Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

aku dan imej mereka thihihi Oktober 21, 2008

Filed under: greenz grinding — mayyaclassic @ 3:27 am

Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi dan tak ada tanda tanda aku akan dapat kerja apa apa dari Kak Yan before kami bertolak ke Bahau pukul 11 nanti, jadi aku cuma melayari internet dan membuka halaman Utusan online, Kosmo online dan Mangga online,ooopps haha..sambil sambil tu aku dok melilau kat internet ni untuk mencari laman web yang dapat membantu aku membentuk imej aku yang unik dan tersendiri terutama dalam bab berbaju berpakaian.

Setakat ni aku tak ada sebarang imej yang spesifik dalalm masa aku bekerja selama lebih 10 bulan ni. Mana mana baju yang aku rasa nak pakai,aku pakai jer, mostly baju kurung dan kadang kadang aku pakai blause labuh dengan seluar panjang dan kenkadang aku pakai kemeja pendek sengkat dengan seluar.dan kenkadang blaus dengan skirt. Tapi memendangkan sekarang ni aku dah bekerja sebagai PR executive, aku percaya bahawa aku perlu membentuk imej yang lebih fresh dan sedap mata memandang. So, aku tercari cari imej mana yang sesuai dengan aku yang bertudung. Setakat ni yang aku tengok member member aku yang ada oimej tersendiri adalah IAI_Gemmok dengan pesyen foreignernya, haha jangan marah IAI!!well u know who you are hehe. IAI ni suka pakai blaus,kemeja dengan skirt dan seluar dengan selendang. Nak tengok dia pakai tudung bawal payah la, nak tengok dia pakai baju kurung lagi lah payah, masa matrik dulu jer aku tengok dia pakai baju kurung. Yang lain yang aku tengok depa ada own identity is Paan, warni.pakaian depa lain sket pada org lain.  ahh lupakan kejap hal hal serius nih, meh kita bergurau senda sengal plak. Aku jumpa cerita ni waktu aku menyelak-nyelak mailbox aku tadi

 

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan” .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib  pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…”. Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi…

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur leke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang.He heee…”

Tok imam pun terkedu & terpana…

 

k, Cheer Up Cheer Up!!!!

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s