Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

tengah pikir tajuk yang sesuai November 7, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:31 am

Hari ni aku naik LRT macam biasa, tetapi yang luar biasanya aku terpaksa berdiri kat tengah tengah dekat tiang, habis aku terhimpit, macam sardin lenyek yang diletak di antara 2 roti yang dipanggil sandwich. Klu aku tak pegang tiang pun takpe, aku dah sangat kukuh dengan himpitan manusia berketiak busuk.

setelah melalui fasa fasa himpit himpit dalam LRT aku pun mampu bernafas semula di stesyen KL Sentral. Dan, aku duduk di stesyen Kerinci. Waktu duduk aku tengaok kiri aku, wah, beliau pakai beg LV monogram canvas coklat, then aku pandang depan, cewah, mamat ni pun bawak beg sandang LV. .relax ah, then tup tup, sorang amoi ni masuk LRT bawak beg LV Speedy Damier plak. Tak habis di situ, waktu aku lenggang lenggang kankung nak masuk opis, nampak lak si jelita mana tah bawak LV monogram Vernis Alma.and dalam hati aku what the h!@# tuut. Beg LV kat Malaysia ni dah berlambak lambak nampaknya, semua orang kalau boleh nak pakai LV. sampaikan aku rasa beg LV ni dah sama taraf macam beg Coach, crocodile,Elle, Sembonia, mahupun cikai macam Rorine dan Leno. Dah tak der exclusivity lagi dah. Dan, sebagai aku yang tak termasuk golongan pemilik LV ni rasa macam aku tak perlulah lagi membeli LV(klu aku beli pun mesti orang kata aku pakai yang tak ori tapi OK, young exec la katakan). Aku pun dapat merasa bahawa, bukan semua beg yang Wowkan golongan kurang berduit seperti aku ni menggunakan beg LV ori, ni mesti ada yang auta ni.  sebab setahu aku bukan la banyak sangat pun butik LV ni kat Malaysia, yang aku tahu kat KLCC ada satu and mana lagi tah tempat ada 1. tu pun barang dia terhad tak macam yang di Paris atapun Hong Kong. So macam mana rakyat Malaysia ramai yang boleh galas beg LV?jawapannya terletak pada Padang Besar, Petaling Street, Rantau Panjang dan penjual penjual yang claim mereka menjual barang tiruan yang gred A, harga mnain ratus ratus gak beb, sekali tengok mmg ori, takada cacat cela, cuma di sebelah dalam beg tidak ada tercatat tukang buat beg tu macam yang ori punya. ye lah buat di kilang, takkan nak masukkan semua nama orang kat assembly line tu kan. haru nanti.

Jadi, rentetan penilikan aku pagi ni, aku pun membuat keputusan menukar azam aku dari memakai beg LV sebelum masuk usia 30 kepada memakai beg Coach, Gucci, Fendi, Prada, or Mark Jacobs plak. dan andai diizinkan tuhan, aku kepingin sekali memakai beg Birkin Hermes atau Kelly Hermes yang membuatkan Lindsay Lohan tak lalu makan nasik berbulan bulan sampai kurus kering bila begnya itu hilang, bukan dia sedih pasal barang barang dalam tu hilang tapi sebab harga beg dia tu adalah separuh harga Honda Jazz dan perlu menempah beg tu selama beberapa tahun baru dia dapat. Sebab Hermes adalah terlalu eksklusive. agak-agaknya mesti ramai yang kempunan beg ni bila tempah-tempah tup tup mati. hahA

Tapi untuk memakai barang barang haute couture ataupun adi busana ini, aku pun mestilah memastikan minda aku tinggi, yakni dlm perkataan lain, mesti cerdas dan mantap. ada semangat nak hidup senang lenang. yeargh. hidup adi busana.

Thank you kepada majalah kesayangan aku EH! yang telah mengajar aku banyak benda tentang perkembangan haute couture yang makin berkembang di Malaysia. dan ingatlah, jika tidak kerana Zang Toi si awe Kelate tu, manakan nicole kidman ada baju nak pi Grammy Award, dan jika tidak kerana Jimmy Choo, si apek botak, Angelina Jolie berkaki ayamlah ke Oscar, dan jika tidak kerana cicak Malaysia, tak lengkaplah beg Birkin Hermes. Selepas ni, Dato’ Bernard Chandran pulak kot yang akan buatkan baju untuk Briney Spears dan halter neck dress untuk Jessica Alba, Zeri Zamri buat little black dress untuk Sarah Jessica Parker, Tom Abang Saufi buat kain pario untuk Amerika Farrera dan en. Ahmad Pilus Johari( yang repair kasut kat belakang MCd sri gombak tuuu) aka Jimi Cu wannabe reka stilettoes for Eva Longoria. Baru orang buka mata sikit.

Oh ya, aku belum sempat baca paper and tengok tivi pasal kemenangan besar Barrack Obama yang meriang-riakan seluruh inderaloka berikutan Mr. Bush si busuk hati itu sudah tumpul taringnya. Semoga en. mubarak obomoh ini mampu mengubah pendirian dunia terhadap Amerika dan sekutunya. Janganlah kejam sangat Amerika, please, for the sake of the world unity. —->ini adalah cuma rayuan seorang rakyat biasa yang tidak ada pengaruh mahupun telaga minyak ataupun teknologi nuklear untuk dipertaruhkan. hanya rayuan wanita kecil berakal besar.l

 

One Response to “tengah pikir tajuk yang sesuai”

  1. Budak N.9 Says:

    aku ingat masa aku belajar dulu, naik bmw (bas mini wilayah)
    best oooo!.. lagi sempit dari LRT .. yang best bilo konar baring..kiri kanan.. lopeh tu waktu pagi.. oghang-oghang ehh..umakk wangi tapi bilo potang.. bau setanggi..hehehe

    apa pun aku rindukan bas mini!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s