Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Aku.raya.peristiwa Disember 8, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:39 pm

Hari ni Aidiladha 1429H. Hari kemenangan bagi umat Islam. Tatkala seluruh dunia bergembira menyambut hari kemenangan ini, ada insan yang masih terhimpit hidupnya, terbelenggu perasaannya, tercalar fizikalnya. Mereka, antaranya, mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, banjir di seluruh pelosok negara, termasuk di kampung aku sendiri, mangsa pengebomam di Mumbai(ada Muslim yang jadi mangsa ka?) dan sesiapa saja yang sedang diuji Allah dengan pelbagai musibah. Bagi yang beruntung seperti kita, doakan kesejahteraan bersama, amin.

 

Hari raya haji ni, aku bagai tiada semangat atau dalam bahasa jawanya soul, untuk menyambutnya. Sampai lah pada saat aku menulis ni aku beberapa kali mengalami short term memory yang lemah, akal aku selalu lupa bahawa hari ini hari raya. Tapi roh raya haji tu memang kurang melekat di jiwa aku pun, dua tahun lepas,a ku lansung tak balik kampong beraya haji, aku hanya beraya di universiti sebab cuti ada sehari sahaja, tambahan pula peperiksaan semakin dekat. Tahun lepas, aku beraya dia atas bas walaupun family aku mengobankan seekor lembu pada hari raya korban 1428H. Sebabnya aku memang rasa tak nak balik pun, tetiba pagi raya plak rasa nak balik, maka, aku Miss and Kuna pun pi la cari tiket pepagi raya kat PuduRaya dengan selambanya. Sampailah ke saat ini, aku masih tak tau sama ada aku ada baju raya haji ke tak, aku lansung tak berpakaian baru dan berwangi-wangian seperti yang disunatkan di pagi raya. Aku juga tak dapat pergi bersembahyang raya di surau Titi Tinggi yang penuh nostalgic tu sebab banjir yang separas lutut itu tidak memungkinkan jemaah untuk berkumpul beribadah di sana. Siren amaran banjir yang berbunyi nyaring semalam membuatkan keluarga aku merancang untuk bersemabhyang di masjid kampong sebelah. selebihnya adalah sebab masalah biologi wanita aku.

 

Factor lain yang buatkan short term memory aku tumpul sesangat ialah kesibukan aku menguruskan rumah tangga haha. Asik wat keja dapor sampai aku rasa tangan aku ni tak sempat nak kering dari pagi sampai petang. Akulah orang yang paling comot hari ni dan atas sebab tersebut maka aku tak akan pakai baju kurung bergedik-gedik basuh pinggan di dapor!!! Sempat jugak curi curi masa main dengan si Kecil Irdina dan Amsyar dengan keletah yang menggaru-garu sudut jantung aku. Ada ja benda yang nak digelakkan denga budak-budak yang baru setahun dan dua tahun tu. Selebihnya, hari ni, aku belajar cara buat roti jala dari Kak Yang dan semalam belajar buat coklat moist cake. Petang, aku tidor berselimutkan kenangan-kenangan raya haji masa kecil sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Kemudian baca magazine dan novel yang lansung tak best. Menjelang maghrib, aku berusaha membakar otak aku dengan sudoku..Err ada tak pengisian raya kat situ?

 

Kawan-kawan-aku tak dapat keluar dengan member-member yang selalunya ada, kadang-kadang ada Afiq, kadang-kadang Fiza, Rini, atau Dik Nani and Kak Yah(Twin) atau Ummu. Sebabnya ialah halangan dari anugerah dan rahmat Allah, hujan. Kalau dah dari pagi sampai petang hujan, tak kuasa aku nak keluar, dok di rumah pun pakai baju tebal dan berstokin, klu keluar mesti kena pakai baju tebal, snowcap dan muffler(macam kat London la plak). Tapi ini yang buat aku betul-betul rasa tak cool. Jumpa kawan-kawan adalah satu sesi yang sangat menarik pda aku sebab time ni la nak bergosip itu dan ini. O ya, Rini nak tuning pada raya haji ke-3. Itu sebahagian dari gossip.haha.

 

Esok- aku telah merencanakan hari esok, pagi-pagi aku mesti dah kena kemas beg dan barang-barang untuk bawak balik ke KL.Lepas tu aku mesti bershopping kat Padang Besar dan balik ke rumah kakak ipar aku untuk tolong kenduri korban, tolong habiskan makanan kot. Then balik rumah dan bersiap-siaga untuk memulakan perjalan yang tak berapa panjang ke KL.

 

Last sekali, ni adalah kata kata yang aku ambil dari laman friendster Syafinie:

 

jauh itu ada ruang memisah…jauh itu ada hati terpisah…jauh itu ada hati yang resah….jauh itu ada rindu yang x sudah-sudah

 

One Response to “Aku.raya.peristiwa”

  1. Budak N.9 Says:

    betul ke, dalam hati ada cinta?…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s