Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

tandasku berbau setanggi April 19, 2008

Filed under: greenz grinding — mayyaclassic @ 6:28 am

Demi memenuhi tuntutan kesihatan minda dan fizikal, manusia sejagat digalakkan minum lapan gelas air setiap hari dan segala lagi makanan berkhasiat yang lain. At least setipa hari sepinggan nasi dan makanan rapu yang lain termasuklah gula kapas, marshamallow, buah anggur dan nyok muda.

Biologically all these things akan terperap dalam badan kita seketika, lalu diserap zat2nya oleh tubuh dan seterusnya bahan2 yang tak diperlukan akan diproses di buah pinggang kita oleh hempedu dan juga usus besar selanjutnya proses perkumuhan pun terjadi, apabila proses perkumuhan ini selesai, akan terjadi lah satu tindak balas mendadak oleh badan kita di mana kita secara tetiba akan ke tandas.

Tandas why tandas?

Sebenarnya dalam kehidupan aku dan orang lain jugak sebenarnya adalah berlegar di sekitar tandas, betul tak? mengikut kajian, orang akan mengunjungi tandas sekitar 5-8 kali setiap hari.klu lebih tu maknanya dia da masalah perperutan atau cecirit- bebirit.

Aku, buat masa la ni ada 2 tandas ja yang aku kerap kunjungi iaitu kat opis and kat rumah. The core penceritaan aku ialah, memandangkan aku dok kat rumah sendiri sekarang ni, aku amat berminat dengan hal2 tandas.terbukti, aku amat mengambil berat hal hal kebersihan tandas!wahhh

Yelah dulu kecik2 mak ayah aku yang selalu bersihkan tandas, then form 1-5 aku dok asrama plak, then, masuk u, dah sah sah la makcik cleaner @dalam bahasa professional nya janitor yang wat keja sembrono nih.. so skrg ni aku terpaksalah bertanggungjawab dengan diri sendiri dalm usaha meningkatkan kebersihan toilet.

Idea nak tulis entri ni tercetus bilamana makcik cleaner kat tempat aku ni, aci, yang datang ke ofis seminggu sekali ni mencuci tandas ofis kami ni sampai berkilat dan berbau wangi.aku ingat lagi first time aku mai keja kat cni, ya rabbi, aku x ble nak melangkah masuk toilet dia, dah la nampak seram, berlumut, bau bu@#* dan segala perkataan negative lain lagi yang telah di sensoredkan la. Tapi lama2 dah aku xder pilihan aku pun mula la menyesuaikan diri seadanya.

Berbalik kepada perihal keambil beratan aku terhadap toilet kat rumah aku mendapati aku semakin rajin membersihkan toilet. Cam semalam, aku ingatkan satu tompok lumut kat dinding tu kekal, laaa rupa-rupanya sekali aku tonyoh( gosok) guna berus jamban, terus hilang tanpa perlu menggunakan harpic atau pun klorok. Bukan ja, lubang jamban tu aku basuh, tapi sekali dengan tiang2 saluran kumbahan sekali aku gilap. And this is not my first time doing this okayyyyy.

Yang peliknya kenapa aku beriya- iya sangat nak cuci tandas sedangkan bilik aku semak nak mampos.sebab barang banyak., semak tapi bersih dari sebarang habuk dan rambut yerrrr.

Aku ni seorang yang sangat sangat concern dengan toilet manner. And klu bleh aku nak orang lain kat sekeliling aku pun mempunyai toilet manner yang tinggi cam aku gak. Huhu. Toilet manner mengikut cara aku adalah sentiasa mengangkat toilet seat selepas menggunakannya. Hello, ni, Malaysia bukannya kat Amerika atau Afrika yang jarang mandi, or diorang klu mandi pun x la macam kita yang kasi basah satu bathroom tu, diorang mandi kat dalam bathtub yang ader plastic curtain so that x basah la. Sbb tu diorang boleh baca buku sambil doing their number 1 and number 2. tetiba aku teringat kat dak2 foreigner- kat u aku dulu, bau ketiak memasing, baik lelaki, mahupun perempuan, fulamak, macam teloq temberang ditambah plak ngan bau minyak atar, perghhh cam nak rebah pitam ja klu depa lalu kat sebelah. err tapi org kosovo wangi okayyy.huhhu.

Toilet orang Melayu typical? Aku bet sure basah unless dia tak guna toilet tu sepanjang hari.tu belom di campur lagi dengan bau petai, jering, kerdas, durian, peria dan koko jeli.  

Reason kena angkat seat ialah, dah toilet bowl tu berhampiran shower so you kena la angkat, klu x , brapa gulung tisu yang you guna nak lap seat tu lepas guna pun, x akan mengeringkannya, sebab you dah basahkan dia balik lepas shower. Another thing, walaupun you guna penutup toilet bowl tu dia tetap akan basah, percayalah.

Aku dengan kejam dan sarcasticnyer telah menginform perkara ini pada org2 yang tinggal bersama aku di rumah kami tu, nampaknya x jln jugak. Aku dah siap tampal kertas kat pintu toilet hari tu, maybe they thinks that im joking, no, im serious dude.

Tapi pastu, each time aku masik toilet aku sendiri kena lap seat tu then guna, then lap again kasi kering then put the seat up. Huii payah la macam ni, macam mana nak bawak diri ke mercu kejayaan sedangkan toilet manner pun x lepas lagi. Maybe org lain ader pendapat memasing dalam hal ni, tapi selagi setiap kali aku masuk toilet, and seatnye basah berair, slagi tu lah aku anggap bahawa ia adalah satu masalah.

Errr sebenarnya aku x nak sentuh pun pasal toilet manner tu, aku just nak cakap bahawa semakin hari aku semakin concern dengan kebersihan tandas, tapi mengenangkan ketidakselesaan aku guna toilet ni aku jadi bengang plak tetiba..huhu. ahh dah la aku bengang ni.

Moral of the story: toilet kat KLCC and jusco mid velly bleh dijadikan tempat tidor sementara tunggu bini membeli- belah.

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s