Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

corat coret cuti Oktober 6, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:40 pm

Sepanjang aku tak hapdate akunyer blog, antara perkara yang berlaku di keliling aku:

1. Sambutan syawal- pagi raya, sembahyang raya di surau lama (nostalgik giler), masa ni lah nak jumpa geng-geng sekampung yang rata-ratanya dah bawak laki dan anak pergi bersembahyang,tragiknya mmber2 ngam aku- anim, awa, angah, fezah semua dah mendirikan masjid(tapi still nak smyang kat surau?) . cam tahun tahun lepas, ayah aku jadi imamnya dan pertama kali jugak bawak anak sedara yang supernakal pi sembahyang raya (perangai dak-dak tu kat sana memang boleh dijangka). Balik surau terus masak nasik ayam, tengahhari, semua siap. Hidangan tengahhari dah sah sah la untuk family aku sendiri dan sanak sedara terdekat jer, family aku, family Mak Ngah and family Tok Cik Minah, tu pun dah penuh rumah. Menu- Nasi ayam, nasik impit kuah kacang, ketupat n gulai daging, dodol, dessert, n kuey raya. Petang datang lagi rombongan cik kiah sepupu sepapat..jenuhlah aku berbasahan basuh pinggan. sebelum habis baju aku basah, kami 1 family berpakat pi jalan raya kat rumah orang plak. kunci semua tingkap, kami puas beraya sampai malam.

Ada 1 perkara yang antara best dan tak best bagi aku. aku rasa semakin kita dewasa, kemeriahan raya kurang terasa. apatah lagi dengan family yang semakin besar ni. Daripada 7 orang family aku, 4 orang dah kawin, abang Long, Kakak and Abang atas aku ni kawin dengan orang perlis jugak, jadi, yang tak bestnyer bukan semua dapat berkumpul kat rumah malam raya, memasing sibuk nak mlawat family memasing. Mujurlah AbangNgah Kawin dengan orang jauh, klu dia balik perlis, maknanya dia mmg akan berada di rumah aku jer, tak macam 3 orang lagi tu yang asik ulang alik ke rumah mertua.

2. Anak saudara bertambah- raya kali ni, anak sedara aku bertambah. kalau sebelum ni ada 3 orang kumbang, kali ni ada tambah lagi sorang bunga, Irdina Fatinni. Baru best. tak la nakal sangat. somel(baca:comel,cute) lak tu. Raya tahun depan insyaallah akan bertambah 2 orang lagi. Hoh tak cukup meriah ke tu?

3. Aku berjaya menghasilkan 10KG popia untuk dijual. Hasilnya walaupun tak banyak tapi dapat la aku buat sewa rumah untuk sebulan dan beli kuey2 raya dan duit raya untuk anak sedara.

4. Aneh. aku tak pi rumah kawan aku walaupun 1!!!kawan aku pun tak mai rumah aku. kecuali Afiq, Ummu and Agil. tu pun depa mai before raya.

5. Semalam aku sempat melawat ke Gua Kelam 2. Whoaaa, aku ingatkan best giler macam Gua Kelam yang lagi 1 tu, rupanya besa ja, ada tinggalan sejarah perlombongan zaman Loh Ah Tong jer, klu setakat nak nengok bender tu bek tak payah, ayah aku pun pandai bercerita pasal sejarah tu.

6. O yea. aku still dapat kad raya!!!

7. Alhamdulillah aku berjaya dapat kerja- 15 October lapor diri kat CIMA PJ.

8. Semalam jugak aku pi sawah dengan mak aku dan sempat snap beberapa keping gambar, tapi tak mao upload lagi, lembap sangat intenet nih.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s