Salah satu sebab saya tidak update blog ini adalah kerana aktiviti saya terlalu padat untuk bersosial. Profile kerja saya adalah sangat biasa-biasa tapi mungkin sistem pengurusan kendiri yang menyebabkan saya sangat serabut seolah-olah hidup hanya untuk diabdikan sebagai buruh. Kehidupan telah diprogramkan untuk menjadi seperti ini: tidur, bangun, gosok baju sambil masej Mucid, pergi kerja, balik kerja, baca surat khabar dan tidor. Aktiviti ini menjadi pusingan untuk esok hari. Dan tentulah diselitkan aktiviti solat, makan, minum,dan facebook supaya saya lebih menjadi manusia.
Oww, dan nak masuk bulan Februari, tapi saya mahu updatekan sedikit apa yang berrlaku pada 2010 yang lalu. Saya dan berjinak-jinak dengan fotografi perkahwinan menggunakan camera Canon EOS 1000D dengan bantuan lensa 50mm dan 18-55mm dan speedlight Nissin serta menggunakan perisian Adobe Photoshop,Adobe Lighroom, Picasa Photoscape. Ini semua dilakukan bersama Azirul,manusia yan saya kenali sejak tahun 1991.
2010 juga tahun untuk saya berkenal-kenalan lebih rapat dengan diri saya. Perkenalan ini dilalui dengan beberapa pancaroba;antaranya konfrontasi yang berlaku dengan saya dan seseorang yang menyebabkan saya kehilangan prestasi diri untuk hampir sebulan. She let me down and I did the same to her too. It is not revenge, though. Sepanjang masa itu, saya banyak menghabiskan masa untuk bertafakur mengenal diri sendiri. Dan, ah, saya berjaya menemui semula sijil-sijil berharga saya yang hampir 2 tahun kehilangan pada masa ini. Ini lah hikmahnya. Saya berjumpa semula dengan sijil-sijil yang hilang tu hanya kerana saya ingin berhijrah. Tapi akhirnya saya sedar saya masih perlu di sini. Sekali lagi terima kasih untuk Mucid yang memberi bantuan CPR kepada saya. Beliau memang ahli paramedik hati yang terbaik.
2009 menyaksikan saya menjadi mangsa kepada kegawatan ekonomi. Akibat kepincangan sang kapitalis dalam menentukan harga barangan di pasaran, saya menjadi pungguk tua lagi hodoh yang rindu bulan. Sepatutnya saya disahkan penjawatan pada Oktoberr 2009, tetapi,disebabkan alasan ekonomi syarikat tidak stabil, saya terpaksa menunggu sehingga Februari 2010 untuk disahkan penjawatan dan bergelar Eksekutif Komunikasi Korporat. Ini adalah pencapaian peribadi. Sememangnya jawatan ini yang saya idam-idamkan sejak mengenal perkataan public relations secara mendalam pada tahun 2005. Saya menutup diari disember 2010 dengan baik apabila berpeluang untuk berehat-rehat bersama keluarga tersayang. Saya berkelana ke Pulau Pinang, dan Cameron Highland untuk melepaskan lelah untuk setahun. Saya lepas bebanan bebas sebebas-bebasnya.
Tahun 2011 bermula cemerlang apabila pada 1.1.11, Mucid sekeluarga datang untuk mengukuhkan silaturrahim. Segalanya lancar. Semoga 2011 menjadi tahun bersejarah kami. Biarpun jauh di samudera, Mucid seperti sentiasa berdampingan dengan saya.
cik mucid kmu d sdk kew??heuheu
owh da tunang yek..dediam jek….so bile nk tawen?
Ye Encik Mucid saya di Sandakan..maybe u all pernah bertembung kot. dia orang laut.hehe..
Belom tunang laaa, just jumpa sembang2 minum kopi.. relax la, klu dah nak kawin kita jemput kamu. tak pun kita blanja kamu makan klu kita dan ada di sandakan one day. Tapi nasib ler kalau kamu dah balik Lumut ke time tu,keskeskes
haha..tuh yg nk dengau….
jgn tk jemput2…
apmm ngan pgm kat sini tk jauh mn pon..dekat jek…
silap2 mmg penah jupe sbb kwn dlm agensi tuh ramai jgk kenal..
lumut?4 wat??mmg bermaustatin d sandakan @ sabah le jwbnye sbb kte da komitmen kat sini wit sum1 yg insya’Allah dlm december nih akan kenduri nasik wangi sket..thihihi
Phewww, komitment yang membenarkan kamu dok Sabah terus?..takkan la tak ingin dok Peyrok lagi dah..
ingat lg la perak…keje je ket sabah ni haa…