Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

ok, lets us talk heart to heart.. Julai 8, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:12 am

menyimpan sesatu dalam hati adalah sangat berat. macam nak meletup and akhirnya nyawa sendiri tergadai. jadi aku ambil jalan selamat ntuk memuntahkan segala yang menjolok2 di lubang sanubari aku.. aku nak straight to the point jer, malas nak belit belit. aku adalah seorang yang amat realistik. terima semua kenyataan dengan redha.tapi kali ini aku betul betul tercabar untuk redha atas segala apa yang berlaku kepada perasaan aku sekarang.. kenapa aku x seteguh paan yang akan meluahkan apa yang dia rasa kepada orang yang dia suka? kenapa aku tak setegas zulaikha yang menyatakan cintanya kepada Sulaiman? kenapa aku x sekuat Khadijah yang meminang Nabi Muhamad? kenapa aku tak senekad Aisha sewaktu melamar fahri melalui pamannya dalam ayat ayat cinta? kenapa?

kehadiran H!@#$%^ dalam hidup aku adalah antara kenangan terindah dalam hidop. berkenalan semasa zaman aku tehegeh-hegeh bawak buku ke kuliah, terkejar-kejar dengan aktivity masyarakat dengan kawan-kawan, dan aku x pertimbangkannya sebagai sesuatu sangat hingusan kerana jarak masa tersebut dengan sekarang adalah 2 tahun lepas. .

Dia datang tepat pada saat aku memerlukan sokongan emosi disebabkan tekanan dalam program  yang sama sama kami jalankan masa tu. dia aku kira sebangai pasak kepada kekuatan aku masa tu. tak sangka sokongan dia membuatkan aku kuat dan akhirnya perasaan lain macam mula menjalar dalam diri. sebab bkan lah aku sorang yang merasa perkara yang sama. alangkah indahnya masa tu, bergambar bersama, makan bersama, and the sweetest thing of all ialah nama aku di dalam fail di komputernya masa tu telah berbunyi ..’kepada insan yang ingin aku sayangi..’- apakah itu? bukan aku seorang yang menyaksikannya, malah kawan kawan yang lain turut curiga..setelah itu kami bersahabat seperti suam suam kuku. namun sesuatu yang tak terjangka telah berlaku. setelah hampir empat bulan kenal pada hari ke 28 bulan ramadhan yang indah dia telah masej dengan aku dan bercerita yang dia on the way balik ke kampung. surprisingly, kampng dia adalah dekat dengan kampung aku. to ct the story short keesokkan harinya( on the eve of eidul fitri) dia datang ke rumah aku. dan kami bersembang, mak aku pun join sekali, alangkah indahnya. pada hari raya tu sekali lagi dia datang ke rumah aku. Dia berjumpa dengan semua ahli keluarga aku. dan sekali lagi kebetulan terjadi dia sekarang tinggal di kem tentera yang sama dengan abang aku dan hakikatnya aku selalu lepak kat rumah abang aku tu sebab situ mmg best and ada pantai. dan aku rasakan Hari raya pada umur 22 tahun itu adalah raya yang paling sempurna seumur hidupku.

Setelah itu kami still kontact. dia selalu jugak telefon aku.dan masej. dan sekali lagi pertemuan terindah terjadi di rumah abang aku. masa tu abang aku bekerja di oversea selama enam bulan, so tinggal kakak ipar aku saja..memang best..

tapi since then, kami dah jaran maseg dah..sampai aku rasa sangat frust bila dia tak pernah reply maseg aku sedangkan hati aku amat meronta ronta untuk terus berhubungan dengan dia. satu sifat aku yang aku amat tak suka adalah aku amat susah memulakan hubungan dengan orang unless it is for the professional purpose.

pada suatu malam( the day muhamad went away, puas aku nagis dalam bas masa nak pi keja kat ampang coz bas tu pasang lagu Jangan dicap selamat tinggal-Shades) kami ada AGM budak budak PR, aku join sekaki. then after that kami lepak dekat HS cafe..kat situlah sekonyong-konyong aku nampak satu eklibat yang aku amat kenal, tengah lepak dengan dorang perempuan- dan for god sake, ak tak tengok lansung siapa perempuan tu.. masa tu perasaan aku bercampur baur dah, tak tau nak kata apa. Kuasa Allah jua, malam tu hujan turun dengan lebat yang tak memungkinkan aku balik walaupun berpayung. jadi aku terpaksa tunggu sampai pukul 12 tengah malam barulah aku balik. nak tak nak aku kena jugak lalu depan dia dan perempuan yang tak aku tau datang dari planet mana. dah lalu kat depan dia takkanlah aku x tegur atau sengih lansung. so aku pun just say ‘Hi” then pastu dia mintak no telefon aku sebab dia handphone dia hilang..huh. aku bagi je lah. until now sejak dia ada nombor phone aku, dia just msg aku sekali ja pada raya haji yang lepas..

dan sekarang sesuatu yang pedih macam luka disembur jus limau nipis ialah satu hakikat yang dia dah ada kekasih.. fulamak sensasinyerr terkena luka macam nih. pedih sangat aku nak terima.

kesimpulannya ialah aku amat percaya bahawa dia x tau pun aku amat amat ada perasaan dengan dia..

apa patut aku buat?

doakan kebahagiaan dia? ( dan aku bagaikan pengebom berani mati, menghancurkan diri sendiri demi keamanan orang lain??)

ataupun berterus terang kepadanya lantas aku terpaksa memakai topeng muka  seumor hidop aku? ( di mana malu ku?)

ataupun aku berterus terang kepanya lantas merobohkan rumah tangga mereka?- ni sangat x relevan, bleh masuk neraka aku nanti.

habis? pasrah? susahnyaa

hehhh

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s