Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Aku dan fasa hidup yang satu lagi September 16, 2008

Filed under: greenz grinding — mayyaclassic @ 8:38 am

Dua tiga hari ni aku rasa amat malas nak selak selak kain paper untuk amik tau hal hal dunia luar yang meyesakkan dada aku yang sempit ni. Aku amat pusing membaca berita Anwar Ibrahim dengan kerajaan barunya, BN kerusi-panjang-belakang ( Backbencher Club) dengan lawatan sambil belajar mereka ke Taiwan(…lalu aku membayangkan mereka berjalan-jalan kegirangan dengan kawan kawan berseluar pendek dan membawa bekas minuman yang tergantung di leher mereka seperti aku sewaktu pergi study trip masa sekolah rendah. Selain itu aku juga amat pusing untuk membaca perihal kemusnahan akibat taufan Ike di Amerika. Malah aku hampir muntah mendengar wartawan TV3 diserang pendatang asing di Taman Connnougt.What is happen to Malaysia. “Kesian mak tengok Pak Lah ni”. Mak aku yang tak berapa tau hal hal politik ni pun ader rasa nak cakap gitu.. hadooo my beloved Malaysia..

Therefore aku mengambil keputusan untuk tidak menonton berita dan baca paper sebaliknya aku wat keja aku sendiri.

Sejak aku berhenti kerja ni, hidop aku jadi Super-aman. Tak de gangguan mental lansung, what more lepas aku balik kampong. Ada hikmahnya aku dok kt kampong ni banyak benda yang aku boleh buat.

Antaranya
1) aku menjadi pembaca yang sangat aktif- rumah aku ni ader banyak sangat bahan bacaan sampai aku akan jadi tamak untuk membaca klu kat rumah. Kebanyakan majalah kewanitaan akak aku la. Besides that, ader jugak majalah ilmuan macam dewan masyarakat, tapi what the.. aku nak baca semua tu. Aku berhentikan kejap perkara perkara akedemik sementara waktu. Eh suka hati aku lah. Ayah aku mengeluh, bila lah aku nak buka almari buku dia pulak, asik terperap baca magz kakak aku jer.

2) aku bermain sudoku- ini sangat mengaktifkan aku dan menjadikan aku agakpantas berfikir, dan aku kurang gagap bila bercakap sebab aku mula focus(sebelum ni aku akan gagap klu aku tak ready aku nak cakap apa dan kadang kadang aku amat lembap bila nak bercakap sbb aku hilang focus). Betul ni. Try main klu tak percaya.

3) aku mula belajar memasak-haa yang ni kena la dibetulkan sikit kenyataan ini. Actually aku bleh masak ok. Cuma sekarang aku belajar nak pelbagaikan lagi kebolehan aku ni. Antara yang dah pun aku masak sepanjang aku kat rumah ni ialah nasi ayam(kakak aku yang terer masak nasi ayam tu kata masakan aku dah boleh wat hidangan hari raya), karipap simpul( yang ni aku mmg sangat tak reti nak wat, tapi hasilnya, superb, puas hati), kuey sagu(yang aku blejar dari Sapintas), Nasi briani( kakak aku yang buat tapi aku tolong jer), spegeti bolognaise( yang ni mmg aku rasa sangat sedap, mmg habis licin), yang lain tak ingat sangat lah.

4) aku buat bisnes popia- yang ni mmg perkara pertama aku akan buat klu aku lapang. Oh ya, aku pun dah reti buat serunding ikan untuk popia ni, sonang jo ruponyo. Cuma nak buat popia ni lama sangat. Mau patah pinggang klu aku dapat banyak tempahan nnti.
5) aku sangat perlu mengemas rumah. Rumah yang sangat luas tp tak dak orang nak belay-belai dan lap-lap semua benda membuatkan aku perlu bertindak. Hoho. Macam mana nak kemas niiiiii. Tapi aku try my best untuk kemas rumah aku mana yang perlu. Rumah kampong macam rumah aku ni mmg tak idealistic untuk aku, mana taknya, aku amat tak suka rumah yang agak gelap dan pengap dan barang sangat banyak. Pendek kata kat rumah aku ni ada dua barang ja yang mendominasi ruang. 1. Pakaian- mostly kakak aku punya, disebabkan tak ada sesapa di rumah ni selain dia dan mak ayah, semua almari di semua bilik2 lain ada baju dia. Hoh.2. Buku dan majalh. Buku adalah dilemma kedua dalam bab bab susun atru rumah aku. Terlampau banyak. Nak dibuang sayang, nak diluah mati omak..hoh melalut. Buku ayah aku, buku gemmok, buku kakak aku.. hadooo semua tempat ada buku kat rumah aku ni, even kat toilet pun ada! Sabun buku.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s