Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Pulau Pinang tu Best rupanya April 16, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:37 am

Ini kali pertama saya berkelah dengan keluarga di tepi pantai. Menyeronokkan dan menenangkan.

Kasut Irdina, anak saudara saya, the Princess of our family.

Gambar yang diambil dari bahagian belakang Rumah P.Ramlee. Rumah P.Ramlee merupakan tempat yang ayah sayan sangat teringin untuk melawat. Jadi, dah tertunai impian ayah saya.

Ini Rumah P.Ramlee dari Bahagian depan. Seluruh rumah ini dibina semula dengan material yang baru, tapi struktur dan plan rumah dikekalkan. Berjalan masuk ke rumah itu, semacam ada roh P.Ramlee meresap ke dalam jiwa dan menjadi getaran jiwa. Melangkah masuk, melepasi pagar dengan jejeran pokok pinang, ada tempayan untuk air cuci kaki di tangga, dan beranda menyambut tetamu dengan sangat mesra. Masuk ke bahagian serambi, ada beberapa keping gambar dengan keterangan. Menjengah ke rumah ibu, hanya ada sebuah bilik, dengan katil besi tinggi bertiang, lengkap berkelambu, terasa amat klasik. Ada botol minyak tanco dan sikat kayu dan cermin serta baju yang tersangkut. Ada sebuah peti besi yang lama disitu. Ada bulu roma meremang bila tengok keantikan peti besi itu.Walaupun saya percaya itu bukan kepunyaan P.ramlee. Masuk ke rumah dapur, saya dan keluarga macam tergamam. Terbayang dapor kami 20 tahun lalu yang lebih kurang dengan dapur P.Ramlee. Ada dapur kayu, lantai yang sengaja dijarang-jarangkan sebagai tempat bergincah ( membasuh pinggan dsb). Ada para (rak) tempat simpan perkakas, periuk tanah. semua mengembalikan memori kami.Amat menyenangkan kalau saya dapat bina sebuah rumah kayu yang comel macam ni di dusun saya sementara menanti durian gugur dan menghalau tupai yang merobek rambutan. dan alangkan tenangnya saya mendengar bunyi dari sungai berbatu  bulat yang mengalir di pinggir dusun saya ( Sejak bila saya ada dusun?!!)

 

Taj Mahal-Gamitan Tugu Cinta Penuh Pesona April 8, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 10:14 am

Kawan saya, kembang hidung bersembang dengan saya tadi. Dengan rasa riak dan bangga diri macam burung merak mengembangkan ekor, sambil dengan suara tone alto, dia menyatakan sedang mempersiapkan diri untuk ke India, ke Taj Mahal hujung tahun ini atau awal tahun depan. Katanya dia sudah mula menyimpan wang untuk ke sana sejak jatuh hati dengan kekasih yang berwajah kalau sekali tengok iras-iras Shah Ruhk Khan,dua kali tengok macam abang abang Bangla yang menyerbu kereta kita untuk di lap selepas keluar dari mesin cuci kereta automatik.Nak menghayati keindahan monumen cinta agung dari Shah Jahan untuk Mumtaz Mahal katanya bersama buah hati tercinta. Saya, hanya tersenyum.

Dengan gaya orang seolah-olah hanya dia seorang saja yang faham sejarah, dia bersyarah; Taj Mahal tu bukti pembinaan empayar Moghul yang gah. Walaupun dah 350 tahun dibina tapi masih utuh, warna tak pernah berubah walaupun tidak dicat dengan Dulux weather shield. Dah tu, dikeliling monumen ini, ada taman-taman. Asyiknya kalau aku dapat bergolek-golek di taman tu dengan Si Shah Rukh Khan aku katanya.

Hampir setengah jam melayan cerita, saya mengantuk. Saya hanya tersengguk-sengguk. Untuk menunjukkan konon-kononnya saya pendengar prihatin, saya hanya bertanya satu soalan,”Hang dah bayar ptptn dah?”. Jawapan berlagak sombong keras kepala,”Alah, aku tak bayar ptptn pun, Malaysia tak akan jatuh miskin.Relax la, enjoy hidup dulu, nanti dah tua, ada duit lebih bayar la. Biarla sekarang aku nak consentrate nak shopping barang-barang nak pi India dulu!”

“Bengong hang ni!!Hang ingat hang boleh lepas imegresen kalau hang tak bayar PTPTN?!!!”. Malas saya nak layan si bodoh sombong angkuh ni.

