Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Aku dan masalah pendarahan dalaman November 13, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 3:32 am

???? pendarahan dalaman? ya, hati aku berdarah tapi sikit-sikit jer menitis. tapi bukan masalah aku pun.aku adalah seorang yang jenis ‘problem escapism’ ni pun terpaksa menerima masalah yang didatangkan oleh makhluk lain. Tolongggggg!!! aku terjerit melolong-lolong-tolong. Aku tak nak dengar masalah orang lain. aku nak free dari masalah. tolong jangan ceritakan masalah anda kepada aku, sedangkan aku juga sedang menghadapi beberapa situasi(senior TA aku, {o i miss kak akma, kak zura, kak uda, K.Zila, Abg Mi, Saman,Sharif} cakap, anggap sesuatu masalah itu sebagai situasi) yang kurang menyenangkan, tapi berkat aku memejamkan mata, memekakkan telinga, situasi aku sendiri agak terkawal. Ni, masalah orang lain plak nak kena aku tanggung. kan bagus kalau aku ni tidak baik sangat, orang tak la cerita masalah dia kepada aku kan. Dan dalam usia aku yang sangat mentah dan pengalaman baru seruas jari kelinking, aku tidak akan beri anda apa-apa jalan penyelesaian.. Lantak andalah. Cuma satu, aku takut sikit bila objek yang menjadi punca masalah tu mempunyai bau bau bacang punya probelem dengan aku. complicated nak diterangkan kat sini. Langkah terbaik ialah berbuat baiklah sesama manusia.Jangan dipendam, luahkan saja. Satgi aku akan call orang yang berbau bacang tu dan aku akan mintak kepastian dari dia. Sebab ini adalah melibatkan hal hal perasaan dalaman kami. .RIngkasnya ini adalah kes makan dalam; aku takut ada orang yang akan makan dalam dengan aku sebab ada orang tu dah mula rapat dengan aku!!!! aku tak nak kes ni jadi macam kes en.Ultraman dan ex-Mammamia(Fail kes no 21/11) yang mana aku didapati bersalah di bawah seksyen 14 akta Chobaan Merampas Kekasih Orang.

 

2 Responses to “Aku dan masalah pendarahan dalaman”

  1. fared Says:

    emmm ..

    macam kes en.Ultraman dan ex-Mammamia(Fail kes no 21/11) yang mana aku didapati bersalah di bawah seksyen 14 akta Chobaan Merampas Kekasih Orang.

    <<<<<——- la nih tak da…. da jd seharah da…
    hihi…..
    tetibe mental lak… ek….
    k take care slalu….

  2. mayyaclassic Says:

    ader orang terasa ke…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s