Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

sebelum 30 aku mesti dot dot dot Mei 22, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 5:49 am

Ini adalah skema jawapan bagi soalan di bawah.

sila sambung ayat di bawah untuk menjadikannya karangan( impian) yang indah.

sebelum 30 aku mesti-lah mengalami fasa fasa pertambahan umur aku sekarang dari 23- ke 24-25 dan seterusnya sehingga mencecah angka 30. semasa dalam proses mencapai ke arah umur 30 tahun terdapat beberapa perkara yang perlu aku lakukan demi menjadi insan yan berguna kepad Agama Bangsa dan negara serta bakal laki aku. perkara pertama yang telintas di fikiran aku sekarang yang akan aku buat adalah meneruskan doa aku kepada Allah supaya diberkati usia aku.. mintak2 sempat berada di dunia menjelang 2020 supaya aku dapat tengok apakah wawasan Dr Mahathir yang dia tulis dalam capsul masa tuh.

yang kedua, menjelang usia 30 aku bertekad bahawa mak dan ayah aku perlu pergi menunaikan haji dengan sedikit wang sumbangan dari aku.

yang ketiga, aku mesti pakai kereta yang best sebelum usia 30 kerana kancil dan kelisa hanyalah sebuah kereta tetapi prestijnya agak kurang, paling lekeh pun aku akan pakai waja or perdana, errr tu before 30 la, tapi sekarang ni aku nak sangat pakai kembara yang baru tu, nautica. canggih bergaya lasak lagi macho buat diriku yang berjiwa patriotik ni.

yang keempat aku berhajat untuk melancong ke Sabah walau apa pun yang terjadi, aku dah dekat 6 tahun bercita cita pi sabah ni, tak tercapai pn lagi.. alangkah ruginya aku, malaysia yang cantik ni pun x dapat aku teroka lagi..

yang ke lima, aku nak pergi ke europe bersama teman teman wanita( eyyyy aku bukan lesbian, kawan2 perempuan lerr) shoping kat sana sambil jalan2 sesuka hati. Passport aku tu tak kan ler nak biar guna satu muka surat jer kot, oo maybe aku kena selalu ulang alik ke singapore dan siam untuk menabahkan ragam pada passport aku tuh. 

yang keenam, aku mesti memiliki barangan original Louisvuitton, x kira lah beg ka, kasut ka, baju siap ka, bagasi ka, aku mesti. demi mencapai cita2ku itu, hari hari aku melayari website ni, mmg bagi aku website ni adalah yang paling menarik yang pernah aku masuk and aku sangat sangat teruja nak kumpul duit nak beli nih. dan yang pasti mungkin salah satu koleksinye akan aku beli di salah satu butik terbesarnya kat prancis sanerr.

yang ketujuh, aku perlu mula menjenguk jenguk rumah contoh untuk dijadikan aset peribadi, mungkin aku tak akan mampu beli lagi sebelum 30 tahun, ye lahh keja kuli batak macam aku ni mana mampu,, so by 2020 aku mesti dah ader rumah yang aku bleh sewakan kat org. sewa? yer lah maybe aku dok kat rumah laki aku masa tu, mana blh laki tumpang kesenangan bini, bini kena la habiskan harta laki dulu, hartaku hartaku, hartamu, hartaku jua hoho jin sedang merasuk aku sekarang, panggil Ismail kamus cepat( hoho ni perli TSM)

By 30 jugak aku dah kena pandai makan kat restoren restoren besar dan reti segala makanan yang best kat hotel tu so that aku tak ler nampak cam budak2 yang baru habis SPM terkial2 nak order makan kat hotel maser ngan client, aku mesti kena hafal semua kegunaan sudu pisau garpu and cara potong lamb steak yang betol. haha etiket di meja makan aku dah lama lulus and dapat sijil.

Ke sembilan, by 30 jugak aku mesti menghapuskan segala pakaian yang tak ori dari  dalam wardrobe aku, err sekarang pon dah tak banyak yang tak ori nih( dalam nada riak TSM) disebabkan tak banyak yang tak ori maka sikit jer lah pakaian ku sekarang ni, hari2 pakai baju yang sama ja. ok lepas ni klu nak beli jeans mesti LEVIs or MNG, klu baju kurung mesti Sharifah Kirana and rizalman , klu nak beli beg mesti, Carlo Rino;yang paling busuk a ni, klu nak beli kebaya mesti dari butik Uluwatu, dress mesti Miss Selfridge, kasut paling busuk pun Bata atau Vinnci, tobat x mau beli kasut longgok 15 ringgit dah, dah la cepat rosak, sakit kaki gilaaa sungguh bodoh pembuatnya tu dan sungguh jahil pembelinya–>aku le tu.Alat mekap pulak akubertekad nak beli bedak compak MAC by the end of this year. hoho.OOO yaaaaku jugak kena ada kamera so that aku ble bergambar sesuka hati aku.   

dan yang terakhir sebagai wanita yang berpijak pada bumi nyata aku juga perlu maybe, berkahwin before aku 30. tapi ni tak masuk senarai wajib lagi ah, x der target lagi..

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s