Dalam hati saya bersyukur, nasib baik saya dah pernah ke Taj Mahal yang pada masa tu, kerajaan belum ishtiharkan pemiutang PTPTN tak boleh keluar dari Malaysia.Kalau tidak saya pun tak dapat merasa indahnya Taj Mahal. Pengajaran: Bayarlah PTPTN anda. Saya akan mula bayar bulan depan. Adei.

Posisi gambar yang wajib diambil kalau ke Taj Mahal.

Pemandangan Taj Mahal Dari Gate Kedua. Ada dua gate yang berbentuk kota untuk sampai ke taj mahal. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke dalam radius 2km dari Taj Mahal untuk mengelakkan pencemaran kawasan sekitar yang diperrcayai akan dapat memusnahkan sedikit demi sedikit keindahan dan keaslian Taj Mahal. Jadi kita perlu menaiki pengangkutan khas iaitu Bas yang saiznya besar sikit dari vanyang kononnya mesra alam, berhimpit2 dalam bas itu adalah sangat tidak mesra alam. Bayangkan terpaksa menahan nafas dari terus-terusan menghidu bau bawah lengan(baca:ketiak) manusia kerana terpaksa berhimpit-himpit, sebab bilangan bas aka van besar yang teramat terhad. Pilihan kedua ialah kita boleh naik kereta kuda dengan bayaran yang hampir sama tambang bas VIP coach dari KL ke JB. Seterusnya  kita perlu berjalan kaki sejauh hampir 1km untuk sampai ke Taj Mahal. Perlu melalui lorong-lorong yang pelik.

Di atas ini ialah gambar Taj Mahal dari pandangan sisi. Jarang orang ambil gambar dari sisi ini. Gambar ini diambil dari sebuah taman yang sangat anggun.

Betapa bersusah-payahnya si pengambil gambar ini untuk snap gambar kami untuk masukkan sekali Taj Mahal dome. Dari kiri Shashi( Nur Khadijah) Atikah, Saya, Shasha(Nur Aisyah, kembar Shashi) dan Rafidah

Gate keluar. Taman taman lagi. India ada banyak taman sebab semua rakyat india adalah pelakon. mereka amat gemar lepak di taman, sebijik macam dalam filem. Cuma saya pelik kalau semua mereka menyanyi, adakah semua mereka akan mempunyai suara standard macam Lata Mageshkar.

Ini adalah biri-biri di Agra. Kaitannya dengan Taj Mahal ialah, najis mereka digunakan sebagai baja organik untuk pokok-pokok bunga di Taman-taman sekitar Taj Mahal.

 

Ketika Cinta Bertasbih April 1, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:08 am

Saya sudah selesai membaca novel Ketika Cinta Bertasbih Episod 1&2 dan Filem KCB2.  Ini catatan saya

- Saya  kecewa pada mulanya kerana macam tak habis je filem ni, ibaratnya, tengah sedap-sedap makan popcorn sambil tengok movie ni, tetiba popcorn tumpah kerana tertepis oleh tangan kanak-kanak chumil dan innocent di sebelah saya.  Sangat kecewa sebenarnya kerana jalan cerita sedang menarik, tiba-tiba habis. Oooo rupa-rupanya ada sambungan KCB 2. Tapi saya belum menonton KCB 2.

-Pelakon-pelakon dalam filem ni sangat berwajah sejagat, iaitu, tidak terlalu cantik macam bidadari ( atau terlalu cantik macam watak Aishah dalam Ayat-Ayat Cinta) dan tidak terlalu bermuka pecah tembok. Tidak terlalu handsome, sedap mata memandang. Karakter yang mempunyai wajah yang sangat cocok dengan watak. Contoh, Pelakon Utama, Azzam, sangat berwajah redup, tabah, sederhana, wajah yang sedikit tawadhuk. Dan karakter teman-teman serumah Fahri, sangat chumel dan sesuai sekali dibawa oleh mereka. Dengan saiz badan standard, tidak bersaiz pelakon yang biasanya perlu tinggi dan handsome. Tapi membawa lakonan yang amat mengesankan. Watak Anna Althofunnisa juga sangat sesuai dibawakan pelakon wanita itu. Lembut, tapi tegas, berwajah bujak juga. Dalam semua wajah pelakon, saya paling menyukai wajah Tiara. Teringin nak ambil si Tiara ni buat kakak ipar, tapi dah takder abang yang bujang.

- Saya tertanya-tanya adakah mereka pelakon professional atau sekadar berlakon untuk filem ini saja.

