Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

mari kita kaji.. Mei 2, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:11 am

Mari kita kaji- ahaaaahhaha, aku tersenyum senyum ingat sebaris ayat di atas ni, sebab ni la perkataan yang abang aku suka guna masa kami kecik2 dulu, maybe ada dalam buku teks alam dan manusia kot. abang aku ni masa kecik2 dulu dia x pandai sket masa belajar dulu, cam lembap gtu la- ader ke patot, masa dier darjah pat, aku ingat lagi, cikgu dia tanya dia agama apa, dengan selambanya dia jawap agama hindu, kecoh cikgu tu panggil ayah aku pi skolah hahaha. tapi abang aku ni minat plak dalam hal2 sains2 kaji2, lukis2 and cipta2 nih. antara experimen yang aku ingat aku penah wat ngan dia ialah camner nak jernihkan air yang berkeladak- guna teknik tapisan la, pakai batu saiz macam2 and pasir, waaa aku ni kagom habis la maser tu, cam magik siottt. hahah syok jer ingat balik. setiap kali nak wat kajian kami akan angkat  satu jari telunjuk lantas berkata- mari kita kaji!ahahah. abang aku sekarang ni dah x lembap macam dulu tau, tah macam mana tah tetiber jer dia jadi pandai masa naik form 4 then after SPM dia  smbg belajar somewhere and skrg ni gaji dia di tahap selesa a, jeles aku, umor 23 macam aku dia dah pakai wira SE. Dengki tol, umo 27 dah kawin, umo 28 dah dapat anak- irdina fatini. complete hidop dia, dah la anak kesayangan mak, sebab dia dulu kuwus and selalu sakit2, x penah wat keja rumah, hempeh tol. sampai sekarang dia x reti wat keja rumah cam nakangkat pinggan pi sinki, basuh baju and so on. mujo dia ada banyak duit, so aku jarang merngut heheh.

ehhh berbalik kepada topik asal, di bawah ni adalah zodiak aku dengan perangai aku la, sifat2 aku ikut kajian sapa tah.. yang italic tu, x betul sangat, yang bold tu, definitely me, yang padam tu, bukan aku. so baru aku kenal aku ni sapa.. huhu

NOVEMBER

banyak idea dalam sesuatu perkara /
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah

otak dan pemikiran yang sangat tajam
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
daya firasat sangat halus dan tinggi
bagus sebagai doktor
cermat dan teliti
personaliti dinamik
tidak hargai pujian

bercita-cita tinggi
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
pandai mendorong diri sendiri
berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
mudah ambil berat terhadap orang lain– xx kot 
tak suka marah kecuali tergugat – tepat sekali
pandai muhasabah diri
romantik – definitely haahaha
tidak pasti dengan imbangan kasih sayang – betul
suka duduk di rumah – not really
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi- thats rite

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s