Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Makan apa di Perlis Julai 27, 2010

Filed under: Pelbagai — mayyaclassic @ 8:06 am

Sejak saya kembali ke Negeri Perlis hampir setahun lepas, saya sudah pandai makan-makan di Perlis. Sebelum itu, saya amat tidak tahu untuk makan sedap di mana di Negeri Perlis. Untuk senarai peribadi saya, supaya tak lupa di masa hadapan tentang di mana saya patut makan, di sini saya senaraikan tempat makan dan makanan yang  paling saya suka di Perlis:

1) ABC dan masakan panas di Tasik Melati, Beseri- Slurrrp. Nampak Air Batu Campur (ABC) atau orang Perlis lebih suka panggil ia sebagai Ais Kacang kat atas ni? ABC yang menggiurkan ini, cukup dengan sirap ros dan gula merah, kombinasi kekacang, jagung,cendol,dan lain-lain yang amat serasi. Sangat-sangat sedap dan saya selalu rindu ABC ini. Walaupun tanpa straw gedabak dan Aiskrim yang menjadi trademark kedai-kedai canggih yang lain, ABC di gerai ini amat menusuk kalbu. Selain ABC, gerai ini turut menjual makanan panas, dan yang paling saya suka ialah nasi goreng ayam dan Kuey Tiaw Kuah. Cara masakannya adalah secara Melayu Asli, tak terikut dengan pengaruh Siam atau Indonesia.

2) Bihun Sup Aris- Bihun Sup ini agak lain daripada yang lain. Saya mengagak bahawa tuan punya bihun sup ini, iaitu En.Aris, menggabungkan resepi bihun sup Siam dan Melayu. Kuahnya tidak berminyak, berwarna hitam. Bihunnya berwarna putih dengan kombinasi sayur kangkung, lobak asin, kacang tanah tumbuk, dan daging, serta serbuk cili. Bihun ini dijual di Pasar atau Nat sehari di Balai Baru, Beseri.Boleh didapati setiap Sabtu, Isnin dan Rabu. Di Nat Mata Ayer pula, hari Ahad.

3) Anjung Keli- Ini adalah tempat yang ideal untuk makan tengah hari. sesuai sekali dengan namanya, sememangnya ikan keli menjadi menu utama di sini. Ikan keli salai masak lemak, keli bakar, keli goreng, sambal keli, dan keli sambal hijau. Masakan lain semua merupakan masakan kampung. Masakan pilihan saya ialah sambal goreng tempe. Lihatlah kulit saya yang mulus ni, akibat makan tempe.Blueeekkk.

4) Tomyam Padang Besar- Kalau di Malaysia ni, bagi saya, di sinilah tempat makan tomyam yang paling nikmat. Menghirup kuahnya yang pekat,pedas dan masam melekat di lidah dan di hati. Mereka menggunakan dua ekor udang yang kepalanya besar gedabak.Padankan tomyam ni dengan Kailan Ikan Masin dan telur dadar. Pasti terangkat. Lokasinya ialah di Arked Niaga Padang Besar.

5) Somtam Padang Besar- Somtam terhasil dengan ramuan betik atau mangga muda dengan gula kabung(nam tan), cili padi, kicap sotong, jeruk bawang putih, kacang goreng, kacang panjang dan lain-lain. Rasanya sangat authentic Thai. Deria rasa kita akan kebengangan bila makan somtam sebab ia memiliki segala rasa yang Allah cipta. Somtam terbaik di Padang Besar adalah di Kedai Kak Wati, berhadapan Balai Bomba Padang Besar. Selain somtam, makanan terbaik yang lain di gerai tersebut ialah Pulut ayam dan Laksa Lemak Thai.

6) Pokok Sawa- Restoren pilihan untuk makan tengah hari sewaktu bekerja. Jaraknya agak dekat dengan tempat kerja saya. Seperti Anjung Keli, Pokok Sawa juga mempunyai pelbagai pilihan makanan yang di makan hidang. Semua adalah selera kampung.

7) Kuala Perlis- Dahulu saya jarang makan di Kuala Perlis, tapi sejak ada kenderaan sendiri, saya selalu ke sana terutama dengan keluarga. Tempat pilihan kami adalah di Medan Selera berhadapan hotel Putera Brasmana, Gerai no.3. Tempat makan ini menghadap laut, memang syiokk. Saya minat gerai nombor 3 sebab makanannya lebih sedap berbanding gerai lain. Ok, ini memang hasutan. Saya lansung tak suka makan ABC di Medan selera ni. Mana-mana gerai pun.

8) Fatin Corner- Fatin Corner adalah satu saksi kepada revolusi gerai kecil kepada gerai bertaraf bintang. Fatin Corner tak perlukan variety makanan yang pelbagai, mereka fokus kepada makanan yang mereka perkenalkan dan menjaga kualiti rasa, kecekapan, dan kebersihan. Suasananya meriah dengan tokei kedai yang menggunakan mikrofon untuk mengalu0alukan tetamu, dan memberi arahan kepada anak buah, seperti deejay rumah kenduri. Fatin corner turut menjadi pilihan selebriti termasuk Mawi, untuk menjamu selera di situ. Mungkin juga lokasinya yang dekat dengan hotel Putera Palace menjadi faktor ramai selebriti dan kenamaan makan di situ. Hanya ada tiga jenis makanan khusus di sini iaitu  laksa, bihun sup, nasi ayam, yang digandingkan denganpelbagai jenis cendol dan minuman lain.