- Untuk novel pula, saya tertanya-tanya kenapa Habiburrahman El-Shirazi menamakan kesemua watak pelajar Malaysia dengan Wan. Contoh, Wan Aina.

- Saya kagum sekali dengan kelembutan bahasa yang ditutrkan dalam filem ini. Tidak seperti Indon-Indon yang menjual Bakso atau keropok lekor yang selalu kita jumpa di Malaysia. Kasar sekali bunyinya.

- Novel ini membuat saya tidak  ingin merasa urutan spa di Bali dan bershopping di Bandung, sebaliknya mahu meneroka Pulau Jawa dan melawat sistem pembelajaran di Pesantren(sekolah pondok) di sana. Amat unik.

- Melalui Novel, saya lebih mengenali Al-Azhar dan Kaherah serta Alexandria.  Serta keadaan di sana.Teringat kepada pensyarah saya semasa di UIA, Prof Nasir Abdul Rahman. Dia itu, Chinese totok. Keturunan Cina, berhijrah ke Malaysia kot, semua Islam, Mengajar History and Civilization, subjek yang merudumkan CGPA saya. Beliau itu selalu gila dan membuat gila. Tak pernah jumpa seorang lecturer yang menegur pelajarnya yang lambat masuk ke kelas dengan soalan, ” Why are you so late, pergi berak ah?”(sila baca dalam nada Phua Chu Kang) . Mahu kami pangil beliau dengan nama Nasir. Gelak ketawa pecah dalam kelas, memang kalau dia masuk raja lawak, yang lain sila undur diri. Kegemaran Nasir adalah bercerita tentang keindahan Alexandria. Penuh penghayatan. Kami terpinga-pinga.  Saya tak dapat bayangkan macam mana negara yang kering kontang berpadang pasir ada pantai sebegitu indah seperti diceritakan Nasir? Saya tak percaya. Hinggalah saya menonton KCB1.

- Dalam cerita ini, digambarkan keadaan sebenar keadaan penuntut di sana apabila tiba saatnya terasa gatal mahu bernikah. Tatkala seorang anak Adam itu mahu bernikah(sila jangan baca dengan nada berkhutbah), maka dia akan segera meminta teman-temannya carikan jodoh, atau melalui seseorang yang lebih senior, maka, akan dikhitbahkan( dipinangkan)  gadis itu, dan terus menikah di sana dengan surat berizin wali dari keluarga si gadis. Senang. Kenduri akan diuruskan oleh persatuan pelajar di sana. mudah. Tak perlu bercinta lama-lama. Sekali lagi saya teringatkan Nasir. Pekerjaan sampingan beliau adalah menjadi match maker, membawa balik budaya semasa beliau belajar di sana. Dia akan perkenalkan pelajar-pelajar yang muda mudi seperti kami dengan kawan-kawan dia yang seumur dengan dia. Dalam banyak-banyak matchmaking process ni, ada satu pasangan yang paling berjaya menurut saya.terdahulu. Si gadis, senior saya masa itu, umur 21, dan suami,Si doktor Mualaf,yang dibuang keluarga akibat memeluk Islam, dalam usia 50an. Setelah 2 tahun kawin dan dapat anak, si suami meninggal, bukan setakat meninggal dunia, tapi meninggalkan harta berkepuk-kepuk makan tak habis 4 keturunan, aset-aset berlambak-lambak. Maka, kakak senior saya itulah satu-satunya janda muda(23 tahun ) yang terpaling kaya yang saya pernah tahu.

- Dan cacatan terakhir, saya sampai bila-bila pun tak akan dapat menafikan bahawa novel ini adalah novel pembangunan jiwa terbaik.

 

Russian Roulette- Just pull the trigger

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 4:24 am

Cara Rihanna menyanyi lagu ni dan ditambah dengan ketidak-dapat-tangkapan lirik lagu ini (Rihanna menyanyi menggunakan hidung untuk lagu ni,perasan tak), buat saya fakir ini adalah lagu putus cinta atau lagu terpaling sengsara akibat dibelasah Chris Brown. Sungguh!pilu, sayu, sakit, merana, panau, kurap, telinga bernanah. Tapi saya tidak pernah tahu tajuk lagu ini. Tapi hari ni, bila saya amati betul-betul liriknya, saya rasa, penulis lirik ini cuba untuk mengajak kita untuk sama-sama mengingati mati. Bukankan diri kita dengan mati itu dekatnya seperti jarak antara Azan dan Iqamat? Tapi, dalam lirik lagu ni, ajak kita mati dalam keadaan paling baghal dan keldai. Mati melalui permainan reality, Russian Roulette.  Wikipedia kata : Russian roulette (Russian: Русская рулетка, Russkaya ruletka) is a potentially lethal game of chance in which participants place a single round in a revolver, spin the cylinder, place the muzzle against their head and pull the trigger. “Russian” refers to the supposed country of origin of the game and roulette to the element of risk-taking and the spinning of the revolver’s cylinder being reminiscent of spinning a roulette wheel. (http://en.wikipedia.org/wiki/Russian_roulette). Murahnya harga sebuah kematian bagi mereka, hanya melalui permainan ni. Kamu! Awas!jangan cuba-cuba. Tapi..lagu ni best. Tak salahkan dengar lagu ni?

