Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Aku, berpergian dan weekend yang sengal November 24, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 8:36 am

Seperti yang telah diwarwarkan aku pun pergi lah ke Marriot Putrajaya untuk berevent dan berfunction..aturcara dia merupakan aturcara bosan berselangseli best dan gediks. Yang bosan tak payah la nak crita. Yang bestnye pulak ialah dapat kenal dengan pelbagai ragam orang dalam PR fraternity. Happening tak yah cakaplah. sesapa yang tak ada pengalaman bercampur gaul dengan orang PR sure mengucap panjang punya..

Antara event yang amat berbekas bagi aku ialah acara pada malam pertama kami di sana. Karaoke tak ok. Kami semua kena karaoke, tapi yang tak bestnyer kami tak diberitahu lagu apa yang kami kena nyanyi. Dan, guess what, aku dapat lagu cinta sakti dan lagu dangdut Amelina-Rindu.maka goranglah aku lagu ni sampai hangus, tapi jangan haraplah gua nak golek, takut inul menangis tengok gua golek.

Retro nite plak, penuh dengan kejutan. Masing masing dengan gaya tak hengat punya. Geng GCRC dah tentu lah paling melaram sakan. Aku? Hehe, aku pun salah seorang yang menyumbang kepada kejutan jugak. disebabkan aku dah bersumpah dengan sesumpah bahawasanya aku tak akan meletakkan gambar retro aku kat sini, maka aku tak nak cerita baju apa yang aku pakai, yang pasti menepati konsep dan tak sangka kumpulan aku menang kostum terbaik. Rarara. And for the first time ever, aku pakai baju kaler oren menjerit!!!!!!

Oh ya, sebenarnya, workshop ni buat aku tak cukup tidor sebenarnya dan aku migrain. Kepala aku ni rasa macam dicucuk paku-pakis. Dan ironi sekali, aku tak ada ubat migrain bersama dengan aku sebab dah lama aku tak migrain. Ayakz, panadol pun tak jalan dah klu tengah migrain macam ni. So, tangan kiri aku asik memicit kepala bahagian kiri ni. Sakitttt.

Balik rumah aku terus landing sampai sebelum subuh…Dan aku terus baring dalam kesakitan kepala sampai malam, then baru teringat nak call abang aku. Wallawey, macam mana boleh lupa abang aku dah kerja kat KL? tu la, asik sebatang kara ja dari dulu, dah tak sedar abang aku dah tinggal dekat dengan aku jer rupanya sekarang. Aku pun order la ubat dari dia- Bena Ekspektoran(Batuk), panadol,migrain, vitamin c,lozenge..dah midnite baru lah sekonyong-konyong proton kelabu RE menjelma di hadapan apartment aku. Dah selesai check up (kat dalam kereta jer), baru abang aku bagi segala ubat. Lepas telan je ubat batuk dengan ubat migrain tu rasa melayang lain macam, lalok lak tu. tetiba aku teringat ayat terakhir abang aku” Jangan terlebih dos ubat migrain tu, nanti high”. Haighhaighaigh aku tetiber rasa terawang-awang.Sedar-sedar jer dah subuh. Wow powerful tol, bangun pagi hilang segala migrain, cuma letih je..

Dalam masa yang sama jugak aku sebelum ni dah janji dengn Afiq nak celebrate birthday kami sama-sama, Che Pon yang call aku ajak kluaq, tapi dengan situasi demam ni aku rasa aku sangat tak larat nak kluaq dengan depa.Kuna pun demam jugak. macammana tu? So aku duduk je lah bertapa di dalam cengkerang hikmat berwarna shocking pink!!

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s