Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

rindu sendu 2 April 1, 2008

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 11:05 am

dalam kerinduan ini, aku terus menulis dan menulis.. teringat aku akan pertemuan kita dahulu, segalanya tanpa dirancang, setelah aku rasakan aku cukup syarat untuk berdampingan dengan golongan-golongan sepertimu, aku pun mula mengintai-intai peluang untuk menerjah.. namun, dek kerana kekurangan keyakinan, aku tidak mencuba mengoratmu yang alim itu, aku lebih rela ngorat si dia@ mereka yang lebih daring djan terbuka terhadapku dan sifatku. ah biarlah aku begitu..

Namun, tidak ku sngka, setelah 6 bulan aku mengorat kawan seangkatanmu, aku menerima kejutan yang sangat positif darimu. masa itu aku masih belajar dalam tingkatan 6 kat sekolah aku. disebabkan malu untuk berterus- terang dengan kawan-kawan tentang hasrat lamaran mu itu, aku diamkan saja..sehinggalah akhirnya Palie( tribute to my fren) dengan kejamnya print surat cintaku yang dijumpainya di internet lastas melekatkannya di white board klas. kecoh jadinya..

pelbagai reaksi aku terima setelah aku menerima lamaran ini. aku malu unttuk berada di sampingmu, dan terasa seperti x layak. aku selalu migrain masa memikirkan perkara tersebut sehinggakan aku berjumpa dengan counselor untuk settlekan hal ni. parahhh

Family? ayah aku of cos la setuju sangat kiranya aku bersamamu..tapi ada sedikit halangan dari kakakku, tp akhirnya beliau beralah.

aku? akhirnya, akibat tak tertahan dengan cercaan yang aku terima dari orang2 sekeliling setelah mereka menyaksikan kegagalan cintaku yang  lalu, aku bernekad menjejakimu.

Minggu pertama bersamamu adalah waktu perit yang aku lalui dalam hidop..mengenali mu, membuatkan aku hampir givup. Tapi aku teruskan jua apabila memikirkan cabaran yang aku terima serta nista yang aku telan.

Bersamamu bermakna aku memutuskan hubungan aku dengan sahabat yang lain sementelah jarak yang berjauhan. tidak betah aku menjalani kehidupan baru bersama2 sahabatmu yang baru.

lagi siksa? biala aku disampingmu, engkau lansung tidak pandai berbahasa melayu, engkau hanya paham bahasa Quran yang agung dan bahasa penjajah.. terbelitlah lidahku belaar bahasamu dan kawan-mu yang lain demi berada di sampingmu.

sekali lagi, aku migrain teruk, memikirkan kepayahan ku di sampingmu dan terpaksa menyesuaikan diri di bumi asing tanpa ibu ayah..

Perkenalan kita yang hanya diikat selama 1 thn setengah telah dilanjutkan menjadi 2 tahun,arggghhh sungguh membebankan. Puncanya.. aku belom dapat meguasai bahasamu sepenuhnyaa.. mujurlah ibu bapaku tidak mendesak..

Akhirnyaaa dengan restu keluarga kita pun mengikat hubungan yang lebih utuh.April 2004, kita telah melangkan ke gerbang baru dan berpindah ke daerah baru yang asing, namun lebih damai dan hijau berbanding penempatan kita yang sebelumnya.. kini aku medapat sedikit kebebasan,,ahhh indahnyaaa

Disinilah juga beputiknya cintaku kepada seorang inslan bergelar lelaki, namun hasrat ku sah-sah x kesampaian..dihalang olehNya

Bersamamu, aku mula menganyam bahagia.. ingat lagi? kita pernah berselimut bersama di bawah kabus tebal genting highland mengharung sesak orang ramai dan marhaen yang lain..mereka berjudi dan bermain sebenarnya.. masih ingat tika engkau membawaku ke cameron higland?sejuk ke tulang hitam..sjak itu, aku telah mengikutmu ke merata tempat, dari mendakwah kepada orang Asli hinggalah menyaksikan ufuk terbenam di sebalik bukti teguhnya cinta shah jehan kepada mumtaz mahal di Agra sambil berselimut kashmere nan selembut sutera.

dan saat inilah aku mula merasakan aku x layak untuk mendapat semua ini kerana aku bukanlah kekasih terbaikmu.. namun aku terima semuanya dengan syukur..

hari- hari yang aku lalui selama hampir 4 tahun memadu kasih denganmu adalah satu fasa yang aku x akan padam dari dalam ingatan ini selamanya..

Dan bagaikan diriku ditusuk sepihan kaca kristal yang bertaburan di aspal, kini, aku telah mendapat surat perceraian denganm dari kantor tempat kita selalu berhibur menonton Pria dan jelita pujaan kita di TV. lantas aku pergi membawa sekeping hati yang bernekad akan kembali lagi menyuburkan rasa sayang seandainya masih ada ruang di hatimu..

Hanya bulan 8 nanti akan aku datang kembali ke daerah cinta kita.. namn, kedatangan aku kali ini adalah semata- amta untuk mengambil surat rasmi perceraian kita.. ah luluhnya hati ini. namun yang pasti ibu bapaku akan pasti akan berbangga kembang semangkok melihat aku menggengam surat itu, kerana itu adalah sebuah bukti bahawa aku pernah pn berada bersama di sampingmu.. yang menjadi igauan pria mahupun jelita..

 dan pastinya aku redhaaa dengan semua yang berlaku

syukur-bangga dengan nikmat mu Ya Allah.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s