Mayyaclassic’s Weblog

marilah sama sama hindari kebosanan dalam hiduppp

Cuaca Hari ini Julai 2, 2009

Filed under: Aku suka Semua — mayyaclassic @ 6:08 am

Hari ni cuaca sangat redup. Sejuk dan nyaman. tapi sangat lembap sampaikan ketiak  saya dan ketiak warga Malaysia, Nepal, Bangladesh dan India pun menjadi basah dan mengeluarkan satu bau yang kurang enak. Tapi saya memggunakan deodoran yang sangat best. Jadi saya agak wangi la. Kalaupun saya busuk, bukan ada siapa pun yang hendak menghidunya.

Tadi saya ke Wangsa Maju dan KL Sentral. Lansung tak letih. Sebab tak panas dan saya memakai kasut yang sangat selesa, kasul cap buaya. Sebab, biasanya saya akan pakai heels yang membuatkan saya berjalan dengan sangat seksi, tapi kali ini saya pakai kasut yang tapaknya flat. Habis hilang keseksian saya. Ah,perdajalkan seksi, asalkan saya tidak terseksa.

Errmm, kegilaan terbaru saya sekarang ialah berkaitan dengan ilmu hitam dan sihir. Tujuannya ialah supaya senang saya nak kenakan kawan-kawan dan musuh2 dalam selimut dan luar selimut dengan aksi aksi ganas muntah darah punya.

oopss dont get me wrong, sebenarnya saya suka menonton rancangan di channel AXN yang menonjolkan helah  silap mata yang disangkakan selama ini adalah sihir. Rupanya, ia hanyalah satu helah yang diaplikasikan untuk membuiatkan orang kagum dengan mereka. Padahal, mereka telah memperdungukan kita dengan tipu tipuan durjana sahaja. Cumanya, ia memerlukan sedikit kemahiran dan kepantasan serta srtategy yang mengena.

Kini baru lah saya tau yang sebenarnya, kalau kita tak menggunakan hantu syaitan dalam persembahan magic kita, ianya tak lah mendatangkan apa-apa kemudaratan melainkan ianya terkategori dalam perbuatan yang lagho, yakni sia-sia belaka.

Dan terlanjur bercakap tentang ilmu hitam dan sihir, saya berdoa, Ya Allah yatuhanku, jauhkanlah aku dari segala gangguan jin dan sihir yang sesat lagi menyesatkan.aminn