Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

aku vs leo Julai 10, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:57 am

setiap kali melihat lukisan ini aku akan menjadi sangat emosi. ada sejarahnya lukisan ini. bersyukur pada tuhan kerana telah menggerakkan hati aku untuk scan lukisan ni sebelum akhirnya ia hilang siap sekali dengan buku lukisan aku. benda keepat yang aku sayang dalam hidup aku setelah laptop, komputer and kontact lense and spek adalah buku lukisan dan alatan melukis aku. dah namanya pun hilang, sekali ngan alat-alat lukisan aku yang lain semua hilang.

sejarah

aku memang suka melukis sejak kecil, tapi masalahnya ialah aku amat benci subjek lukisan di sekolah. sebabnya aku tak bebas untuk lukis apa ja yang aku suka, lagipun masa sekolah barangan melukis adalah terhad sebab aku tak berduit, dan lagipon aku tak ambik aliran seni masa sekolah.

aku mula sedar yang aku ni boleh melukis dengan baik ialah masa zman matrik. first potret yang aku lukis adalah gambar siti nurhaliza untuk iklan maybelinne. tapi klu tengok balik lukisan tu lansung la tak cantik.. seterusnya aku lukis shah rukh khan. yang ni aku bagi gred A- la. agak cantik dan aku hadiahkan untuk seseorang yang tak berapa special sebab dia mintak lukisan ni dari aku. selepas tu antara lukisan yang terindah yang pernah aku lukis ialah potret pertunangan Erra fazira dan yusri. yang ni aku mmg kagum la, sangat alive, then sejak tu aku mula aktif menghasilkan potret sebab kawan kawan aku kata aku memang boleh pergi jauh tak kembali lagi dalam bidang nih. sementelah hobi aku masa tu adaalh melepak di pasar seni melihat pelukis pelukis potret menghasilkan kerja mereka dengan tekun lagi berdedikasi. antara potret yang pernah aku hasilkan adaalah potret adik aku, justin timberlake( yang ni sapa tah mintak, aku pun bagi dengan relanya), potret nizam(ustad), erra fazira dan fared kamil(poster 7 perhentian) dan bayak lagi yang tak berapa aku ingat. ada yang aku scan dan ada yang aku x sempat scan terus bagi kat orang.

berbalik kepada minat aku terhadap lukisan, ia adalah satu candu yang tak boleh dipisahkan lagi dengan aku. kat mana- mana saja yang ada aku, di situlah ada lukisan aku.atau contengan aku haha. kat buku nota tak yah cakap lah, kat tangga, kat lif, kat err jamban.

apabila memasuki alam university minat aku semakin bercambah dengan kemammpuan aku membeli segala bagai peralatan melukis especially pensil la, dari gred 2b sampai 8b semua aku ada, ada plak pemadam pelbagai jenis, dan aku mengusai banyak teknik melukis. hobi aku mula bertukar, klu aku free jer mesti aku pi ke libry. lokasinya dah tentu la tingkat empat, kerusi no 6,7 atau 8 di tepi tingkap. di situ lah idea untuk aku melukis muncil tanpa diundang. duduk je disitu idea mesti datang melimpah ruah. aku bleh duduk situ dari pukul 5 petang , membawa ke maghrib, lepas tu sambung lagi sampai malam pukul 11. tu lah zaman yang akan aku ingat sampai bila- bila pun.

well macam yang aku cakap di atas, lkisan aku yang di atas tu adalah sesuatu yang amat berharga buat aku. walaupun aku belum sempat menyiapkan lukisan tersebut sepenuhnya, tapi dah namapak la rupa lukisan tu..boleh dikatakan ianya 90%siap..tapi hilang sebelum sempat aku touch up buat kali terakhir. lukisan ni adalah berdasarkan sebuah filem yang tengah hype dalam tahun 2005 iaitu memoirs of geisha. gambar yang aku lukis ni adaalh salah satubabak dalam filem berkenaan yang aku rasa amat cantik untuk dipotretkan. tapi klu tengok betul-betul wajah lukisan tu, lansung tak sama dengan michelle yeoh dan zhang ziyi. aku pepandai je lukis sendiri. tapi yang menjadi tarikan utama dalam lukisan ni adalah kimono yang dipakai. aku ambik masa yang agak lama untuk menghasilkan komono tu. maklumlah bayak berbelit belit bersimpang siur.  hampir hilang sabar dan rasa nak bakar jer lukisan ni bila aku try lukis tak menjadi, nampak flat jer, tapi setelah aku berusaha keras akhirnya aku dapat jugak menghasilkan yang terbaik. yearrrrggghhh.

ok. aku nak sambung keja. nanti aku sambung lagi cerita pasal pereka fesyen bidan terjun, dan ulasan lukisan aku yang lain, serta aku akan melukis dan letakkan lagi kat sini..

err tajuk dia- aku vs leo sebab aku pun macam leonardo da vincci gak. dia claim yang lukisan monalisa dia yang cantik dipuka semua orang tu undone potrait, so do I.hehe

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s