Take a breath,
Take it deep.
‘Calm yourself’, He says to me
If you play, you play for keeps.
Take the gun and count to three.
Im sweating now,
Moving slow,
No time to think. My turn to go

And you can see my heart beating
You can see it through my chest.
Said I’m terrified but I’m not leaving
I know that I must pass this test
So, just pull the trigger

Say a prayer to yourself
He says ‘close your eyes, sometimes it helps’
And then I get a scary thought
That he’s here – means he’s never lost

And you can see my heart beating.
No, You can see it through my chest.
Said I’m terrified but I’m not leaving
Know that I must pass this test.
So, just pull my trigger

As my life flashes before my eyes
I’m wondering will I ever see another sunrise?
So many won’t get the chance to say good-bye
But its too late to think of the value of my life

And you can see my heart beating.
No, You can see it through my chest.
Said I’m terrified but I’m not leaving no
know that I must pass this test.
You can see my heart beating.
Oh, You can see it through my chest.
I’m terrified but I’m not leaving no
know that I must pass this test.

So, just pull the trigger

 

Tasoh Lake Resort&Retreat yang mendamaikan jiwa Mac 23, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 9:48 am

 Hanya lima minit perjalanan dari rumah saya, ada sebuah resort yang menarik. Walaupun tak semewah mana, tapi tempat sederhana ini menjanjikan kedamaian dan ketenangan. Terletak di pinggir tasik yang berfingsi sebagai empangan tadahan air untuk kegunaan rakyat Perlis, tempat ini ideal untuk segala jenis aktiviti luar macam kayaking, abseiling, repelling, camping. Dewan dan bilik-bilik rehat juga selesa bagi yang mahu menjalankan aktiviti seminar atau kursus.

Bagi yang mahu sekadar melepak sambil menghirup angin segar, terdapat hammock atau buaian serta pondok-pondok rehat disediakan. Alangkah bahagia dapat meniarap sambil membaca novel Maryamah Karpov di situ.

Kedudukan resort yang strategik, iaitu di lereng bukit juga, mempamerkan panorama yang mengasyikkan terutama saat menjelang mentari terbenam. Memang asyik, sebab waktu ni la syaitan-syaitan keluar berkeliaran.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menginap di sini semasa berciti di Perlis atau sekadar mahu menenangkan hati, sila hubungi saya. Ya, saya tak akan cuba mendapatkan diskaun untuk anda, cuma sekadar tumpang menyibuk,menjaga tepi kain anda.titik.

Inilah tempat melepak sambil makan nasik atau membaca Nanyang Siang Pau

Kedudukan rumah-rumah tumpangan di lereng bukit ni meluaskan sudut pandang pemandangan negeri Perlis, hingga mencecah ke Satun, Thailand, di mana anda hanya dapat melihat langitnya saja.

Bilik-blik yang selesa, ehem ehem, perhatikan sejadah tu..

Hijau+biru=sejuk.

 

Rakyat Malaysia dan Makan Mac 18, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 2:12 pm

Pernah ke dengar penduduk pribumi Malaysia tercinta, sejak tahun saya dilahirkan, 1984, mati sebab kebuluran?Saya rasa tak pernah, kalau ada pun, ia adalah kes-kes terpencil seperti bila si Ibu  keluar makan-makan bercanda ria dengan si Ayah, lalu terlupa memberi susu kepada bayinya yang ditinggalkan di rumah atau si Tua, nyanyuk, masuk ke hutan mencari madu lebah tualang di sebuah hutan di Sik atau Baling, sesat, dan lebih tragis, lansung tidak membawa makanan, lalu mati kelaparan. Ah, tapi mengarutlah, teramat jaranglah kes kes macam ni wujud.

Yang selalu kita dengar rakyat Malaysia yang mati cepat sebab tercekik, terlebih makan lemak dan gula.

