Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

pelangi petang Oktober 9, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 11:03 am

tadi on the way balik ke rumah dari kangar, aku duduk je sebelah kakak aku yang drive, so aku boleh la tengok pemandangan yang indah dan yang tak indah sepanjang jalan..sesambil tu, terpaksa melayan kakak aku membebel. dia membebel pasal hak ketuanan melayu dia kawasan melayu sendiri. al kisahnya dalam bulan puasa hari tu, sekonyong konyong terbangunlah sebuah kedai bertaraf kedai borong yang namanya melayu, tapi sebenarnya milik en.cina mata sepet. padahal itu adalah kawasan orang Melayu yang sah taraf kependudukannya. dan jugak, terdapat kedai kedai melayu yang lain 2 3 buah lagi di kawasan situ. Apabila didirikan bangunan kedai yang serba gah di situ, natijahnya, kedai melayu jadi lengang selelngang lengangnya. kesian. sebaliknya, melayu- melayu di kawasan nih berbondong bondong membanjiri kedai borong nih lantas menjadikan kedai ni bagai tahi lembu sapi punya nama dihurung lalat dan langau.ironi sungguh.

Bebelan dan leteran kakak aku tak habis di situ ja, bila kami pergi lagi ke kawasan kedai lain mencari buttercup nak buat kuey raya hasil lebihan barang2 yang beli masa puasa hari tu. Kali ni plak, senarionya hampir sama, dalam sederat rumah kedai tu, ader 4 kedai runcit, yang lain2 tu, kedai-kedai cacamerba. dalam empat kedai runcit tu, 3 melayu, cina ada 1 je. tapi kakak aku kata ” u just go, and figure out, mesti ada melayu kat kedai cina tuh,” dia parking betul2 depan kedai cina yang sebijik tuh. Mmg pun, dari dalam keta ja aku dah nampak melayu kat dalam kedai. lagi la kakak aku pot pet pot pet.

dan dekat dekat nak sampai rumah aku nampak pelangi, dan pelangi itu sangat jelas, cantik. dan pelangi tu resambles seseorang..yang aku rindu hanya bila aku nampak pelangi..semoga dia bahagia, klu aku ada power mengubah novel menjadi realiti, akan aku tulis novel itu dan menzahirkannya supaya ia menjadi sebahagian daripada syurga di dunia aku.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s