Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Arggghhh kenapa aku tiada hak untuk shopping!! Januari 29, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:16 am

Semalam saya seperti bengang apabila saya tidak dapat buat apa yang saya hajatkan di hati. Ya,saya dihalang oleh seseorang untuk berbuat demikian. Namun saya tidak pasti apa sebabnya saya hanya memendam perasaan di dalam hati tanpa membantah lansung. Hajat saya untuk meluakkan sedikit duit saya yang berkepuk-kepuk di dalam bank itu dengan membeli sehelai dua pakaian baru berjenama mahal tidak kesampaian walaupun saya telahpun hampir sampai ke tempat tujuan.

  

Maghrib, saya bagaikan pipit kembali ke sarang. Selepas tu saya keluar ke kedai baru depan rumah saya yang tersergam Pasaraya Speedmart!!Kami menawarkan harga runtuh untuk barang barang seperti bawang besar!(yang dah tumbuh pucuknye), penapis teh dan kopi(yang dah koyak saner sini)! Coklat kandos (yang dah berkulat)! Kicap tamin(yang dah berbuih)! Sos Aminah Hassan! Dan lain-lain lagi. Ya mari-mari tuan tuan puan-puan!!!

 

Hoh, apa tuh! Aku tak berminat lansung nak dengar suara ala-ala Hasbullah Awang yang sedang membuat liputan Permainan Galah Panjang Antarabangsa di mana Malaysia menentang  Nepal dalam set suku masa itu.

 

Bagi menandakan protes tak dapat shopping baju, saya sebaliknya saya hanya pergi mendapatkan barang yang saya tak pernah terlintas di kepala hotak saya. Saya membeli pad jenama wh!@#$, Kopi Perl Kacip Kak Timah, keropok Jigs, keropok belom goreng Indonesia cap panda yang taglinenya berbunyi Gurih dan Renyah.apa tuh?!! Dan Jeng-jengàsaya telah membeli perkara-perkara yang membuatkan saya tak tidor malam iaitu Pensil Mekanikal 0.5 point, 2 berus lukisan cina, 3 berus lukisan biasa dan 1 set warna air serta tempat pengadun kaler!! Wow, nampaknya hobi lama saya akan berbunga kembali setelah 2 tahun telah meninggalkan buku lukisan sampai dah bersawang.

 

Terima kasih pada yang telah menghalang laluan saya ke shopping complex tersebut!

 

Kesimpulan untuk post hari ini ialah, saya akan kembali melukis!

 

Dan hati saya berbunga kembali. Nak lukis apa, lantak lah, nanti saya fikirkan kan, korang pedulik hapa?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s