Adapun saya terbaca dalam The Edge Januari lalu, bercerita tentang makan. Diceritakan bahawa Rakyat New York sekarang ni, merasakan bahawa tabiat memakan seperti apa yang rakyat Malaysia makan adalah sangat tak cool atau dalam bahasa mudah faham:makanan yang kita masak sekian lama, yang kaya dengan rempah-rempahan, santan-santanan,rencah-rencahan mak nenek tu adalah tidak relevan lagi dengan kehidupan sekarang.

Tabiat makan yang cool, menurut pengikut Barack Obama ini ialah makan seperti yang diamalkan oleh manusia prasejarah. Makan dengan cara paling minimal. Maka amat bertepatan dengan prisip yang digambarkan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan malam.

Kan manusia zaman pra sejarah berburu binatang, menggunakan batu, yang hanya mungkin seminggu sekali dapat menangkap landak, rusa, kuda, gajah, nyamuk. Cikgu sejarah dan Geografi saya bersepakat bahawa, kalau dapat landak atau rusa mereka akan makan dengan keluarga primer sahaja. Tetapi, kalau dapat tangkap gajah dan nyamuk, mereka akan menjemput keluarga sekunder untuk sama-sama melapah hati gajah, kalau dapat tangkap nyamuk, mereka akan sama-sama cicah hati nyamuk tu.

Binatang yang ditangkap itu akan dimakan dengan cara yang paling miskin iaitu dengan makan mentah atau bakar. Tanpa garam, tanpa rasa. Api pun dinyalakan dengan melagakan batu, dan mereka amat gemar batu api. Sementara menunggu untuk dapat tangkap menatang yang seterusnya, mereka akan berpuasa. Tidak wujud istilah bank makanan pada masa tu. Tetapi, mungkin mereka mengamalkan adat bertandang ke rumah jiran untuk pinjam sedikit makanan, seperti Cik Zakiah yang selalu bertenggek ke rumah jiran dia untuk pinjam belacan dan asam keping beserta janji-janji palsu untuk bagi balik komoditi tersebut.

Sayuran pula, tak pernah diusahakan untuk ditanam, baik secara hidroponik atau tanahponik. Semuanya dikutip segar dari ladang. Makan time-time tu jugak. haishhh. Senangnya hidup.

Saya fikir, kalau benar rakyat New York mula amalkan cara makan sebegini, En. Kolonel dan Badut MacDonald akan meraung-raung merayu rakyat NY supaya pergi makan KFC dan McD. Kempen makan percuma akan dilakukan setiap minggu. Syurga. Tapi, di sebalik kenyataan angkuh para cerdik pandai NY tentang makan secara manusia prasejarah ini, saya amat percaya, tak mungkin si Pelahap yang tak pernah cukup makan sebiji BigMac saiz besar dapat meninggalkan tabiat makan berteman syaitanirrajim tu.

Rakyat Malaysia apatah lagi. Kalau makan ikan stim yang sihat, mesti berteman sayur Pak Choi yang berminyak likat. Kalau makan tom yam yang direbus, mesti berteman Sotong Goreng tepung. Kenduri, tak pernah la jumpa makanan tanpa rempah mewah, minyak, santan. Mampu ke rakyat Malaysia makan seperti manusia prasejarah? 

Saya meminjam kata-kata penulis The Edge tersebut, ” But, seriously. Is chicken that isn’t in rendang or pork that isn’t in bak kut teh worth eating?can you ever give up the assam in the assam fish? Didn’t think so.”

———————————————————————–@@@@@————————————————————————————-

Terlanjur cerita bab makan, saya mahu berkongsi tentang apa yang saya makan tadi. Semalam, saya berjalan-jalan di pasar malam Stadium Utama Kangar, saya ternampak benda ni, namanya mieng kum.

Photo credit to www.enat.media.com. Saya tak sempat ambil gambar mieng kum yang saya beli tu, dah selamat makan. Terlanjur bercerita tentang makanan zaman pra sejarah, mungkin makanan ini adalah salah satu dari apa yang orang zaman pra sejarah yang sedikit moden makan.

