Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Aku, dia, kekasih dia-Bagai Sudoku Oktober 6, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:13 pm

Alastair Chisholm baru berjaya memeningkan aku dengan 69 sudoku puzzlesnya daripada 201 semuanya. Itu pun aku dah nampak impaknya, aku agak pantas berfikir-hehe, menipu sesetengah makhluk yang aku rasa mereka pun  menipu jugak!!

Di dalam sudut Hot tipsnya, dia menyebut seperti: Reminder- you shouldn’t have to guess any numbers. Every step in these puzzles can be made using logic.

 

Nah. Terang lagi bersuluh. Kehidupan pun begitu. Tak perlu meneka semua yang bakal berlaku, itu semua kerja tuhan. Cuma fikirkan secara logik, factor, kesan dan akibat sesatu perkara, serta selebihnya terserah kepada Qadak dan Qadar tuhan menentukannya.

 

Aku kenal seseorang secara maya setelah diperkenalkan oleh seseorang yang tak sedar dia yang mengenalkan aku dengan sahabat maya ini. Tulisannya tidaklah sehangat cik Hana Kirana, tapi segala pengucapannya amat berbekas bagi aku yang tahu tentang kehidupannya rentetan dari kekecewaan aku terhadap temannya.

 

Aku cemburu. Sungguh aku cemburu serta berapi menyaksikan kemesraan mereka di blog mereka berdua. Sampai aku pernah sakit hati dan terus rasa sesak dalam dada. Mungkin itu yang dinamakan sebak?! Huh tak tahu(aku jawab)

Tapi hari ni bila aku buka blog gadis tersebut( ya aku amat pasti bahawa dia seorang gadis) dia menyatakan keluh kesahnya tentang perhubungan. Perhubungan adam dan hawa antara merekalah. Keluhnya, dia adalah seorang gadis yang sangat berdikari, jadi dia sudah letih untuk mengharungi hari seorang diri, jadi, fikirnya, bila ketemu pacaran, dia kepingin sekali untuk menumpang sandar di bahu sang jejaka, mengharapkan sokongan moral dan fizikal. Tetapi, at the end of the day, hampeh. Bukan dia yang menumpang bahu jejaka tu, tapi bahu jejaka yang senget tu plak nak menumpang menyendeng di tulang rusuknya yang bengkok. Maka si bengkok merasakan bahawa dia tidak larat lagi menampung si senget, letih katanya. Dan si senget jugak agak slow dalam perhubungan dan hidop sendiri. Si Bengkok rimas memikirkan bahawa dia tidak yakin dengan kemampuan si senget, lantas, bagaimana mahu meyakinkan ibu bapanya tentang si senget ni?

 

 Oh Bengkok(aku juga bengko tulang rusuk), aku rasa aku lebih mengenali si Senget ini terlebih awal darimu, siap simpan perasaan lagi. Aku rasa dia tak akan ke mana jugak(sekurang-kurangnya dalam masa terdekat). Dengan hidop yang terlalu family oriented, skema, keja tak tentu hala, less independent, manakan dapat dia berdiri di sisimu. Hoh. Dia even repeat paper masa kat U. arggghh lancang aku kutuk dia. Tapi itu hakikat. Layakkah? Ye. Ish bahang betul bilik aku. Bahang jugaklah hati aku ni. Ye, dia penah singah di hati aku kejap sebelum kamu wahai Cindralela.Tapi tak ke mana even kami pernah sangat sangat rapat, dan aku bengkek bila tau pasal hubungan kamu(kamu: pinjam perkataan eksklusif fared) yang sangat bahagia  Tapi hubungan tu  macam dah nak retak.

 

Perkara yang aku terlintas dalam fikiran aku sekarang ialah, padan muka hahaha . tapi aku tak sampai hati la plak, sebaliknya aku simpati. Lelaki macam tu susah laa. Titik.fullstop.

P/S : nantikan nasib aku macam mana nanti.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s