9) Nasi Kandar Market- Baru sekali merasa nasi kandar di sini, tetapi sudah melekat di hati. Nasi kandar ni diperkenalkan Mucid. Menjadi tumpuan di waktu pagi memandangkan ia terletak bersebelahan pasar pagi (orang Perlis menyebutnya sebagai Market). Tak mahu komen, perlu makan 3 kali baru boleh komen.

10. Chikcken rice kiosk- Ini adalah gerai nasi ayam yang sedap berbanding The Chiken Rice Shop atau My Mom’s Chicken Rice Shop (tiba-tiba teringat, owww mengapakah aku dipertemukan lagi dengan orang yang suka order Nasik ayam separuh, ayam stim, nak peha, nak sos lebih, kicap lebih, timun dan tomato lebih semasa saya bekerja di Ampang dulu. Kini beliau adalah superbigboss saya. aih..) Kiosk nasi ayam ini ada Mata Ayer dan di Behor Pulai ( bersebelahan Anjung Keli)

11. Restoren Pokok Buluh – Ini adalah rstoren western yang hebat di Perlis. Afiq yang kata. Saya tak pernah rasa. Lagi satu tempat western food pilihan ialah Shah’s Corner. Kedua-dua restoren saya masih belum cuba. jadi, mereka masih dalam kategori waiting list.

So pada kawan-kawan yang nak datang ke Perlis dan teringin nak melantak dengan saya, sila sediakan wang secukupnya ye. Kamu kena belanja saya sebab saya dan bagitau kamu tempat makan yang best.

 

14 Responses to “Makan apa di Perlis”

  1. Mezatol Salamen Says:

    ok..jom i belanja u…

    • mayyaclassic Says:

      Alhamdulillah, ada orang nak belanja..Meh a sini nanti bila-bila time promosi Air Asia. Kalau takder promotion Air Asia or MH Low, bus will do.Lagi selesa.

      • Mezatol Salamen Says:

        Baikkkk…lepas raya saya terbang ke sana. sila tunggu saya dgn kereta full tank untuk terjah tempat2 ini. termasuk ke rumah penulis untuk makan ikan keli goreng masak cili yg selalu diwawarkan..[hebat ikan keli tu..pandai dia masak cili..]

  2. leeya Says:

    huaaa…windu nak balik perlissss!!! mmmg besh suma makanan kat sana..xcukup 3hari nak makan..heee..akan ku try semua menu2 diatas..hehehe..

    nickname la leeya tuuu..saje guna.. ;))

  3. Zian X-Fly Says:

    Kunjungan pertama.. Salam kenal.

  4. Azmel Osman Says:

    Terima kasih dari pihak Chicken Rice Kiosk atas komen positif anda.

  5. zai Says:

    sy jd rindu utk merantau di perlis…pokok sawa mmg pilihan utk lunch. nyum3…

  6. mayyaclassic Says:

    Zai, Perlis always welcome you!!

  7. Asri Says:

    Dalam banyak banyak tempat yg gue pi melantak ikan bakaq di Asia Tenggara ni, tak boleh nak lawan Kola Perlis jugak. Ikan bakaq, terung hijau bakaq, serve dengan kuah gulai …………………. wuih meleleh ayaq liog. Tapi ada juga yang ambik kesempatan, last month gue ke Kola Perlis, harga mentarang RM20-00 sekilo. Gue merasakan harga tu sangat2 tidak patut. To all the brothers yang meniaga kat barisan gerai depan Brasmana – jangan sembelih org luar. Gue dah banyak dengar cakap2 harga makanan disana mahal tahap angkasawan (ni cerita kawan2 KL dan Selangor) yang selalu berkunjung ke Kuala Perlis.
    Ingat la …. kita bukan nak meniaga sehari dua.

  8. Jaipaya Says:

    Apa yang disaran oleh En Asri tu… betoi sangat. Berniaga biarlah dgn harga berpatutan. Biar orang luar datang lagi ke Perlis. Saya pun suka juga bila ramai orang luar bekunjung ke Perlis I.K. Saya suka makan laksa & pasembor kat Restoran Nelayan, K.Perlis. Sedappp…..

  9. gadis_taipe Says:

    trm ksh atas maklumat yang telah diberikan. ini dapat membantu sy bersama kwn-kwn pergi bercuti di Perlis nnt. setelah sy membaca maklumat berkaitan tmpt mkn yang ada syorkan…sy tak sbr dah nk p melantak kat ctu…thanks a lot

  10. nyna siot Says:

    aduhai..best nya dpat mkn ABC d perlis..perh..mmg terbaek larh


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.