Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

11112008 Selipar November 11, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:54 am

Hari ini aku mendapat inspirasi dari sebuah selipar. Atau selipar jepun. Aku tak akan menggunkan terompah dalam subjek ini sebab ia berat dan adakala menyakitkan kaki. Kenapa selipar? Dulu masa aku kecik kecik nak beli sepasang selipar pun sangat susah padahal harga dia satu dua ringgit pun tak sampai. Dan sekarang aku membalas dendam dengan membeli selipar semahunya. aku ada selipar hitam putih, selipar biru Asadi, selipar bunga-bunga, selipar gold, selipar ikan, selipar purple  dan beberapa lagi yang aku dah lupa rupa dia macam mana. Ada lah dalam 7 8 pasang semuanya. Semua pun sangat kukuh lagi.

Dikiaskan selipar dalam kehidupan kita ialah objek selipar itu mestilah sepasang, baru boleh lengkap semuanya. takkan kita nak pakai selipar yang sebelah lain kan. Selipar itu juga perlulah cukup boleh dipercayai untuk mengalas kaki kita sepanjang perjalanan kita. Ke mana pun kita, selipar ini mestilah terbaik, tak makan kaki yang akan melecet setelah itu, tak licin yang boleh buat kita tersembam di lantai zassss dan tak terlalu besar atau terlalu kecil saiznya, barulah kita selesa bersamanya sepanjang hari. Selipar itu juga perlu cukup fleksibel dan fix dengan keadaan kaki kita supaya tak la terhencut hencut pakai kasut yang keras kejung.

Dan ayat ayat yang di atas ni, bila aku copy paste balik ke dalam kehidupan manusia, sebegitulah adanya. Jangan disangka selipar itu tidak ada gunanya, Manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dan merancang. Wallahua’lam.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s