Terpengaruh dengan darah keturunan dari negara gajah putih yang mengalir dalam tubuh saya, makanan Thai memang tidak dapat dipisahkan dengan saya. Mieng Kum ni saya mula kenal hanya sejak 5 tahun lepas, tapi hanya sekarang saya boleh makan benda ni selalu. Dulu sangat terhad. Hanya ada di pasar di sempadan Thai atau memang di Thailand. Sekarang baru ada terjual di pasar-pasar pagi dan pasar malam. Biasa dimakan sebagai appertizer, makanan ni amat unik dan tak akan simply dapat diterima oleh sebarang tekak. tekak tanpa perasaan seperti saya mudah saja dapat telan benda ni. Sebab apa? tengoklah kombinasi ramuannye. ok, saya list kan

1) Daun kaduk, pernah makan? rupa macam daun sireh, rasa dia sedikit pelik, pahit, berbau unik, tumbuh melata, tak sungguh tak kata.

2) Halia dipotong dadu kecik kecik dalam 4mm x 4 mm

3) Kelapa, diracik halus, di goreng tanpa minyak

4) Udang kering tanpa kulit

5)Limau nipis dipotong dadu bersekali dengan kulit

6) Kacang tanah, goreng

7) cili padi, dipotong nipis

8) sos-rasa manismanis sebab gula kabung versi Thai atau Nam Than, masin sikit. sedap.

Cara makan dia senang, ambil daun kaduk, lipat macam kon kacang goreng tu, kemudian masukkan serba sedikit semua bahan bahan di atas. kemudian letakkan sos tadi. lipat balik kon tu, makan, macam orang tua-tua makan sireh. Pejam mata dan nikmati kepelikan aka keunikan rasa campuran bahan-bahan tadi, dimulai dengan rasa manis sos, sensasi kacang goreng, kerangupan kelapa racik goreng, kemudian, rasa halia dan limau nipis mula menyengat lidah, diakhiri dengan pedas.

Ahhh, sungguh mencabar deria rasa.

 

Andrea Hirata menyihir saya Mac 17, 2010

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:02 am

Andrea Hirata itu, menurut saya, seperti phoenix bangkit dari kubur. Dia seakan-akan berdiam menuntut ilmu sihir pada tahap langit ke-tujuh. Berdiam diri menuntut dari guru-gurunya, yang mungkin ( saya rasa) adalah dirinya dan laluan hidupnya sendiri. itu mungkin guru terbaiknya. Kemudian, dia bangkit, meledak, dengan satu persatu sihir yang memukau si pendahaga karya sederhana untuk orang sederhana seperti saya. Namun, sasaran Andrea meleset sama sekali, kerana karya-karya dia bukan untuk orang sederhana sahaja, tetapi di peringkat antarabangsa semua pun telah tahu tentang penghasilan sihir melalui kata-kata yang ditaip di atas kertas; novel.

Rakyat Malaysia, kecuali yang tinggal di dalam Gua, bercawat dan memburu binatang dengan batu, dengan muka berarang dan berkulat tak pernah disentuh facial foam Clinique, tentu pernah mendengar lagu Laskar Pelangi oleh Nidji. Lagu itulah yang membawa saya kepada penemuan saya dengan Andrea Hirata. Bermula dengan lagu, saya mula mengenal filem Lasykar Pelangi. Ayah saya kalau tonton filem ini, tentunya akan cukup teruja kerana sekolah ayah saya dulu sama seiras dengan keadaan sekolah Muhammadiyyah dalam cerita tersebut. Kekampungan, kekurangan,kedhaifan, kenaifan.

Watak Ikal, Lintang, Mahar, A Kiong, Harun, Sahara, Flo, dan kawan-kawan terus membawa saya kepada Sang Pemimpi, Maryamah Karpov, dan Edensor. Semuanya, menarik, bersahaja. Desa Gantung, Belitong Timur, sangat hidup digambarkan dalam cerita ini, seperti saya dibawa oleh mesin masa ke sana.

Dulu, mula mula saya dengar nama Andrea Hirata melalui hanakirana.com . Saya membayangkan Andrea Hirata itu, anak kacukan Jerman dan Jepun.Andrea macam nama perempuan Jerman, dan Hirata nama lelaki si Jejaka Sumo bercawat. Tetapi, melalui Maryamah Karpov, dalam satu adegan, ibu si Andrea menyuruhnya untuk mengulang nama Hirata berkali kali. Hasilnya,”Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,Hirata,akhirat,akhirat,akhirat”.”Nah, sebab itu lah aku namakan kau Hirata, dekat sekali dengan akhirat, melekat dengan namamu, jadi jangan sesekali kau buat kerja bodoh tu Ikal”.

Saya sangat sarankan pada semua yang ingin tahu apa itu sederhana untuk membaca hasil ilham Andrea Hirata si Ikal Mayang ni.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.