kasut itu sepanjang saya di dalam kereta Bagaimana agaknya rupa kanak2 pemilik kasut ini? Bagaimana hati si kecil ini? Kenapa perlu saya berfikir tentang kasut comel ini? Saya hanya berdoa pemilik kasut merah hati yang comel ini akan menjadi orang yang berguna di kemudian hari.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s