Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

maya artwork’s Disember 8, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:29 pm

reebok-milion-mile 

 

Sebelum ini saya dah pernah mengutarakan hal-hal tajuk berkaitan lukisan. ok saya akan sambng pada malam ini. wah lancar sungguh saya menaip bertemankan gesekan biola Venessa Mae dengan lagunya Devils Thrill Sonata.

Perbincangan ini adalah hanya difokuskan kepada pelukis yang baru berjinak jinak dengan dunia lukisan. tidak juga digalakkan pada kanak kanak yang baru reti memegang pensil yer.

Pertama sekali saya ingin bersembang-sembang pasal alat lukisan 2 warna, hitam putih yang selalu aku buat.  kata ilham pujangga, seni itu adalah di mana-mana dan dengan apa-apa sahaja. tapi agak-agak lah babe, tak kan kat dinding toilet pun nak dijadikan kanvas lukisan lu!! tak digalakkan walaupun itu dalah satu sumber ilham. Takut-takut ornag yang nak melunaskan hajat tersentot dengan lukisan ala-ala Leo daVincci you all tu.

Perbincangan ini adalah sangat self-centered, semua adalah berkaitan dengan saya. Klu melukis, saya sangat suka keadaan yang paling sunyi, selalunya tengah malam bila semua orang dah tidor. bertemankan lagu lagu yang aku jarang dengar, saya akan start lukisan dengan perasaan. Perasaan lah yang selalu memberitahu apa yang saya perlu lukis. seterusnya, saya akan sediakan alat-alat melukis;pensil 2B,4B,6B,8B,mechanical pencil,mechanical pen, charcoal, dan pemadam, kertas lukisan, blade.kadang kadang, klu memerlukan saya membuat lukisan teknikal,saya akan guna t-square. dan, bahan lain yang penting adalah teh panas. nyaman.

Kepelbagaian jenis pensil adalah untuk menghasilkan imej dan ira yang berbeza pada lukisan, tidak ler sternnn jerr. atau dalam maksud lain mendatar jer lukisan tu, tak nampak 3Dnyer. Semakin besar gred pensil, semakin lembut carbonnya, dan semakin lembut karbonnya, semakin pekatlah warna yang terhasil. Kertas yang digunakan pulak seelok-eloknyer tebal(aku lupa saiz ketebalan tu) sebab yang nipis mudah koyak. Pemadam, ada pelbagai kegunaan, bukan sahaja untuk memadam, tapi ia mampu menghidupkan lagi lukisan bagi menghasilkan efek cahaya dan sebagainya. perhatikan lukisan di atas di mana saya menggunakan teknik rubbing dengan getah pemadam untuk menghasilkan imej benang yang berjahit pada kasut.

Seterusnya, blade. banyak juga kegunaan blade ni. pertamanya adalah sebagai pengasah pensil. adalah sangat tak sesuai menajamkan pensil dengan sharpener biasa sebab ia tidak mampu untuk menghasilkan bentuk mata pensil yang dikehendakai sama ada nipis atau tebal mata pensil tersebut(bagi menghasilkan ira garisan yang berbeza saiznya), jadi blade adalah yang paling ideal. Blade jugak digunakan untuk memotong getah pemadam sebab, getah pemadam tu akan comot klu digunakan sekaligus dan klu tak kena gaya, ia akan merosakkan keseluruhan lukisan. Jadi, jalan terbaik ialah memotongnya kecil-kecil dan digunakan secara berasingan. terdapat kesalahan yang memerlukan kita memadam pada satu ruang yang luas dan sebaliknya. jadi inilah peranan saiz pemadam yang berbeza. Blade juga sebenarnya mampu berfungsi sebagai pemadam. Biasanya orang-orang dari aliran architecture sahaja yang tahu teknik ini. saya belajar dari Fifi(si lembut) yang beria-ia mengajar saya bagaimana memadam kesalahan minor yang terhasil akibat dari penggunaan pen mekanikal. Hasilnya, amat kemas dan hampir tidak perasan kesalahan kecil tersebut. Jangan sekali-kali memadam lukisan teknikal dengan liquid paper(atau blenko, bahasa yang aku belajar dari orang-orang CIMA).

Charcoal atau arang adalah sesuatu yang bagi saya amat susah untuk dipraktikkan, namun, andai kena gaya, imej yang terhasil adalah sangat menakjubkan. Biasanya ia digunakan untuk draf lukisan bersaiz besar menggunakan teknik sentuhan jari bebas. ini kerana ianya amat mudah dipegang dan anda hanya perlu melayang-layangkan arang ini di atas kertas atau kanvas.

ok. ini saja material-material yang saya gunakan, sya tidak mahir menggunkan warna lagi, mungkiin saya akan mencuba dlaam masa terdekat.

O ya, saya perlu mengingatkan diri saya untuk menulis tentang teknik teknik melukis pada masa-masa lain.

 

2 Responses to “maya artwork’s”

  1. adha Says:

    roti lembut digunakan untuk memadamkan media ape ye?
    a.pensel
    b.arang
    c.pastel
    d. krayon

    • mayyaclassic Says:

      b. Arang!!!
      10 markah. Tapi saya tak penah padam guna roti sebab saya selalu beli roti planta dan roti canai je. kita kena guna roti bebas butter dan susu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s