Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Antara Happy,tak happy dan payau-payau November 10, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:36 am

cuba bayangkan simbol yin dan yang. cuba perhatikan bagaimana ia melengkapi antara satu sama lain dengan sangat seimbang. dan cuba berfikir kenapa ia berwarna hitam dan putih? Bukan lah nak mengagungkan ajaran confucius yang konfius tu tapi hidup kita pun sebenarnya macam itu jugak.

Sabtu dan ahad minggu ni aku sangat hektik. Pagi Sabtu aku keluar dari rumah macam biasa selepas subuh gajah dan nik lrt terkedek kedek menuju ke kl sentral. halamak aku sampai KL sentral pukul 8 pagi. sedangkan aku janji dengan kak yan dan Wak Lan kul 8.30pagi. So aku pun pi la bekfast kat MCd and baca paper.

Perjalanan dan hati kami menjadi lancar sebab senag hati sebab semua urusan dah settle. Sampai Bahau tepat pukul 11 pagi. Tapi sebenarnya tak settle pun, ada lagi barang tertinggal. tapi dengan kecekapan kami semua, perkara itu dapat diatasi dengan tenang dan selamat. Kami semua bertungkus lumus untuk meyiapokan segala yang patut. Rasanya perlu saya listkan kan sini fakta  yang anda perlu tahu dalam menganjurkan semua program:

1. Perlu diingatkan bahawa semua orang akan berebut rebut untuk jadi komiti, tatapi akan menarik diri pada saat akhir ataupun tidak datang menunjukkan muka lansung pada saat akhir. Tujuan nak jadi komiti;dipaksa, dapat t-shirt and tag free

2. Akan ada juga orang yang sangat malas bekerja dan hanya bagi arahan kepada orang lain sambil bercekak pinggang

3. Ada juga orang yang akan ashik salahkan orang lain sahaja andai timbul beberapa masalah

4. Akan timbul masalah tidak cukup barang, sebab ad komiti yang ambil lebih.

5. Most of the time kita akn order makanan lebih supaaya tak akan ada orang yang kebuluran. tetapi akhirnya akan lebih berlambak lambak.

6. The rest of it, pepandai la,korang pun pernah handle program kan.

Gejala rumah siap tukul pun berbunyi ini tidak pernah sunyi menghantui penganjur majlis. semuanya akn jadi kompleks bila semua orang tak mahu mengalah dengan pendirian sendiri. huh menci tok la haku.

Tapi after all aku bersyukur sebab ianya 95 % berjalan lancar terutama dari segi perjalanan majlis, persiapan dll. Paling happening mestilah Amusement Bureau  leads by MR. Fing. Karoke dan nyanyian dari lepas subuh sampai tengah hari.Aku pun tumpang happening sekali, tapi tak la sampai naik pentas berkaraoke. tapi aku sempat la naik pentas untuk bagi sokongan kepada sorang Bos ni menyanyi-huhu, Mr Boss ni walaupun nampak berusia tapi nyanyui dangdut mantain lagi. Bila speaking bunyi macam Amarican,(aku pun dah terkena charm dia haha) sekali nyanyi, dangdut siott. 

Untuk menyimpulkan segala rasa yang ada di dada dengan segala yang berlaku semalam dan kelmarin adalah sebuah persembahan rasa madu, akar seruntun dan air di muara. Faham kan?

 

One Response to “Antara Happy,tak happy dan payau-payau”

  1. Budak N.9 Says:

    Aku rasa gak bahang panasnya…. tapi kini panasnya dah hilang kerana hujan dah turun…sehari selepas tu..

    sehari selepas tu plak.. aku nampak matahari (chessezzzz)
    hari-hari seterusnya.. aku nak tgk pelangi…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s