Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

lihatlah dunia(siri pelangi muncul lagi) November 4, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 7:34 am

Kalau berkesempatan, cubalah kita berkelana ke padang pasir. Dan cubalah kita perhatikan alunan pasir yang melatari bumi. Dan perhatikan pula oasis dan pokok pokok malar segar di sekelilingnya. Alunan pasir seakan membentuk gelombang lembut yang terbentang seolah olah tiada penghujungnya. Dan adakalanya tandus, gersang. Namun, bentuk alunan pasir ini tak pernah kekal, pasti berubah ditiup angin lantas membentuk alunan yang aneka ragam dan cara..

 

Dan, perhatikan pula diri kita. Setiap hari kita akan mengalami perubahan, tiada manusia yang static lahiriah dan batiniahnya. Tak akan ada manusia yang dinamik tanpa sedikit pun perubahan.

 

Dan perhatikan pula aku.(kenapa korang perhati aku huahuahua).aku pun turut mengalami perubahan positive dalam hidup. Aku muncul dengan semangat baru setiap hari sekarang. Tapi aku tak pasti lagi semangat tu akan bertahan sampai bila. Harahapnya sampai bila-bila lah, sebab aku bosan bila aku tak bersemangat. Dan biologically, bila aku tak bersemangat, seluruh adrenalin aku lambat mengepam darah dalam badan. Dan sekaligus neuron neuron otak menjadi lembap seperti tanih lumpur di musim banjir dan kek coklat lembap yang cepat basi kalau tak letak dalam peti sejuk.

 

Tapi untuk bersemangat aku perlu di charge tenaganya. Charger aku senang sahaja. Datang opis, buat kerja dan gelak. Orang sekeliling aku semua aku rasa macam badut yang akan buat lawak tanpa mengira musim-janganlah ada orang opis aku yang baca–. Cheer. Walaupun ada masalah, kami(aku pun dah join sekaki jadi badut) pejamkan jer mata, butakan kornea bawah sedar dan buat buat tak paham dengan masalah tapi dalam masa yang sama overcome dengan penuh kejituan mutu dan keunggulan..

 

Ditambahkan pulak dengan sedikit perasa-perasa sensasi tanpa gula, aku rasa positif untuk meneruskan hidop. Kejadian biology kewanitaan ku berjalan dengan lancar sekali, menerima kejutan di hari jadi, dan menerima perkhabaran dari seorang rakyat beretnik Albania di bawah pemerintahan Serb pada hari ulangtahun kelahiran(pelangi muncul lagi), menyedari diri ini penting bagi sesetengah orang, merasakan bahawa segala penat jerih kita dihargai, tidak lagi merasa kepala dipijak dan ditujal tujal tak tentu arah oleh pencekik darah drakula yang bodoh, biol serta derhaka terhadap tuhannya, plus, terlepas dari cengkaman idea bodoh seseorang dan yang paling penting, mempunyai ibu bapa dan keluarga tersayang yang menyokong perjalanan hidop tanpa sekatan, adalah anugerah terindah.

 

Dan aku sedang mengecapi nikmat ini.

 

Doaku pada hari ini;  Ya Allah janganlah Kau tarik nikmat iman dan Islam dariku. Dan aku bersyukurkepada-Mu  kerana menikmati apa yang Engkau anugerahkan kepada aku. Ini adalah sebahagian dari ujianmu dalam menilai imanku kepada-Mu. Sesungguhnya aku pasrah dan redha dengan segala ujian darimu. Amin,Ya Rabbal Alamin.

 

News update: ate, katenye, Malaysia idok le heran dengan Serbia laknat busuk ati tu yang ngusir duta Mesia ke Kosovo nun. Kome bayangkanle, deme suruhnye duta kite balik sebab kate deme Mesia ni sokong dan iktiraf kedaulatan Republik Kosovo. Ape ke bangangnye pon teman idok tahu lah..yang penting, kali ni Amarika tu pun setuju mengiktiraf Kosovo. Ate, nak kate macam mana

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s